Apps “PRU13 PKR” Senjata Kempen Media Sosial

Mengambil kira ruang maklumat yang disekat akibat media perdana yang tidak bebas, KEADILAN menumpukan usaha untuk menggunakan sepenuhnya gabungan telefon pintar (smartphone) dan media social seperti Facebook dan Twitter. Oleh itu, KEADILAN menjadi parti politik pertama yang membangunkan Apps bersepadu untuk menyebarkan maklumat sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-13 melalui media sosial.

Apps ini mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Membawa berita terkini
2. Kemudahan semakan daftar pengundi di hujung jari
3. Bank infografik yang penuh dengan data mengenai isu-isu besar
4. Video ceramah, sidang media dan aktiviti kempen
5. Twitter pimpinan utama
6. Jadual aktiviti dan ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim
7. Bank profail calon-calon KEADILAN (selepas penamaan calon)

Apps yang dinamakan “PKR” ini dibangunkan untuk platform Apple dan Android buat masa ini. Ia boleh mula dimuat turun di iTunes dan Market Place dari minggu bermula 25 Mac 2013 dengan jangkaan Dewan Rakyat dibubarkan selewat-lewatnya dalam minggu tersebut.

KEADILAN akan mempromosikan Apps ini bermula dari hari ini melalui preview video yang boleh didapati di Youtube.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

20 MAC 2013

4 thoughts on “Apps “PRU13 PKR” Senjata Kempen Media Sosial”

  1. Tahniah pd PKR krna bangunkan APPSpru13,smoga ia dpt mnyampaikan maklumat alternatif kpd media perdana…………x tahan dah dgn info yg menyakitkan jiwa ………saya harap cepatkanlah utk d download…
    TAKBIR”……………

Leave a Reply to Wan Fauzi™ Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.