Pendapatan Minima RM4,000 Bagi Setiap Isi Rumah: Nota 1

Sejak diumumkan pada hari Khamis (19 Ogos 2010), ada beberapa perkara yang ditimbulkan oleh pembaca laman-laman web sosial mengenai sasaran pendapatan minima RM4,000 bagi setiap isi rumah, dalam tempoh 5 tahun Pakatan Rakyat berkuasa.

Ada 2 perkara yang perlu dikupas – pertama (seperti yang dijangka), persoalan bagaimanakah perkara ini akan dapat dilaksanakan. Maka ada sesetengah pihak yang dengan cepat menyatakan bahawa ini satu gula-gula dan retorik yang tidak akan dapat dilaksanakan.

Saya mengakui bahawa persoalan polisi dan kaedah mencapai sasaran itu perlukan penelitian dan perancangan yang besar. Komen-komen yang mempersoalkan bentuk langkah-langkah yang akan dibuat adalah komen yang berasas (cuma kadang-kadang saya khuatir sama ada komen dan keraguan sebegitu hanya diajukan kepada Pakatan Rakyat, sedangkan setakat ini semua pengumuman besar yang dibuat oleh Barisan Nasional tidak realistik dan mengenepikan hakikat bahawa semua sasaran RMK8 hingga RMK10 tidak pun dicapai).

Namun bagi saya, persoalan yang lebih penting adalah konsep yang ingin dibawa oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbanding pendekatan pembangunan ekonomi yang dilaungkan oleh Umno/BN.

Ilusi mengenai sasaran pegangan 30% ekuiti Bumiputra telah menjadi begitu tebal di kalangan sesetengah kita sehinggakan sebarang ulasan dan kritik membina pun dituduh sebagai mengkhianati kedudukan istimewa orang Melayu, yang turut menyentuh penglibatan ekonomi orang Melayu.

Sedangkan selepas 40 tahun, bukan sahaja sasaran 30% itu langsung tidak tercapai – jumlah orang Melayu yang mendapat nikmat secara terus dari kegilaan mencapai sasaran 30% ini terlalulah sedikit.

Hakikat ini tidak boleh dinafikan, kerana statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan sendiri mengakui bahawa 40% pendapatan isi rumah rakyat negara ini masih lagi berada di bawah RM2,000 sebulan – sedangkan paras pendapatan yang membolehkan sesebuah keluarga menerima bantuan di bawah Skim e-Kasih adalah RM1,000 sebulan (desa) dan RM1,500 (bandar).

Daripada sejumlah 2.4 juta keluarga ini, 75% daripadanya adalah keluarga Melayu dan bumiputra seperti yang dinyatakan oleh Prof Datuk Dr Mohamed Arif.

Beza di antara RM2,000 pendapatan purata sebahagian besar keluarga Melayu dengan aras RM1,000 – RM1,500 yang dikategorikan sebagai miskin adalah terlalu dekat. Maknanya sebahagian besar keluarga Melayu hidup tidak ubah seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebab itu, selama-lamanya sasaran 30% ekuiti bumiputra yang dikira keramat oleh Umno ini tidak akan dicapai dalam kerangka pelaksanaan sekarang – kerana tumpuan bukannya untuk menjamin kesejahteraan rakyat terbanyak, tetapi pegangan ekuiti yang boleh sahaja dipusatkan di tangan beberapa orang kroni sahaja.

Pendekatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu/bumiputra perlu keluar dari kerangka awangan sebegitu dan ditumpukan kepada sasaran yang benar-benar ada kesan kepada kesejahteraan ekonomi orang Melayu terbanyak – adalah pendekatan yang perlu dialu-alukan, kalau pun ada sedikit keraguan tentang kaedah pelaksanaan.

Polemik ekonomi Melayu bukanlah monopoli Umno yang bercakap dalam kerangka yang hanya mereka fahami dan langsung tidak mencerminkan realiti di bawah.

Cadangan yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim bawa ini sepatutnya dikupas dengan baik oleh semua pihak (terutamanya Umno), sekiranya kebajikan orang Melayu terbanyak yang diperjuangkan.

17 thoughts on “Pendapatan Minima RM4,000 Bagi Setiap Isi Rumah: Nota 1”

  1. Idea yang mengarut memang mudah dirangka dengan susunan ayat! Perjuangan politik dan simpati sudah terlalu ‘lapuk’..

    1. ha ha Sdr Hooligan

      At a glance, saya baca ingat pasal sekolah untuk ibu muda mengandung di Melaka oleh Ketua Menteri πŸ˜‰

      I perfectly understand what to expect when hooligan is at work πŸ˜‰

  2. salam,
    setuju.boleh di kupas cadangan tetapi konsep,kupas,pendekatan tidak cukup.tengok bagaimana mb
    selangor dan pendekatan nya.mana dia pelaburan dari timur tengah?kdeb pkps pnsb semuanya hancur.
    semesta memalukan.idea 70billion ransangan satu apa pun idak.talam dan mikrokredit?
    di beri pasir satu selangor pun tak boleh buat duit masakan nak develop kpg baru..kalau saudara tuan
    tanah kpg baru,berani kah di beri kepercayaan kepada pkr mb?
    pendekatan mesti ada action dan result.ini terus deficit.cakap tak serupa bikin.

    kerajaan pakatan/pkr di selangor is a flop.saya jangka saudara pun tahu.

    1. Sdr

      Tuduhan itu saya kira tidak adil, sbb prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jauh lebih menyinar dr mana2 kerajaan negeri:

      1) Membelanjakan rm180+ juta setahun terus kepada rakyat (skim air percuma, tawas, skim usia emas dll)
      2) Sumbangan ekonomi Sngor kpd Msia masih lagi tertinggi
      3) Pelaburan terus kekal dan nampaknya berbeza dgn seluruh Msia, Selangor berjaya memacu pertumbuhan dgn pelaburan tambahan dalaman
      4) Tidak ada satu kes rasuah lg pun yg lekat melibatkan pimpinan tertinggi PR di Sngor, walau dicuba berkali2 dll

      Memang harapan tinggi, tetapi harapan itu perlu juga dirujuk kpd kemusnahan yg telah ditinggalkan BN πŸ™‚

      1. sdr
        ini BUKAN tuduhan sebab faktanya di bentangkan di dewan undangan negeri.

        1.180 juta di belanjakan untuk rakyat sepatutnya di dapati dari pendapatan pasir.kalau tiap hari
        bagi itu ini percuma,habis kantong anak selangor! cerita air free dah off la bro…takkan itu je?

        2.sumbangan ekonomi sepatutnya dari seluruh dunia tetapi semua komplain pasal mb yang
        terlalu slow.v v v slow.apa yang ds dan you punya roll? show the difference lah!

        3.pelaburan tambahan dalaman 900 juta dlm masa 150 hari hanyalah 6juta sehari untuk
        seluruh selangor!!!!kalau buat rumah 10 bijik pun dah rgt6 juta local investment!

        4.kes rasuah yang lekat lain lah!! yang TAK LEKAT,cuba check pkps…belambak saudara!cuba check
        bagaimana unichamp sdn bhd menang tender!! siapa gm pkps?

        jgn lah tiap kali defensif dah nak banding dgn BN.memang BN teruk.soalannya,pkr buat
        apa?

        lets improve.show the world or else we will be like aquino or mandela….the people remains poor!

  3. good article..
    kalau x silap, in 2013 kadar miskin tegar adalah dibwh rm3000..
    apa kerajaan yg akan dtg akan buat utk itu?

    1. Sdr Zhafran

      1) Paras kemiskinan rm720 sebulan skrng tidak realistik, lagi2 untuk miskin bandar

      2) Sistem e-Kasih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat meletakkan rm1000 (desa) dan rm1500 (bandar) sbg paras kemiskinan

      3) Antara perkara awal yg perlu dibuat adalah bersikap ikhlas dgn garis kemiskinan yg sebenar

      Saya tidak pasti sama ada menjelang 2013 paras kemiskinan yg realistik akn mencecah rm3000, ttp klu itu benar, ha2 makin pentinglah kita capai sasaran rm4000 pendapatan isirumah minima!

  4. dear mr rafizi,

    congratulations on your new job.not sure what is ceo of economics advisors office.

    1.what is your job scope?
    2.what is your role?
    3.what is your responsibility?
    4.do you have quantitative goals? for example, to increase selangor fdi by 30 percent in 6 mths
    5.do you have qualitative goals? for example to advise semesta to reduce cost of goods sale and increas actual sales?
    6.if you have all this,do you have a roadmap to achieve this ie how to get there..
    7.then,what is your ACTION PLAN?

    in the nutshell,are you able to EFFECTIVELY contribute as a ceo and if so what is it?

    tq.
    jaz

  5. Saudara Juan,

    kita seharusnya memberikan peluang kepada kerajaan pakatan dalam mentadbir negeri Selangor memandangkan mereka masih baru memerintah iaitu 2 tahun. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam masa 2 tahun pun agak sukar memandangkan terdapat ancaman dan pertikaian dari media semasa kerajaan persekutuan yang melonggarkan lagi keyakinan rakyat kepada PKR. Mengapa dengan kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 20 tahun kita boleh bersabar dengan kerenah mereka sedangkan dengan PR yang memerintah hanya 2 tahun kita tidak boleh bersabar. Jika saudara seorang yang bijaksana, mengapa tidak memberikan cadangan dan pandangan saudara kepada kerajaan pakatan sedia ada untuk memaju dan memantapkan lagi pentadbiran mereka.

    Jangan hanya tahu membebel dan memberikan komentar dengan penuh nafsu (bukan secara berfikir matang serta sihat). Harap saudara fikirkannya. sesungguhnya segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datang dariNya juga tetapi atas kelemahan kita.

    Wassalam

    Achmad Abdollah
    [email protected]

  6. Bila dasar pendapatan isi rumah RM4k dilaksana, ketirisan puluhan bilion ringgit daripada seleweng, boros dan rasuah, pasti boleh diguna untuk menampung kenaikan pendapatan isi rumah bagi 2.4juta keluarga.

    Congak ringkas, 2.4juta berpendapatan 1k-1.5k, meningkat pendapatan ke 4k, maknanya kenaikan sebyk 2.5k-3k. Kenaikan pendapatan 2.5k-3k sebulan untuk 2.4juta keluarga ini maknanya keperluan kenaikan sebanyak RM6bilion-RM7bilion sebulan. RM84bilion setahun diperlukan untuk menyuntik wang terus ke akaun 2.4juta keluarga berkenaan jika kaedahnya suntik wang terus.

    1 perkara penting, DSAI tawarkan pendapatan isi rumah RM4k dalam masa 5tahun. Bermakna, ini satu proses berterusan yang logik dan bukan janji mee segera ala UMNO-BN yang mana hanya akan menambah defisit belanjawan.

    Sekadar 2 sen. Tk.

    YASIR TAMIZI

  7. Saudara Rafizi,
    boleh emailkan saya jawapan utk soalan dri jasmine tu sekali tak? Saya pun mahu tahu jugak. Semoga terus berusaha untuk memberikan yg terbaik utk rakyat Selangor

Leave a Reply to juan Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.