Temui Rafizi Ramli di Kuantan, Temerloh dan Bentong | Sabtu, 22 Oktober 2016

img_9864

img_9865

img_9866

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat ,

Saya lebih banyak memberi tumpuan membina sebuah organisasi rakyat tanpa mengira parti dan bangsa untuk membantu menukar kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam PRU14.

Sekumpulan anak muda terpelajar mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan usaha membina organisasi kempen yang professional, tersusun dan menggunakan teknologi untuk membantu kempen menukar kerajaan yang mereka panggil #ProjekBuangNajib

Maklumat lanjut mengenai mereka dan bagaimana organisasi mereka berhasrat membantu rakyat boleh didapati di www.invokemalaysia.org

Strategi mereka mudah: rakyat mesti tampil menjadi sukarelawan untuk membantu kempen PRU14 bagi parti-parti pembangkang. Mereka membantu mana-mana calon yang melawan calon Umno/BN asalkan calon itu bersetuju dengan syarat-syarat ketelusan seperti anti-rasuah, mengisytiharkan harta dan lain-lain.

Saya menjadi tenaga utama #INVOKE sejak 2 bulan lalu bersama-sama lebih 1,000 orang sukarelawan dari seluruh negara yang telah mendaftar. Kami memerlukan 40,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk mengalahkan Umno/BN dan calon-calon yang menyokong Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kini sahabat-sahabat tidak perlu menjadi ahli politik atau anggota parti politik untuk membantu menyelamatkan rakyat. Platform #INVOKE memberi peluang menjadi sukarelawan terlatih memainkan peranan kita.

Temui saya di Kuantan, Temerloh dan Bentong hari Sabtu, 22 Oktober 2016 ini.

Saya akan terangkan strategi kita. Saya mohon bantuan sahabat-sahabat dan saya tidak ada banyak masa untuk mengumpulkan dan melatih 40,000 sukarelawan.

Bolehlah mendaftar di pautan ini:
http://tinyurl.com/invokepahang
Saya mohon sahabat-sahabat mengisi borang ini dan disebarluaskan kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sahabat-sahabat boleh menghubungi Saudari Herinza di [email protected] atau Whatsapp INVOKE Operations (+60192765200).

Rakyat yang prihatin
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.