Bukti-Bukti Baru Dikemukakan Kepada ICAC Untuk Buka Semula Siasatan

Delegasi KEADILAN yang dianggotai oleh:

1. YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang
2. YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan
3. YB Chang Li Kang, ADUN Teja
4. Saudara Darell Leiking, Timbalan Setiausaha Agong/Ketua Cabang Penampang
5. Saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi

akan membuat lawatan kedua ke Hong Kong pada 12 dan 13 Disember 2012 dalam usaha membuka semula siasatan pihak berkuasa Hong Kong mengenai tuduhan rasuah RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman melalui orang pertengahannya iaitu Michael Chia.

Delegasi akan mengadakan pertemuan dengan YB James To, ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab menyelia perjalanan Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC), selain mengadakan pertemuan khusus dengan pegawai penyiasat ICAC untuk menyerahkan bukti-bukti lanjut kes.

KEADILAN telah berjaya mengumpulkan bukti-bukti baru terutamanya bukti urusniaga dan butiran pemindahan wang di Hong Kong seperti berikut:

Urusniaga Melalui Akaun HSBC Milik Michael Chia di Singapura

Michael Chia mempunyai beberapa bank akaun yang dibuka dengan HSBC di Singapura sekitar tahun 2005 hingga 2006.
Bersama-sama ini disertakan salinan pengesahan pemindahan wang (telegraphic transfer credit advice) ke dalam akaun-akaun Michael Chia bertarikh 7 Jun 2005, 16 Jun 2005, 22 Februari 2006 dan 16 Mac 2006.

Pemindahan wang yang setiap satunya bernilai jutaan ringgit ini dimasukkan ke akaun Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang sebelum ini dinamakan sebagai pengusaha balak melalui konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada mereka, termasuklah Ever Fame Enterprises Limited, Borion Enterprise Limited dan Wayco Enterprise Limited.

Salinan pengesahan pemindahan wang ini dengan jelas memberi butiran bahawa pemindahan wang ini adalah bayaran deposit kepada konsesi, merujuk kepada konsesi balak yang diusahakan oleh syarikat-syarikat ini.

Kewujudan akaun ini yang dimiliki Michael Chia dan pemindahan wang oleh pemegang konsesi kepadanya bagi tujuan deposit konsesi mengesahkan bahawa Michael Chia bertindak sebagai orang tengah kepada individu tertentu untuk mengutip wang hasil dari konsesi balak yang dikeluarkan Kerajaan Sabah.

Mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 dan Peraturan Permit Pembalakan Sabah 1969, kelulusan permit dan kutipan hasil dari pembalakan dikendalikan sepenuhnya oleh Kerajaan Sabah dan tidak melibatkan sebarang pihak lain.

Oleh yang demikian, sebarang kutipan wang bagi deposit konsesi oleh pihak lain berkemungkinan besar adalah wang rasuah yang dibayar untuk mendapatkan konsesi.

Michael Chia perlu disiasat segera oleh SPRM untuk mengenalpasti individu yang mewakilkannya untuk mengutip wang dari syarikat-syarikat pemegang konsesi balak, yang disalurkan ke dalam akaun HSBC miliknya di Singapura.

Urusniaga Melalui Akaun UBS di Hong Kong Milik Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd adalah 2 buah syarikat yang diperbadankan di pusat perniagaan pesisir luar pantai (offshore business centre) iaitu di British Virgin Island, yang melindungi maklumat pemilik serta pegangan sahamnya. Oleh itu, adalah mustahil untuk orang awam mendapatkan maklumat pemiliknya dari pihak berkuasa dan syarikat-syarikat ini tidak perlu mengemukakan akaun setiap tahun seperti syarikat-syarikat lain.

Pun begitu, salah satu pihak yang menguasai Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd secara bersama dengan Michael Chia telah tampil dan menawarkan maklumat mengenai kedua-dua syarikat ini. Mereka juga telah menyerahkan sepenuhnya penyata bank dan segala slip urusniaga melibatkan akaun kedua-dua syarikat tersebut dengan Bank UBS di Hong Kong.

Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd digunakan oleh Michael Chia bagi tujuan yang sama seperti akaunnya di HSBC Singapura – iaitu menyalurkan wang suapan hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan oleh Kerajaan Sabah kepada pemegang-pemegang konsesi.

Bersama-sama ini disertakan slip pengesahan urusniaga (debit or credit advice slips) yang melibatkan Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd.

Satu pemindahan wang berjumlah US$277,975 bertarikh 13 Februari 2007 misalnya, dibuat oleh Multilink Star Pte. Ltd. Kepada Zenique Investments Ltd bagi pembayaran deposit konsesi pembalakan, seperti yang dapat disahkan oleh slip pengesahan urusniaga.

Dari semasa ke semasa, wang dari kedua-dua syarikat ini dipindahkan ke sebuah syarikat BVI milik Michael Chia iaitu CTF International Ltd.

Pada 25 May 2007 pula, Zenique Investments Ltd memindahkan wang sebanyak AU$2,350 terus ke akaun Mohammed Hayssam Musa, iaitu anak kepada Dato’ Seri Musa Aman.

Semakan terhadap slip-slip pengesahan urusniaga ini menunjukkan pemindahan wang ke akaun yang dikawal Michael Chia oleh syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan konsesi balak di Sabah, selain dari perbelanjaan dan pemindahan peribadi seperti pembelian kereta mewah, pemindahan kepada isteri Michael Chia dan lain-lain.

Helah yang digunakan adalah sama, iaitu mengumpul wang rasuah hasil dari konsesi balak yang dianugerahkan Kerajaan Sabah melalui akaun-akaun di luar negara yang didaftarkan di atas nama syarikat BVI yang penuh kerahsiaan.

Pihak ketiga yang turut terlibat di dalam Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd telah menyatakan kesudian mereka untuk memberikan keterangan sepenuhnya kepada ICAC bagi membuktikan bahawa pemindahan wang di Hong Kong yang melibatkan kedua-dua syarikat BVI itu adalah bersabit wang rasuah konsesi balak di Hong Kong.

Ini menepati kehendak ICAC untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman, iaitu bukti berlakunya urusniaga melibatkan bank di Hong Kong dan bukti bahawa urusniaga itu melibatkan wang hasil dari rasuah.

Akuan Bersumpah Dato’ Seri Lajim Ukin

Bersama-sama ini disertakan akuan bersumpah oleh Dato’ Seri Lajim Ukin yang menafikan sepenuhnya bahawa Umno Sabah pernah menerima sumbangan RM40 juta seperti yang didakwa oleh Dato’ Seri Nazri Aziz.

Kedudukan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Badan Perhubungan Umno Sabah sepatutnya menjamin bahawa beliau juga akan dimaklumkan sekiranya ada sumbangan sebesar itu kepada Umno Sabah.

Akuan bersumpah beliau yang turut menawarkan diri untuk memberi kenyataan termasuklah pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam menguruskan pentadbiran konsesi balak di Sabah akan diserahkan kepada ICAC untuk tindakan lanjut ICAC.

Ketiga-tiga bukti ini adalah mencukupi, seperti yang dibincangkan dengan ICAC, untuk membuka semula siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman.

Sekiranya pihak berkuasa Malaysia terus mendiamkan diri dan tidak mengambil tindakan, bukti-bukti ini akan terus tersebar dan melemahkan lagi keyakinan rakyat terhadap SPRM dan Peguam Negara.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
11 DISEMBER 2012

Blisstop Corporation Ltd

Zenique Investments Ltd – 1

Zenique Investments Ltd – 2

Zenique Investments Ltd – 3

HSBC1

HSBC2

HSBC3

HSBC4

HSBC5

HSBC5

36 thoughts on “Bukti-Bukti Baru Dikemukakan Kepada ICAC Untuk Buka Semula Siasatan”

  1. Tony Pua, who has an accounting background, must have failed miserably when trying to counter the Talam gate expose that the Pakatan Rakyat Selangor government had to assign Teresa to do the job.

  2. The failed economist has all of a sudden been unusually quiet. Talk is that instead of trying to get the Selangor government out of trouble, he had instead reinforced the scandalous doings and mismanagement of the state by confirming that certain lands bought from Talam Corporation by Selangor had been overpriced by tens of millions of ringgit.

  3. Well the same goes for Teresa Kok who seemed to confuse the rakyat further in her attempt to free the Pakatan Selangor government from being implicated in the RM1 billion debt restructuring scandal.

  4. MCA’s Chua Tee Yong had since July been exposing one scandal after another scandal with regards to the debt recovery exercise to recover a RM392 million debt from Talam which ended in a RM1 billion debt fiasco.

  5. The latest boo boo in Teresa’s press statement quoted her as confirming that Mentri Besar Incorporated (MBI) had sold the Danau Putra land, one of the 13 land assets bought from Talam under the debt recovery exercise.

  6. She further said that the unencumbered individual titles of the related land will be delivered by Talam soon and that the caveators have no objection to lift the caveats for the subdivision of the master title into individual titles.

  7. Firstly, if the subdivision of the master title had not been concluded, how the hell MBI had managed to sell the land.

  8. The land is still under Talam’s name. Teresa is lying through her teeth when she said that MBI had sold the land.

  9. By saying that the land has been sold means it’s a completed sale and that the land title has been transferred to the new owner.

  10. BUKTI2 TERBARU TU BUKAN PRINT OUT DARI SARAWAK REPORT KA?? DALAM MASA TIGA MINGGU SEJAK LAWATAN PERTAMA DELEGASI PAKATAN KE HONG KONG, RASANYA CUKUP UNTUK MENGUBAH SUAI DOKUMEN2 SARAWAK REPORT SUPAYA SESUAI DENGAN PEMBOHONGAN TERKINI PAKATAN RAKYAT..

        1. sarawak report sebelum ini ada membuat laporan palsu mengenai Sarawak mengenai Lembah Danum merupakan sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia.

          1. hakikatnya Lembah danum merupakan Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum (DVCA) yang memiliki ekosistem bertaraf duniadan menjadi tempat kediaman kira-kira 125 spesies mamalia, lebih 300 unggas, 72 reptilia dan 56 amfibia.

      1. ia menyediakan tempat perlindungan yang amat diperlukan oleh hidupan liar Sabah seperti Orang Utan, badak Sumatra, monyet Proboscis, gajah Borneo dan pelbagai jenis unggas, yang amat teruk diancam bahaya kepupusan.

        1. Putera william dan kate sendiri dan melawat lembah Danum dan mengiktiraf ia kawasan yang terpelihara. tidak seperti yang sarawak report gambarkan.

  11. ICAC JALANKAN SIASATAN SELAMA SEBULAN DI SABAH TIDAK PULA MEMPEROLEHI BUKTI2 UNTUK MENGAITKAN PEMBOHONGAN PAKATAN DENGAN RASUAH MUSA AMAN?? BAGAIMANA RAFIZI BOLEH DAPATKAN BUKTI2 ITU DALAM MASA 3 MINGGU?? PELIK!

  12. JIKA BUKTI2 ITU SUDAH ADA DALAM SIMPANAN RAFIZI, KENAPA TIDAK SERAHKAN SAJA KETIKA LAWATAN PERTAMA?? BANYAK DUIT RAFIZI ULANG ALIK HONG KONG DUA KALI??

  13. KALAU NAK SANGAT JADI HERO, DEDAHKAN SEKALI SKANDAL RASUAH PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT.. APA JAMINAN MALAYSIA AKAN AMAN DARI SKANDAL RASUAH DIBAWAH PEMERINTAHAN PR JIKA MEMBANTERAS RASUAH PUN MASIH ADA SIKAP DOUBLE STANDARD??

  14. Selama ini Zuraida dan Rafizi mempotretkan diri mereka sebagai orang yang penuh intergriti dan menyerang Nazri Aziz kerana anaknya menggunakan kenderaan milik Michael Chia.

    Jadi bagaimana pula dengan Zuraida yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh sebuah syarikat? Harus diingat, kenderaan itu bukan digunakan oleh anak Zuraida, tetapi oleh Zuraida sendiri. Untuk tujuan apa syarikat berkenaan menyediakan kenderaan mewah yang berharga ratusan ribu untuk kegunaan Zuraida? Sudah tentu ada udang di sebalik batu!

    Zuraida seorang wakil rakyat di sebuah negeri yang diperintah PKR. Walaupun beliau tiada kuasa meluluskan projek tetapi beliau mempunyai kuasa melobi atau menjadi broker yang membawa projek syarikat-syarikat tertentu untuk diluluskan. – SEL13

  15. Zaman kemewahan Zuraida adalah ketika Rafizi berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Prosedur di Selangor menetapkan setiap projek yang hendak dikemukakan kepada kerajaan negeri perlu dihantar kepada Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor untuk dinilai dan dicadang supaya diluluskan. Di sana Rafizi yang banyak memainkan peranan untuk melobi Anwar bagi meluluskan sesuatu projek. Masalah ‘terlebih makan’ telah membuatkan Rafizi bermasalah dengan Pejabat MB Selangor terutamanya dengan Faekah Hussin, yang akhirnya menyaksikan Rafizi telah meletak jawatan. – SEL13

  16. It is really surprising that one should know about the case and the other does not, since the two of them are both UMNO leaders.

Leave a Reply to James Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.