Serangan Ke Atas Bas Kempen Jelajah #merdekarakyat Cubaan Gagalkan Kempen Keadilan

Jelajah #merdekarakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat. Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini.

Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.

Pada jam 420 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.

Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 430 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 514 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

KEADILAN akan meneruskan Jelajah #merdekarakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini.

Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.

Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.

Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi.

Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.

Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini.

Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN

1 SEPTEMBER 2012

3 thoughts on “Serangan Ke Atas Bas Kempen Jelajah #merdekarakyat Cubaan Gagalkan Kempen Keadilan”

  1. BN is a party that works on patronage and has lost its way in the last 55 years in power by forgetting that its primary role is to listen and serve the rakyat. Just look at the current states where BN are the opposition, they are like chickens without heads and cannot provide any positive arguments or improvements for the state.
    There is a lack on new blood in BN and this will lead to its downfall. Dr M is “spot-on” when he claimed that once PR wins it will be difficult for BN to win again – this is a FACT as the rakyat sees the improvement and transparency in PR’s running of Penang and Selangor state government from deficits to surplus.

Leave a Reply to truely malaysian Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.