1MDB Pindah RM7 Bilion Wang Rakyat Ke Akaun Sulit

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai.

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

23 APRIL 2013

11 thoughts on “1MDB Pindah RM7 Bilion Wang Rakyat Ke Akaun Sulit”

  1. saya dimaklumkan oleh staff Powertek bahawa 1MDB telah mengambil alih IPP Powertek di Tg.Kling Melaka. Apakah mungkin 7 atau 8 billion yang saudara maksudkan itu adalah merupakan bayaran pindahan kepada Ananda pemilik IPP berkenaan. Kemungkinan mereka merancang apabila BN tumbang, Ananda telah terselamat dan Kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa memikul bebanan hutang sebesar itu.So, Ananda terlepas dari kesusutan income akibat dari penurunan kadar tarif letrik yang DSAI selalu tekankan akan dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat memerintah.

  2. Kalau boleh, paparkan sekali dokumen yg berkaitan. Baru puak2 yg selama ni buta hati, buta mata dan pekak telinga ader kesedaran.

  3. wow Bro.. i am amaze at you. keep it up the rakyat needs to know this. i had been a BN supported in the past elections. however, i am convinced we need to UBAH… INI KALI LAH. thank you & takecare of your health, all the best in your Pandan ceramah.

  4. The Edge minggu mana ini?

    Saya pernah baca tentang 1MDB, tetapi bukan berkenaan perpindahan duit ke Cayman. Ia berkenaan CEO yang berubah-berubah fikiran.

  5. ini lah akibatnya. Rakyak diberi Rm500 br1m & br1m 2…dia sapu RM7billion! And the sure-to-be-missing funds are guaranteed by the Government of the day, using the nation resources & Rakyak monies!

  6. Jika ini benar2 berlaku,kesalahan besar kerajaan BN adalah amat memilukan rakyat secara keseluruhan,rakyat adalah pembentuk kerajaan dan pucuk pimpinan adalah semuanya atas kuasa rakyat jadi sepatutnya ianya harus dipulangkan semula kepada rakyat.Usaha saudara Rafizi untuk membongkarkan semua ketidakadilan pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional amat dihargai.Semuga saudara berhasil sebagai ahli parlimen Pandan dimana saya adalah pengundi berdaftar disana.Terimakasih

  7. Apa yang berlaku sentiasa ada hikmah disebaliknya.

    yang baru nak berniaga, terpaksa bergolok gadai demi mencari sesuap nasi.

    1MDB yang baru meniaga terus dapat 7billion, Wow! kalau mcm ni, rakyat pun tergadai.

    Pengampunan dari Agong semestinya mustahil untuk Najib dan golongannya yang sentiasa merompak dan mengkayakan golongan tertentu.

    bro keep up the good work! we’re counting on you!

  8. A man with full of reliable informations, Insha Allah I praise to Allah you will succeed on 5th May & future.

  9. Hello saya dari masa hadapan. Tadi petang 23hb Ogos 2022, DSN telah pun diarahkan ke penjara Kajang setelah didapati bersalah utk kes berkaitan SRC

Leave a Reply to NoktahHitam Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.