Penubuhan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) Untuk Melindungi Pemberi Maklumat

Negara telah menyaksikan beberapa perkembangan sihat dalam tempoh setahun yang lalu apabila ramai rakyat Malaysia tampil untuk memberi maklumat mengenai salahguna kuasa dan perlakuan rasuah yang berlaku. Individu-individu yang tampil ini berhadapan dengan risiko yang besar, termasuklah risiko kewangan, pekerjaan dan keselamatan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara Johari Mohamad yang hilang mata pencarian, diugut, disiasat dan akhirnya didakwa. Kos jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah dan kos guaman sudah tentu diluar kemampuan beliau.

Sepanjang saya mengendalikan beberapa kes berkepentingan awam setakat ini, saya berurusan dengan ramai rakyat Malaysia yang berani seperti Saudara Johari Mohamad. Mereka juga kini menghadapi risiko yang sama.

Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Saya percaya selepas ini, pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus memburu pemberi maklumat untuk menutup mulut mereka. Pemburuan ini juga bertujuan untuk mematikan bercambahnya budaya baru dalam masyarakat kita yang menggalakkan pemberi maklumat tampil ke hadapan.

Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat.

Saya telah menubuhkan sebuah badan yang bernama National Oversight and Whistleblowers Centre (kependekan namanya NOW) yang bermatlamat seperti berikut:

1. Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urustadbir, tata kelola (governance) dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

2. Berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam;

3. Melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Fund) yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

4. Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan; dan

5. Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi. Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.

NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.

Oleh itu, saya mengalu-alukan sebarang bantuan dan sumbangan untuk mengisi tabung ini. Maklumat akaun bank NOW adalah seperti berikut:

Akaun Maybank bernombor 562441603039 (Oversight & Whistleblowers Sdn Bhd)

Sebarang sumbangan akan membantu menyegarkan lagi proses mematangkan masyarakat dan membina kebertanggungjawaban awam di negara ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
2 OGOS 2012

18 thoughts on “Penubuhan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) Untuk Melindungi Pemberi Maklumat”

  1. Orang benar yang dianiayai/dizalimi wajib dilindungi. Kalau dibarat mereka ada Ombudsman yang dibiaiai pemerintah. Disini kita ada NOW yang dibiaiai secara sedekah orang-ramai. Mungkinkah wang zakat baitulmal boleh digunakan untuk tujuan ini?

  2. Could someone please set up a webpage to gather million of signature as petition to “Federal Government and AG to immediately withdraw all charges against Rafizi Rahim on his whistleblower job of NFC scandal”

  3. ^^ Thumbs up Rafizi. we need more young ppl like you, brave and dedicated. don’t bow to ’em and put your head straight up. We, the rakyat will do the best to support you….. stick together, we unite and nail them down. Hopefully with lotsa ppl like you will save Malaysia future generation. Bravo!! ^^

  4. SPRM janganlah marah. Sebenarnya rakyat kita yang terok-terok tu janganlah kita ikut. selagi rumah dibandar-bandar kebanyakkannya berpagar janganlah harap rasuah dapat dibendong. Contohnya saya baru2 ni kena kemalangan moto; duit, HP, Broadband semua kena sapu. ada akai ke.. orang dalam kesusahan pun nak dianiayakan. Masuk dalam s/khabar ada gambar JPA, Plus, wartawan, wakil insuran dan orang ramai, anda fikirlah sapa punya kerja. Ada juga yg baik tolong payungkan saya. Janganlah heran kalau beras berterabor atas jalan ada yang kutip bagi anak bini makan. Dalam hai ini sebenarnya anggota penguatkuasa kita suka menunjukkan kuasa dan sombong konon mereka lurus tapi sebenarnya hendak benda itu. Sepatutnya mereka hendaklah berhemah, bertolak ansur dan bersopan santun semasa menjalankan tugas. Semasa berurusan dengan orang ramai panggil mereka encik atau tuan sepatutnya bukan dengan panggilan makcik/pakcik/kakak. Barulah rakyat menghormati kakitangan kerajaan akhirnya kakitangan kerajaan akan mendapat kerjasama tentunya mendapat maklumat dari rakyat dengan rela hati bukan dengan duit hadiah. lagi satu harga barang kita naik adalah kerana barang2 kita banyak dah dieksport kerana harga barang kita berbanding diluar negeri adalah lebih murah. Jadi patutnlah sangat kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji atas belanja yang melambong naik sekarang.

  5. korang ingat dgn penubuhan NOW ni akan tutup bangkai yg korang dah bt ke????? sorry la wei…. bangkai babi klu tutup pun org dapat bau ni kan bangkai kacukan lembu babi………..

  6. Kamu dedahkanlah kezaliman BN agar pihak teramai mendapat pembelaan.. Janganlah disembunyikan lagi, berkatalah tentang kebenaran.

  7. Kenapa tubuh di bawah SSM (suruhanjaya Sayarikat )Akta Syarikat dan bukan dibawah Akta Pertubuhan, bila dibawah SSM nampak macam Frofit orianted ? hanya pertanyaan .good work

  8. MOHON SAUDARA RAFIZI PANTAU JABATAN BURUH, TAK BUAT KERJA,DAH BUAT REPORT KENAPA GAJI PENGAWAL MASIH DITAHAP BASIC RM400 MASIH TIADA KENAIKAN,GAJI DIBAYAR LAMBAT, TIADA CUTI . TIADA APA2 ACTION DARI JABATAN BURUH.SEKIAN

Leave a Reply to Asmawi Rashid Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.