Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato’ Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES

AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.

Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:

1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional

Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:

1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut:

tempat mengundi rosmah

2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;

3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut:

rosmah saman aes

Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.

Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

24 APRIL 2013

14 thoughts on “Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato’ Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES”

  1. I’ve check the summon report and it is either has been paid off or removed. You can check it. Don’t know who did that.

  2. I’m wondering whether will PR collect the summons owed by her before dismantling the AES, if PR comes into power on 06.05.2013.

  3. ini yang dikatakan menyembelih rakyat untuk kepentingan pihak2 tertentu..memang tidak wajar double standard berlaku sedangkan kerajaan beriya2 nak buat aes alasan untuk mengurangkan kadar kemalangan..pelaksanaan undang2 ini jika dilaksanakan akan melibatkan semua orang yang bergelar rakyat malaysia,tak kira dia adalah perdana menteri atau agong..teruk2,kita semua perlu menghentikan salah guna kuasa ini semua..semua rakyat perlu bangkit membuat perubahan untuk kesejahteraan bersama..ayuh ubah malaysia!!!ini kali lah!!

  4. memang kena pada tempatnya,harapkan pagar,pagar makan padi, kerajaan bn dah tak ada duit lagi, habis semua malaysia dia nak jual.kalu dia menang lagi, i rasa penduduk sendiri bunuh diri .

  5. Saudara rafizi…tahniah ats info saudara…sy cuma nk tau..apa strategy pr dlm isu lambakan pekerja asing..seperti yg kita lihat hari ini..trlalu ramai warga asing menguasai dlm semua bidang.

  6. Pls on guard against Allan of elephant logo.l pick up a guy from cheras baru in front of dap hq in cheras.He said he used to hang posters for janis during the last electon.he said gary could be a decoy and distraction .Allan might give a surprise win.Dont let your guard of this guy.

  7. The “DOUBLE STANDARD” policy from the past government already existed since 55 years ago. Right after the retirement of Tunku Abdul Rahman. What further action is been done in these issues:
    – PKFZ scandal
    – Formation of PEKIDA
    – Faulty found by Audit Negara every year
    – NO open tender in government contract
    – NO Transparency and monitoring on MACC
    – Unfair media access etc..
    All these just a few cases of the iceberg that they cover it up.

  8. “Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beria-ia mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat,” katanya.

Leave a Reply to nur Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.