Buku Jingga

Alhamdulillah, Pakatan Rakyat berjaya menerbitkan sebuah buku poket yang berbentuk muqaddimah kepada bentuk kerajaan persekutuan yang akan dibentuk sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Buku poket yang diberi nama Buku Jingga ini adalah “sneak preview” kepada dasar-dasar khusus Pakatan Rakyat. Harapan kita penerbitan buku ini akan menutup suara-suara sumbang yang kononnya Pakatan Rakyat tidak mempunyai langkah yang khusus untuk mentadbir negara.

Kandungan Buku Jingga jelas menggugat Barisan Nasional, sehingga Timbalan Perdana Menteri tidak keruan dengan kenyataan-kenyataan yang menghina guru-guru dan Perdana Menteri berjanji akan membidas satu-persatu program reformasi 100 hari yang terkandung di dalam Buku Jingga.

Saya menyeru rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk terus menulis dan menyebarkan kandungan Buku Jingga sementara cetakan besar-besaran dibuat untuk dibawa ke akar umbi.

Saya juga bersedia untuk menghuraikan pertimbangan dan kiraan yang dibuat yang digunapakai Pakatan Rakyat dalam memutuskan program 100 hari itu.

Selamat menyebarkannya ke seluruh negara!

Download versi Bahasa Melayu: Buku Jingga

Download versi Bahasa Inggeris: Buku Jingga – English – Abridged

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.