Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi, Kesalahan Membeli Undi Yang Berleluasa

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.

KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).

Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:

UNDI MELEBIHI KERTAS UNDI DIKELUARKAN

Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.

Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.

BalikPulau-Form13-Saluran2

Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan.

 

BalikPulau-Form14-Saluran2

Lebih teruk lagi, keputusan rasmi seperti yang tertera di Borang 14 bagi Parlimen Balik Pulau telah diisytiharkan sebagai keputusan bagi DUN Telok Bahang iaitu salah satu DUN di bawah Parlimen Balik Pulau. Helaian mata (scoresheet) bagi N40 Telok Bahang seperti Borang SPR760 mukasurat 2/2 menunjukkan bahawa keputusan saluran 2 (jumlah kertas undi 562, undi PKR 369) adalah bersamaan dengan keputusan Borang 14 bagi keputusan Parlimen.

BalikPulau-Scoresheet-Saluran2

 

Ketiga-tiga borang rasmi yang mengandungi keputusan yang salah dan mencurigakan, terutamanya undi di dalam peti yang lebih telah menyelewengkan keputusan bagi parlimen dan DUN diantara 138 hingga 318 undi. Dengan majoriti yang rendah dan undi rosak yang tinggi, keputusan di saluran 2 ini sahaja sudah cukup untuk mengubah keputusan di peringkat Parlimen Balik Pulau dan DUN Telok Bahang.

Ketiga-tiga borang ini tetap dikeluarkan oleh Ketua Tempat Mengundi, Muhamad Shukri bin Din walaupun dibantah oleh ejen calon yang hadir ditempat pengundian. Oleh kerana Ketua Tempat Mengundi berkeras tidak akan memberikan salinan borang-borang jika tidak ditandatangani (yang membolehkan lebih banyak manipulasi berlaku), ejen calon akhirnya menandatangani untuk mendapatkan salinan.

Kejadian ini membuktikan bahawa peristiwa undi yang dikira melebihi dari kertas undi yang mulanya dikeluarkan memang berlaku. Ia berlaku di Balik Pulau dan sudah tentu juga berlaku di tempat-tempat lain, walaupun semua laporan tidak mungkin boleh dikumpul oleh #siasatpru13.

Ia juga mempersoalkan ketelusan dan kecekapan SPR mengendalikan pilihanraya apabila masalah kecil seperti kesilapan tertukar keputusan di antara calon parlimen dan DUN masih boleh berlaku.

KESALAHAN MEMBELI UNDI YANG BERLELUASA

Seperti yang telah dilaporkan seperti ini, kesalahan membeli undi berlaku dengan berleluasa terutamanya di Pulau Pinang sepanjang PRU13. Parlimen Balik Pulau juga tidak terkecuali dan beberapa rakaman telah dibuat menunjukkan orang ramai beratur untuk menukar baucer yang diberikan dengan wang tunai di sebuah kedai di DUN Pulau Betong (rujuk 2 video yang disertakan).

Perkara yang sama juga telah berlaku di DUN Bayan Lepas, satu lagi DUN di bawah Parlimen Balik Pulau bertempat di premis bernombor Lot 25, Lorong Helang 3, Sungai Dua. Satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Abdul Halim Hussain mengenai perkara ini pada 10 Mei 2013, iaitu hari kejadiaan (laporan polis disertakan bersama).

 

BalikPulau-LaporanPolis-BeliUndi

Kedua-dua contoh yang disertakan menunjukkan bahawa penyelewengan dan penipuan yang melanggar akta-akta bersabit pilihanraya telah berlaku dan mengukuhkan lagi pandangan umum bahawa penipuan berleluasa telah berlaku dalam PRU13 yang lepas.

Sementara bukti-bukti ini akan dipertimbangkan di dalam petisyen pilihanraya, KEADILAN akan terus mendedahkannya kepada pihak media dan awam untuk membuktikan bahawa penipuan memang berlaku dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
24 MEI 2013

8 thoughts on “Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi, Kesalahan Membeli Undi Yang Berleluasa”

  1. Saudara Rafizi,

    Sekadar ingin tahu, adakah nombor siri pada kertas undi DUN dan Parlimen adalah sama? Mengapa terdapat persamaan nombor siri pada Borang 13 Bahagian A (a) dan (b). Juga di Bahagian D, angka sebenar ialah 276 (700 – 424).

  2. Terima kasih Rafizi and the team. Please keep up the excellent works. All Malaysians are hopeful that the country will become a better country.

    Thanks again … really appreciate it.

  3. YB Rafizi Ramli,

    Saya dapati BORANG 14 itu adalah bagi negeri Pulau Pinang dan bukannya Parlimen Balik Pulau…(Borang 14 ada 2, satu untuk parlimen dan satu untuk negeri)

    Harap teliti semula, maaf menganggu.

    1. ok….. mungkin saya terlepas pandang berkenaan dengan bahagian pilihanraya…..

      Maklumat yang dinyatakan adalah betul.

      maaf menganggu.

  4. sebenarnya, kalau tengok betul-betul borang tu.. KTM silap tulis nombor siri tu.. Jumlah kertas undi memang 562 kerana nombor siri tu sebenarnya daripada 008151 hingga 008712.. Kesilapan KTM adalah menulis nombor siri tu dalam kedua dua kotak A dan Kotak B.. KTM ni tak pergi kursus kot hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.