Did Air Asia Breach Its Comprehensive Collaboration Framework (CCF) With MAS By Setting Up A Full Premium Airline?

KEADILAN refers to a Reuter’s report on Dato’ Seri Tony Fernandes’s move to set up a full premium airline to compete on regional routes. The report quotes that the new airline called Caterham Jet shall operate from Subang to service the Bangkok, Jakarta and Singapore routes (among others).

With this latest development, the relevance and usefulness of the much criticised Comprehensive Collaboration Framework (CCF) signed between MAS and AirAsia becomes more questionable. The cornerstone of the CCF is MAS and AirAsia’s commitment to stay in their niche markets (full premium service and no-frills respectively) in order not to commercially weaken each other by avoiding a direct competition.

I therefore question whether the latest move by Dato’ Seri Tony Fernandes to set up a full premium airline is in breach of the CCF he signed on behalf of Air Asia?

The following questions with regards to the CCF should be clarified immediately by Dato’ Seri Tony Fernandes and Khazanah Berhad:

  1. Does the CCF prohibit Air Asia or its owner (Dato’ Seri Tony Fernandes) to operate a full premium airline that serves the same route as MAS; in order to leverage Air Asia and MAS’ strength in the no-frills and full premium markets respectively;
  2. Does Caterham Jet serve the same routes as MAS and therefore becomes the latter’s direct competitor, thus obliterating the usefulness of the CCF?

The CCF has caused much discomfort to the staff of MAS who feel they were left out in the decision making process in spite of the staunch support given to the various Business Transformation Programs previously rolled out by the management.

The setting up of Caterham Jet confirms our argument that the CCF does not guarantee a mutually beneficial commercial arrangement between MAS and Air Asia’s owners that eventually will short-change the public due to the cartel created between the two.

MOHD RAFIZI RAMLI

DIRECTOR OF STRATEGY

9 NOVEMBER 2011

Tindakan Pemilik Air Asia Menubuhkan Syarikat Penerbangan Baru Menjejaskan Komitmen Kepada Comprehensive Collaboration Framework (CCF) Dengan MAS

KEADILAN merujuk kepada laporan Reuters mengenai penubuhan sebuah syarikat penerbangan baru yang menawarkan perkhidmatan premium penuh oleh pemilik Air Asia, Dato’ Seri Tony Fernandes. Laporan itu turut menyebut bahawa syarikat penerbangan yang diberi nama Caterham Jet itu akan menyediakan perkhidmatan premium penuh di antara Subang dengan laluan serantau seperti Bangkok, Jakarta dan Singapura.

Tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes itu menimbulkan persoalan sama ada ia menjejaskan komitmen Air Asia yang dibuat berdasarkan Perjanjian Kerjasama Menyeluruh (CCF) dengan MAS. Tujuan utama perjanjian tersebut ialah untuk mengikat kedua-dua buah syarikat penerbangan agar menumpukan perhatian kepada pasaran masing-masing (iaitu pasaran khidmat premium penuh oleh MAS dan pasaran tiket murah oleh Air Asia) agar kedua-duanya tidak bersaing sesama sendiri.

Justeru, saya mempersoalkan sama ada tindakan Dato’ Seri Tony Fernandes ini mencabuli komitmen yang telah dibuat melalui Air Asia di dalam perjanjian CCF yang ditandatangani dengan MAS?

Beliau dan Khazanah Berhad perlu juga menjawab soalan-soalan berikut:

  1. Bukankan perjanjian CCF secara jelas menghalang Air Asia dan pemiliknya membuka sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan premium penuh di laluan yang sama dengan MAS, agar masing-masing membina kekuatan di dalam pasaran tersendiri?
  2. Adakah Caterham Jet akan menggunakan laluan yang sama dengan MAS dan seterusnya menjadi pesaing kepada MAS? Ini menyebabkan perjanjian CCF tidak lagi bermakna dan berguna.

Pelaksanaan perjanjian CCF telah mengakibatkan kemarahan kakitangan MAS yang merasakan mereka dipinggirkan di dalam proses membuat keputusan; sedangkan mereka banyak berkorban di dalam pelbagai Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) yang diperkenalkan pengurusan MAS sebelum ini.

Penubuhan Caterham Jet mengesahkan bantahan KEADILAN terhadap perjanjian CCF sebelum ini atas dasar ia tidak menjamin perkongsian sama rata di antara MAS dan Air Asia yang seterusnya merugikan rakyat akibat monopoli yang wujud.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

9 NOVEMBER 2011

Skandal Fidlot: Barisan Nasional Mengelak Dari Isu Penyelewengan Wang Rakyat

Selepas pendedahan KEADILAN mengenai status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) yang telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional cuba mengalihkan fokus rakyat daripada isu yang sebenarnya.

Isu-isu yang dibawa oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan YB Rembau di dalam Dewan Rakyat semalam langsung tidak menyentuh perkara pokok yang didedahkan oleh KEADILAN; iaitu sejumlah besar wang rakyat diberikan kepada keluarga menteri dan dibelanjakan sesuka hati mereka sedangkan projek yang diamanahkan tidak mencapai sasaran awal.

Pun begitu, saya ingin menjawab beberapa isu yang cuba ditimbulkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional yang mempertahankan bahawa hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman telah disalurkan kepada NFC:

Pinjaman RM250 juta disalurkan ke dalam Akaun Khas Pinjaman (Special Loan Account) berbentuk amanah (escrow account)

  • Secara lazimnya, sebuah akaun amanah (escrow account) adalah akaun yang dipegang oleh pihak ketiga (third party) yang menguruskan urusniaga di antara dua belah pihak.
  • Kebiasaannya, escrow account dipegang oleh pihak bank atau peguam yang bertanggungjawab menerima arahan dari pemberi pinjaman sebelum menyalurkan pinjaman kepada si peminjam.
  • Apabila si peminjam telah memenuhi syarat-syarat perjanjian pinjaman yang dipanggil Conditions Precedent (CP), barulah pihak ketiga menyalurkan wang ke akaun bank milik peminjam.
  • Di dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil oleh NFC, KEADILAN telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta (bayaran pertama) dan RM120 juta (bayaran kedua) telah masuk ke dalam akaun milik NFC.
  • Akaun-akaun NFC di Maybank dan Public Bank bukanlah di atas nama pihak ketiga seperti mana konsep escrow account tetapi benar-benar di atas nama NFC.
  • Oleh sebab itu jugalah, mengikut peraturan International Financial Reporting Standard (IFRS) yang digunapakai dalam penyediaan penyata kewangan, pinjaman yang telah masuk ke akaun milik peminjam mestilah ditunjukkan sebagai hutang jangka panjang di dalam penyata kewangan peminjam.
  • Saya ingin menegaskan sekali lagi pendirian KEADILAN bahawa bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta telah disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank; bukannya diletakkan di dalam escrow account seperti alasan yang diberikan Barisan Nasional.

Perbelanjaan membazir dan pindahan wang ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil

  • Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bahawa wang selebihnya masih berada di dalam escrow account yang dikawal oleh kementeriannya menjerat beliau sendiri.
  • Daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.
  • Ini termasuklah pindahan wang ke dalam akaun-akaun deposit tetap milik NFC yang bakinya berjumlah RM119 juta pada 31 Disember 2009, pindahan wang kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sehingga mencecah jumlah RM83 juta pada 31 Disember 2009, perbelanjaan perjalanan luar negara dan keraian berjumlah RM828,000 dalam tahun 2009 dan subsidi kepada restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil berjumlah RM3 juta dalam tahun 2009.
  • Jika benar semua perbelanjaan ini datangnya dari dana yang diletakkan di dalam escrow account seperti yang didakwa Barisan Nasional, bermakna kementerian-kementerian terbabit telah cuai dan membiarkan sahaja perbelanjaan yang membazir dan menyeleweng ini dibuat.
  • Ini mengheret keseluruhan pentadbiran Barisan Nasional yang melindungi penyelewengan seorang menteri dan membiarkan sahaja keluarga beliau berbelanja wang rakyat sesuka hati.

Aset bersih NFC berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009

  • Hakikatnya, penyata kewangan NFC yang diaudit dan difailkan ke SSM secara jelas menunjukkan bahawa aset bersih NFC pada 31 Disember 2009 berjumlah RM239 juta.
  • Ini membabitkan simpanan deposit tetap di atas nama NFC berjumlah RM119 juta, hutang Meatworks kepada NFC berjumlah RM3 juta, hutang lain-lain kepada NFC berjumlah RM626,000, dana yang dipindahkan ke syarikat-syarikat lain berjumlah RM83 juta, baki lembu belum disembelih yang dinilai berharga RM6 juta dan nilai bersih aset tetap (selepas susut nilai tahunan) berjumlah RM28 juta.
  • Jika hanya RM181 juta yang disalurkan setakat ini, bagaimana pula NFC boleh berbelanja lebih besar sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009?

Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh Barisan Nasional setakat ini yang cuba mengabui mata rakyat.

Saya percaya rakyat tetap akan kekal mempersoalkan perkara pokok iaitu penyelewengan dana rakyat yang dibuktikan oleh:

  1. Pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil;
  2. Perbelanjaan luar negara dan keraian yang melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun; dan
  3. Pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab oleh menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa Barisan Nasional cuba melindungi penyelewengan yang berlaku di NFC.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL,

SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

AHLI PARLIMEN MACHANG

9 NOVEMBER 2011

Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat

Saya merujuk kepada dua kenyataan di Dewan Rakyat oleh Barisan Nasional berhubung skandal penyelewengan peruntukan projek pertanian melibatkan Projek Fidlot Kebangsaan.

Kenyataan pertama dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa “pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya”.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan NFC yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

KEADILAN telah menjalankan kajian lanjut ke atas rekod NFC dan syarikat-syarikat berkaitan (associate companies) dan mendapati perkara-perkara berikut:

1) KESELURUHAN RM250 JUTA PINJAMAN TELAH DISALURKAN KEPADA NFC

  • Keseluruhan RM250 juta pinjaman yang menggunakan wang rakyat sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

  • Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama (first loan drawdown) sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
  • Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

  • Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

  • Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

  • Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.

  • Malah, keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

  • Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan oleh carian rasmi di SSM (sila lihat Lampiran 1) yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari:

PINJAMAN DARI KERAJAAN                RM 250,000,000

GERAN KERAJAAN                                  RM     6,082,518

  • Pendedahan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berbohong kepada Dewan Rakyat dan seluruh negara dalam usaha mereka melindungi Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau.

2) KERUGIAN BESAR NFC MENYEBABKAN PINJAMAN RM250 JUTA AKAN DILUPUSKAN OLEH KERAJAAN

  • Analisa kepada rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan bahawa operasi ternakan lembu yang diusahakan mengalami kerugian besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta yang diberikan Kerajaan Pusat.

  • Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor. Kos ini adalah terlalu mahal dan tidak mampu bersaing di pasaran.

  • Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, atas alasan untuk mengurangkan harga jualan memandangkan kos yang terlalu tinggi.

  • Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri.

  • Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

  • Kos operasi yang tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun yang akan datang, apatah lagi apabila sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

  • Jika ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecualilah melupuskan pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain.

  • KEADILAN berpendapat jumlah RM250 juta yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk.

3) DANA DARI NFC DIPINDAHKAN KE SYARIKAT-SYARIKAT MILIK KELUARGA DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL

  • Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan berlaku pelbagai transaksi kewangan yang membabitkan pemindahan dana kepada syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

  • Terdapat dua syarikat bersekutu (associate companies) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan mendapat manfaat terus daripada dana yang disalurkan kepada NFC, iaitu:

National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd

  • Saham-saham dimiliki oleh Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (249,999 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (250,000 saham) dan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh (1 saham) – sila rujuk Lampiran B.

  • Bertindak sebagai syarikat pemasaran daging-daging sembelihan NFC seperti promosi di laman web www.gemasgold.com.my
  • Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.

Real Food Company Sdn Bhd

  • Saham-saham dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil sama ada melalui pegangan terus: Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail (500,000 saham), Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh (500,000 saham) dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh (500,000 saham) atau melalui syarikat yang dikuasai mereka iaitu Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd (1,500,000 saham) dan National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (2,000,000)  – sila rujuk Lampiran C.

  • Mengendalikan rangkaian restoran mewah milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama Meatworks seperti promosi di laman www.rfc.com.my
  • Penyata kewangan terakhir yang difailkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007.
  • Penyata kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan pada akhir tahun kewangan, National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) berhutang dengan NFC sebanyak RM81,222,448.93 walaupun kegiatan NLMC hanyalah untuk tujuan pemasaran daging.

  • Jumlah yang besar sebegini (iaitu RM81 juta) sudah tentu datangnya dari pinjaman RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC, memandangkan perolehannya hasil aktiviti menternak dan menjual daging lembu hanyalah RM5,928,512.

  • Ini menimbulkan persoalan sama ada pinjaman RM250 juta yang khusus untuk pembangunan pusat fidlot telah diselewengkan ke syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

  • Malah, NFC turut memberikan diskaun berjumlah RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang secara jelas menyalahi prinsip pertanggungjawaban wang awam, apabila syarikat yang diberi amanah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan perniagaan persendirian milik mereka.

4) PERBELANJAAN LAWATAN LUAR NEGARA DAN KERAIAN YANG TERLAMPAU TINGGI

  • Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan sejumlah RM827,579 wang rakyat digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah-pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

  • Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah yang dibelanjakan adalah terlalu tinggi dan bersamaan dengan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009 oleh NFC.

  • Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu yang disembelih dalam tahun 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan oleh kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

  • Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah kos operasi di NFC adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot ini dibuat.

Berasaskan fakta-fakta di atas, saya menyeru Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan.

Tindakan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berbohong di Dewan Rakyat mengenai status pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC adalah perkara yang berat.

Saya menyeru kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan tindakan tata tertib sewajarnya kepada kedua-dua mereka atas tindakan mereka yang menghina Dewan Rakyat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Seri Shahrizat Jalil mula tampil ke hadapan meminta maaf kepada rakyat Malaysia memandangkan pendedahan setakat ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi

8 November 2011

NFC – Dossier 8 Nov 2011

Lampiran A – NFC – Financial Comparisons

Lampiran B – NMLC – Corporate Info

Lampiran C – RFC – Corporate Info

Komen Ringkas: Manipulasi Umno Isu Seksualiti Merdeka

Saya ditanya bertubi-tubi di alam maya oleh pengikut-pengikut Umno kononnya mengenai pendirian KEADILAN dalam isu Seksualiti Merdeka yang dijadikan modal mereka.

Pendirian saya telah saya nyatakan: bahawa saya tidak bersetuju dan tidak bersama dalam hal penganjuran pesta tersebut, kerana ia bertentangan dengan perkara-perkara syarak yang telah jelas. Persoalan politik (termasuklah political correctness dalam mana-mana perspektif pun) tidak boleh mengatasi soal aqidah dan syarak yang menjejaskan hubungan saya sebagai hamba kepada Allah SWT.

Pendirian yang sama juga telah dibuat oleh ramai pimpinan tertinggi KEADILAN.

Yang agak menjelekkan ialah hipokrasi Umno dan pengikut mereka dalam memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik, sehingga secara tidak langsung menjadi pengiklan utamanya.

Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa acara ini telah berlangsung sejak tahun 2008 lagi dan telah menjadi acara tahunan.

Selama ini tidak pula dijadikan isu besar atau menjadi ancaman kepada negara sehingga menghiasi muka-muka depan akhbar milik Umno. Selama 3 tahun juak-juak Umno dan pemuka mereka seolah-olah gagal melindungi orang Melayu seperti yang mereka selalu syok sendiri 😉

Tiba-tiba sahaja juak-juak Umno mendapat hidayah macam baru balik bertapa di gua dan tidak habis-habis menyerang pimpinan Pakatan. Tiba-tiba sahaja mereka sedar bahawa Islam itu ditunjangi oleh amal maaruf nahi munkar.

Alhamdulillah kalau begitu. Dah alang-alang mereka insaf sekarang, saya minta mereka teruskan dengan serang pusat-pusat maksiat dan judi yang mana pimpinan Umno turut bersekongkol. Pastikan tidak ada mana-mana yayasan berkait keluarga Umno yang ada hubungan dengan pusat judi di Genting.

Pastikan juga keluarga khalifah tertinggi mereka jual saham dalam syarikat arak terbesar di Filipina. Pastikan juga semua anak-anak syarikat kerajaan tidak terlibat dalam apa-apa perkara yang melanggar syarak, termasuklah judi, rasuah, penipuan, curi peruntukan rakyat dan lain-lain.

Dah alang-alang begitu, pastikan juga isteri-isteri menteri, menteri sendiri, wakil rakyat, Puteri Umno dan isteri mereka tutup aurat!

Sebab kalau nak jadi tok lebai, biarlah kerana takwa kepada Allah SWT. Biar konsisten. Biar istiqamah. Biar fearless.

Tapi saya rasa tak begitu, kalau ketua mereka pun sering mengunjungi tempat-tempat maksiat mereka diam sahaja. Keluarga khalifah mereka miliki syarikat arak – tidak berbunyi pun. Sudah 3 tahun acara ini berlangsung, tidak pula mereka sibuk-sibuk.

Sebab itu saya sinikal dengan angin tok lebai juak-juak Umno kebelakangan ini, sebab ia satu hipokrasi dan manipulasi politik.

Isu ini dibesar-besarkan kerana mereka mahu menyerang peribadi Dato Ambiga dan seterusnya menyerang rekod beliau sebagai pejuang. Mereka juga berharap dengan menyerang Dato Ambiga, mereka boleh menyerang Bersih.

Saya percaya rakyat juga tertawa dengan lelucon mereka. Bayangkan juak-juak Umno ini tiba-tiba nak jadi tok lebai, tapi ramai di kalangan pemimpin Islam mereka bergelumang dengan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syarak.

Tok lebai sejati akan istiqamah dan lawan habis-habisan. Mereka akan pastikan seorang yang terlibat berzina/merogol dengan kanak-kanak bawah umur tidak diberikan peluang langsung di pentas mereka. Ini tidak – jadi pengerusi utama satu badan kerajaan pulak.

Tok lebai celup adalah perkara biasa dalam Umno.

Renung-renungkan dan selamat beramal 😉

%d bloggers like this: