Forum #turunhargakereta Dan Kedai Online #turunhargakereta

Kempen #turunhargakereta yang telah mula bergerak ke seluruh negara akan dipergiatkan lagi minggu ini dengan beberapa program.

Forum #turunhargakereta akan dilancarkan pada 13 September 2012 (Khamis) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) bermula jam 8 malam.

Forum kali yang pertama ini akan membariskan YB Dr Dzulkifly Ahmad, YB Tony Pua, Saudara Wan Saiful Wan Jan, Saudara Rafizi Ramli dan akan dikendalikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai moderator.

Forum #turunhargakereta bagi Lembah Klang ini adalah salah satu dari siri yang akan mengunjungi juga Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching dalam bulan September dan Oktober ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk turut sama mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta.

Memandangkan permintaan yang begitu tinggi terhadap pelekat kereta #turunhargakereta, KEADILAN juga telah mewujudkan satu kedai online (online store) yang membolehkan orang ramai mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta secara online. Ini bagi membolehkan orang ramai yang sukar untuk hadir ke program ceramah atau program yang berbaur politik untuk turut serta menyokong kempen ini, memandangkan golongan inilah (atas pagar) yang setakat ini paling kuat menyokong usaha menurunkan harga kereta.

Orang ramai boleh membuat tempahan bagi mendapatkan pelekat kereta dan kemeja-t #turunhargakereta di kedai online Kempen Rakyat di alamat www.kempenrakyat.com bermula jam 5 petang hari ini (11 September 2012). Pelekat kereta dan kemeja-t akan dihantar melalui pos mengikut tempahan.

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

11 SEPTEMBER 2012

2 thoughts on “Forum #turunhargakereta Dan Kedai Online #turunhargakereta”

  1. Saya adalah penjawat awam dan telah menerima satu email(seperti dibawah) yang entah dari mana melalui email Jabatan berkaitan topik diatas. Harap dapat sebarkan dan jawab tohmahan terbabit. Sekian Terima Kasih

    Info Semasa [[email protected]]
    Sent: Thursday, September 13, 2012 2:10 PM
    To: Mohamad Rizal Omar

    Click here to unsubscribe
    Having trouble viewing this e-mail? View it in your browser

    Janji Populis PKR Untuk Kereta-Kereta Yang Lebih Murah Bukanlah Satu Penggantian Kepada Polisi-Polisi Sebenar

    Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini. Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru – tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.

    Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga kereta yang lebih murah.

    Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas, kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.

    Berhadapan dengan masalah-masalah dalaman yang telah meletakkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan leftenan-leftenan tertinggi beliau Azmin Ali dan Rafizi Ramli, kegagalan menyelesaikan pertikaian tentang hudud antara DAP dan PAS, ketidakupayaan atau ketidakrelaan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam membentuk sebuah kabinet bayang-bayang mahu pun sebuah manifesto yang mantap, dan kegagalan untuk menyerang polisi ekonomi kerajaan kerana ia sedang membawa pertumbuhan 5.4%, pendapatan per kapita yang lebih tinggi, dan pelaburan luar yang lebih banyak – apa yang boleh ditawarkan oleh PKR sebaliknya adalah: kereta-kereta yang lebih murah.

    Ya, strategi pilihanraya PKR nampaknya cuba merasuah pengundi-pengundi atas pagar dengan satu janji kabur untuk kereta-kereta yang lebih murah. Memang sukar dipercayai, namun inilah hakikatnya.

    Rafizi Ramli dari ayam tambatan tanpa haluan PKR telah mendakwa pembayar-pembayar cukai kerugian sekitar RM3.5 billion setiap tahun melalui Permit Kelulusan (AP) dan berkata bahawa jumlah ini sebaliknya boleh digunakan untuk menurunkan harga kereta.

    Parti ini telah menjanjikan satu rombakan semula ke atas Dasar Automotif Negara (NAP) yang bakal melibatkan pemotongan duti eksais dan beban cukai tiga ganda ke atas kereta sekiranya ia berjaya mengusai Putrajaya.

    Rafizi telah membentuk sebuah fatamorgana ekonomi daripada AP di sebuah persidangan akhbar pada hari Selasa lepas. Beliau melandaskan teori beliau di atas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir minggu lepas yang dilaporkan telah berkata bahawa penjualan AP kepada pembida tertinggi akan membuatkan harga setiap AP bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000.

    “Sekiranya jumlah pengeluaran AP setiap tahun mencapai 70,000 seperti yang dianggarkan, negara ini dan rakyatnya akan kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang kini diterajui Datuk Mukhriz hanya mengenakan bayaran RM10,000 semasa AP diedarkan … tanpa melalui proses tender terbuka,” dakwa Rafizi.

    Beliau berkata sebuah sistem tender terbuka untuk AP akan “membolehkan harga kereta turun naik berdasarkan pasaran terbuka,” dan mendakwa bahawa ini akan memupuk persaingan antara penjual-penjual kereta untuk menawarkan harga-harga terbaik untuk masyarakat umum.

    Ini adalah pemikiran ekonomi yang teruk, dan pemikiran politik yang lebih teruk lagi.

    Pengiraan ekonomi Rafizi sangat lemah, kerana sebaik saja kesemua AP ditawarkan kepada pembida tertinggi, bekalan AP akan menjadi sangat tinggi sehinggakan pembida-pembida premium yang kini bersedia untuk mendapatkan AP akan berkurangan daripada jumlah RM50,000-RM60,000 yang diandaikan oleh Rafizi. Oleh yang demikian, anggaran beliau tentang kerugian RM3.5 bilion itu adalah sesuatu yang sangat dibesar-besarkan.

    Keduanya, setiap negara pengeluar kereta mengenakan sekatan terhadap pengimportan kereta untuk melindungi industri automotif tempatan. Ini tidak hanya berlaku di Malaysia, Rafizi. Pergilah ke India, sebagai contoh, dan anda akan dapati bahawa wujud duti import sebanyak 102 peratus dan pengharaman ke atas import kereta-kereta terpakai.

    Samada Rafizi suka atau tidak, harga kereta-kereta tidak akan “turun naik berdasarkan pasaran terbuka.” Harga-harga kereta diatur dalam setiap pasaran kereta, samada di Amerika Syarikat mahu pun China.

    Jadi apa yang ditawarkan oleh Rafizi kepada pengundi-pengundi hanyalah sebuah impian yang mustahil: Undi Pakatan Rakyat, dan anda akan hidup di dalam sebuah syurga kereta.

    Atas sebab inilah politik di sebalik janji populis PKR sangat sinis.

    Sepatutnya pihak pembangkang menawarkan polisi-polisi alternatif yang kukuh dan mampu memperbaiki pembangunan negara serta kehidupan harian rakyat jelata, dan bukannya menabur janji-janji palsu yang hanya berlandaskan perkiraan-perkiraan ekonomi yang tidak tepat.

    Berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras tidak berminat untuk membeli kereta-kereta import yang mahal. Mereka hanya berusaha untuk menyara diri dan keluarga serta merancang untuk membuat keputusan-keputusan hidup yang lebih penting seperti memberi pendidikan kepada anak-anak dan juga membeli rumah sendiri.

    Kerajaan Barisan Nasional sedang membawa perubahan yang besar dalam aspek-aspek ini, dengan pihak kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum, membawa perubahan-perubahan meluas dalam sektor pendidikan, dan menawarkan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki.

    Pakatan pula sebaliknya hanya sibuk memanjakan golongan minoriti kecil yang mahukan kereta-kereta import, lantas cuba untuk menggula-gulakan golongan ini dengan penurunan harga kereta-kereta.

    Siapa sebenarnya yang ingin dibantu oleh Pakatan dengan janji kereta murah ini? Sudah pastinya bukan orang kebanyakan.

    Kita orang berilmu jangan termakan dengan janji dan polisi populis Pakatan Rakyat. Polisi-polisi yang diketengahkan setakat hari ini cuma berdasarkan andaian ahli politik semata, dan tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana pakar ekonomi dunia.

    Ketika bandaraya-bandaraya lain di dunia berlumba-lumba untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam, Pakatan pula galak menyuruh orang membeli kereta. Sekiranya lebih banyak kereta di jalanraya kerana harga murah, apa Rafizi ingin lakukan bila kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol yang mencanak naik? Memang sah Rafizi dan Anwar sedang merancang menuju bankrap untuk negara kita.

    Rafizi dan rakan-rakan harus bangkit dari lena yang panjang dan sedar bahawa pihak Pembangkang harus memperbaiki diri secepat mungkin. PU13 sudah menghampiri, dan sekiranya apa yang boleh dijanjikan oleh Pakatan hanyalah kereta-kereta yang lebih murah sambil mereka masih degil bertelagah tentang hudud, keputusan pilihanraya barangkali sudah boleh diketahui sebelum hari pembuangan undi lagi.

    [email protected]

    JALAN SS25/14
    TAMAN SAKIH ULU
    CHERAS, SELANGOR 56100
    Malaysia

  2. Saya menyokong harga kereta diturunkan.Lebih baik lagi jika dipinda juga akta penjamin.Akta penjamin lebih berpihak dan menguntungkan pihak bank yang mempunyai udang disebalik batu.Apatah tidaknya,orang awam tidak dilindungi untuk jaminan perniagaan,sedangkan bank dilindungi perniagaan mereka dari rugi dan menjadi mangsa untuk membayar ganti rugi mereka adalah penjamin.Kebanyakan penjamin terdiri dari orang melayu dan bekerja tetap yang mempunyai nilai adab yang tinggi.Kita tidak dapat menolak permintaan keluarga dan saudara untuk membantu dan inilah yang dijadikan umpan yang mengena oleh pihak bank untuk jaminan ganti rugi .harap dapat memahami.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.