Simpan 30 Sen Sebulan Tunai Haji

Saya tertarik dengan laporan Berita Harian mengenai bakal haji, Pak Mail Brahim kerana ia sesuatu yang rapat dengan keluarga saya.

Ramai yang selalu bertanya kenapa tidak mengambil jalan menggunakan pakej haji yang mahal untuk mendapatkan tempat menunaikan haji lebih awal. Setiap tahun saya sendiri akan membuat rayuan seperti ribuan orang lain untuk menunaikan haji. Ada yang mudah membuat kesimpulan spesis seperti saya kedekut untuk berbelanja menunaikan fardhu haji. Pernah sekali, ahli Lembaga Pengarah syarikat yang saya bekerja tawarkan untuk membantu menggunakan kuota yang diberikan kepadanya, agar saya dapat menunaikan haji tahun 2009 dahulu.

Sebenarnya saya merasakan secara peribadi, kurang selesa menggunakan pakej haji yang mahal atau gunakan kuota orang untuk mendapat tempat kerana saya bimbang saya mengambil tempat orang lain yang bertungkus lumus menabung untuk menunaikan haji, tetapi mungkin belum cukup. Atau tabungannya cukup-cukup untuk menunaikan haji. Orang lain yang sudah tua dan kerja kampung seumur hidup tetapi cita-citanya hanyalah untuk menunaikan haji sebelum nyawa diambil.

Orang lain seperti Pak Mail Brahim.

Ramai sebenarnya warga emas kita seperti Pak Mail Brahim yang berusaha menabung untuk menunaikan fardhu haji.

Mungkin belum sampai rezeki. Mungkin saya belum layak menjadi tetamu Allah di tanah suci. Mungkin saya terlalu berkira bab-bab falsafah peribadi yang orang lain kira terlalu remeh temeh.

Tetapi saya akan terus membuat rayuan sehinggalah giliran saya tiba. Bukan kerana kedekut wang. Kerana prinsip moralnya mengambil kira warga emas seperti Pak Mail Brahim.

pix_gal0

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.

Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.

Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.

“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.

Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.

Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.

2 thoughts on “Simpan 30 Sen Sebulan Tunai Haji”

  1. “Sebenarnya saya merasakan secara peribadi, kurang selesa menggunakan pakej haji yang mahal atau gunakan kuota orang untuk mendapat tempat kerana saya bimbang saya mengambil tempat orang lain yang bertungkus lumus menabung untuk menunaikan haji, tetapi mungkin belum cukup. Atau tabungannya cukup-cukup untuk menunaikan haji. Orang lain yang sudah tua dan kerja kampung seumur hidup tetapi cita-citanya hanyalah untuk menunaikan haji sebelum nyawa diambil.

    Orang lain seperti Pak Mail Brahim.”

    Couldn’t agree more. Tak apa tunggu lama…. sambil tu boleh lengkapkan lagi ilmu di dada… biar pergi haji utk dapat haji mabrur.. & moga-moga baraqah kerana dah tentu kita dapat peluang pergi haji tu semasa kita benar-benar ada hak ke atasnya.

    Tak apa, nanti kita pergi haji sama-sama eh? Haha! *gurau* 🙂

  2. saya ada penyelesaian untuk saudara semua menunaikan haji… Sekiranya saudara menyimpan secara konsisten di MAA Takaful dengan program Takaful Hajj. Saudara semua boleh menunaikan haji dalam masa 5 tahun akan dtg.. Saudara juga akan mendapat manfaat melebihi RM300k sekiranya saudara hilang upaya selepas 2 bulan tempoh simpanan.. keluarga saudara juga akan mendapat lebih daripada RM300k sekiranya saudara meninggal dalam tempoh simpanan beserta RM5k upah haji dan RM2k khairat kematian.. sekiranya saudara meninggal di malaysia ketika dalam tempoh simpanan keluarga saudara akan mendapat lebih daripada RM30k dan sekiranya saudara meninggal di Mekah, keluarga saudara akan mendapat RM60k…sekiranya juga saudara mengalamai 46 penyakit kritikal saudara berkelayakan mendapat lebih daripada RM30K…

    Bertindaklah dengan segera dengan emailkan saya di [email protected] untuk sebarang pertanyaan…
    sekira pakcik itu mampu menyimpan 30sen kenapa tidak kita..bertindaklah dengan bijak… gunakan peluang yang ada…

Leave a Reply to sayed Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.