Satar Ikan!

Ramadhan mengingatkan saya kepada satar ikan. Satar ikan adalah makanan yang berasal dari Terengganu (walaupun orang Kelantan mungkin boleh mempertikaikannya, memandangkan ramuannya hampir sama dengan solok lada).

Dulu-dulu, setiap kali berbuka satar ikan adalah salah satu juadah yang wajib ada. Berbuka tanpa satar ikan rasanya janggal.

Sekarang, sukar untuk mencari satar ikan yang sebaik satar ikan dulu-dulu. Banyak yang tidak kena – ikannya busuk, atau terlalu kurang kandungan ikan (tahukah anda ada undang-undang yang menetapkan berapa peratusan kandungan udang di dalam belacan?), atau kelapa parutnya terlalu keras dan bukan kelapa muda; dan bermacam-macam lagi. Sekarang, kebanyakan satar ikan yang dijual rasanya mirip bebola ikan, cuma dibungkus dengan daun pisang! Kebarangkalian berjumpa satar ikan yang asli seperti dulu-dulu samalah seperti kebarangkalian berjumpa harta karun Jeneral Yamashita di Filipina πŸ˜‰

Malaysia pun, kalau kita tidak berhati-hati, boleh menerima nasib seperti satar ikan yang menjadi bebola ikan. Kalau dikira kekayaan per kapita hasil bumi dan kesuburan tanahnya, Malaysia mungkin berada tinggi di dalam senarai negara-negara paling dirahmati Allah.

Tetapi selepas 55 tahun, kita makin ke belakang. Banyak perkara yang dahulunya kita mendahului dan dihormati, kita ditinggalkan jiran.

Malaysia kini berbanding dahulu tidak ubah seperti satar ikan yang rasanya sudah mirip bebola ikan πŸ˜‰

Nota: Arwah Adlan Benan Omar pernah menghabiskan sebakul satar ikan dalam masa setengah jam!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.