Aduan Pembiayaan Pendidikan Tinggi

Aduan-Pendidikan Tinggi-01

Saya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak mengenai MARA dan jawapan Dato’ Jazlan Yaakub janji beliau untuk menambah biasiswa dan pembiayaan pendidikan.

Kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mempolitikkan pembiayaan pendidikan pada ketika banyak keluarga dan pelajar-pelajar di semua peringkat sekarang terpaksa berdepan dengan kesukaran kewangan akibat pemotongan pelbagai peruntukan pembiayaan pendidikan di semua peringkat oleh semua agensi di bawah pentadbiran beliau.

Salah satu beban kewangan terbesar sekarang ini ialah perubahan dasar melibatkan PTPTN yang menghadkan jumlah pembiayaan PTPTN. Peraturan bahawa hanya pemohon dari keluarga yang menerima BR1M boleh dipertimbangkan untuk pembiayaan penuh telah menyebabkan ribuan keluarga terperangkap dengan beban kewangan yang mereka tidak jangka. Begitu juga dengan perubahan dasar mendadak melibatkan skim-skim di bawah MARA, myBrain, penajaan PhD dan lain-lai. Malah saya terus mendapat aduan bahawa ramai pemohon pembiayaan MARA masih belum mendapat pembiayaan berbeza dengan kenyataan menteri dan Pengerusi MARA.

Oleh itu, saya akan terus membawa isu pembiayaan pendidikan tinggi yang banyak menekan keluarga. Saya menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan pembiayaan pendidikan tinggi untuk mengisi borang aduan di bit.ly/pendidikantinggi agar saya boleh perjuangkan secara berkesan bermula minggu ini.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

One thought on “Aduan Pembiayaan Pendidikan Tinggi”

  1. askm,
    Saya salah seorang pekerja di sektor pembinaan (kontraktor) di bawah projek PKNS. Saya rasa projek saya di Cyberjaya telah/sedang dalam proses pemberhentian oleh PKNS. Saya rasa ini satu kegagalan PKNS di bawah naungan Datuk Menteri Besar. Saya sebagai pekerja biasa pun tahu nilai komersial bangunan Menara Pejabat yang kami bina.
    Saya rasa atas kelemahan dan kelembapan pihak Marketing department PKNS yang tidak menyerlah dan tidak berwibawa maka projek ini bakal diberhentikan pembinaanya.
    Lokasi yang strategik dan kemampuan menyediakan prasarana kepada penduduk disekeliling Menara Pejabat ini sepatutnya diambil kira.
    Satu lagi lambang PKNS akan terhumban disebabkan ahli lembaga pengarah yang hanya dilantik dari kalangan “senior ” yang tidak langsung faham tentang pembinaan perniagaan yang utuh oleh itu ianya tidak menjanjikan kejayaan bangsa Selangor amnya dan bangsa melayu khasnya.
    Jika terbengkalai projek ini maka kawasan disekitar nya juga akan terkena tempiasnya secara langsung dan tidak langsung bagaimana pandangan pembeli rumah yang dapat melihat bangunan terbengkalai di hadapan apartment mereka. adakah pembeeli ghairah untuk membelinya.
    Banyak lagi saya ingin tulis disini namun saya rasa cukup untuk Pihak YB Rafizi untuk meneliti dan jika perlu membaiki kedudukan PKNS secara keseluruhannya iaitu;

    1. Pastikan satu pemeriksan analisa pelabur selain PKNS
    2. Kenapa masih PKNS menyimpan dan membantu anak syarikat yang merugikan PKNS
    3. PKNS tidak ada pakar yang sesusai untuk menasihat dan memandu untuk merancang kejayaan dalam perniagaan seperti syarikat pembinan Eco Glade di Cyberjaya contohnya
    ini disebabkan ramai ahli nya adalah “orang kita”
    4. Rugi atau untung PKNS BONUS 3 bulan sudah tentu dalam gengaman mereka. Apakah ini cara yang diubah dari sistem cara BN ke PKR?
    5. PKNS hanya mementingkan satu sistem dimana takut berubah dan masih hidup dalam sistem selesa “rugi ke untung ke peduli apa akau, cukup bulan ada gaji”
    6. Nasihat saya shuffle semua nya dan baiki sistem dan hentikan pembaziran di anak syarikat yang tidak menasabah dan keuntungan di FARAIDKAN oleh lembaga pengarah dan “orang kita” sahaja.

    Wassalam

Leave a Reply to Abdul Kadir Osali Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.