Kejadian Kad Pengenalan Digunakan Oleh Pengundi Hantu Di Seluruh Malaysia

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.

Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.

Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:

Nama

Parlimen

Kamarulzaman Md Adnan P105 Sungai Petani
Mohd Khir Shaari P131 Rembau
Mohd Razmi Khalid P096 Kuala Selangor
Nor A’risah Ab Yamin P102 Serdang
Zaripah Abdul Halim P040 Kemaman
Lee Hou Cyang P102 Serdang
Sairah Jusoh P019 Tumpat
Mohamad Khairul Azhar Yang Ali P108 Shah Alam

Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama.

#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.

Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.

Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.

Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.

 

 

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi KEADILAN

20 MEI 2013 

 

bdr kinrara puchong - selangor kerteh kemaman puchong 2 - selangor Full page fax print

 

tumpat - kelantan sungai buloh - selangor shah alam - selangor sg petani - kedah

5 thoughts on “Kejadian Kad Pengenalan Digunakan Oleh Pengundi Hantu Di Seluruh Malaysia”

  1. Good Day YB,

    We Malaysian are aware of the frauds, my question is, what has Pakatan done as of now. Why is there no petition submitted till now where we are a few days away from the expiry of 21 days period.

    My personal opinion is that this action of public exposure is not doing much good without a petition in High Court. Your team need to take this to the high court or our voice will fall on deaf ears.

    Thank you

  2. Assalamualaikum YB,
    Saya ajk AMK Cbg Selayang ada menyerahkan pd wakil YB semasa himpunan ‘Blackout 505’ kali pertama di Stadium Kelana Jaya iaitu 4 salinan repot polis yg berlainan kes. Videonya kami x serahkn krn kami perlukn respon YB selain mengelakkan kebocoran maklumat n mencegah pelapor dp dianayai. Tq wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.