Cadangan Penyahsenaraian FGV Oleh Sharir Samad: Kos Keseluruhan Penyahsenaraian FGV Dan Kerugian Yang Ditanggung Rakyat Mencecah RM7.8 Bilion

Saya merujuk kepada laporan Berita Harian bertarikh 9 Januari 2017 yang menyenaraikan tumpuan utama yang menjadi “misi” Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru, seperti yang saya lampirkan di bawah.

 

Salah satu dari tumpuan yang akan membawa kesan kewangan besar kepada negara ialah cadangan untuk menyahsenaraikan (mengeluarkan) Felda dari bursa saham.

Saya suka mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ Seri Najib Razak bahawa penyenaraian FGV telah menelan belanja yang besar dan membawa sengsara kepada banyak pihak. Merujuk kepada penyata kewangan Felda yang diaudit bagi tahun-tahun kewangan 2012, 2013 dan 2014, belanja yang melibatkan penyenaraian FGV adalah seperti berikut (rujuk lampiran dari mukasurat 215 Penyata Kewangan 2013, mukasurat 208 Penyata Kewangan 2014 dan mukasurat 235 Penyata Kewangan 2014):

 

 

Download (PDF, 34KB)

 

Download (PDF, 23KB)

 

Download (PDF, 23KB)

 

Maka, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Felda akibat penyenaraian FGV adalah RM2.9 bilion dalam tempoh 3 tahun sahaja. Jumlah hutang FGV yang perlu diserap oleh Felda adalah sekurang-kurangnya RM2 bilion, iaitu hutang daripada KWSP yang dipinjam oleh Felda kemudian diberikan kepada FGV, tetapi bila FGV tidak lagi ia menjadi hutang sepenuhnya kumpulan Felda.

Kos RM2.9 bilion yang saya rujuk di atas tidak termasuk kos kerugian atas kertas yang berjumlah berbilion ringgit (anggaran saya setakat ini melebihi RM2 bilion) yang ditanggung oleh Tabung Haji dan tabung-tabung rakyat yang lain; serta kos kerugian yang telah berlaku bila KWSP mula menjual secara berperingkat saham-saham FGV dalam beberapa tahun yang lalu.

Selain kos yang telah hangus seperti di atas, penyahsenaraian FGV akan melibatkan kos baru seperti berikut:

i. Felda perlu merundingkan harga pembelian dari tabung-tabung rakyat seperti Tabung Haji, KPF, KWAP, Kerajaan Pahang dan lain-lain untuk membeli saham-saham mereka pada harga tertentu. Apa pun harga yang dipersetujui, rakyat akan rugi kerana jika Felda membayar harga lebih rendah dari pasaran, tabung-tabung tersebut akan mengalami kerugian yang lebih besar. Jika Felda membayar harga yang lebih rendah dari harga pasaran, Felda pula yang akan mengalami kerugian yang lebih.

ii. Felda juga perlu membuat tawaran umum (“general offer”) kepada pemegang saham minoriti untuk membeli balik saham-saham FGV yang kini dipegang mereka pada satu harga. Apa-apa harga yang ditawarkan oleh Felda akan menyebabkan pemegang saham biasa (termasuk peneroka-peneroka) akan mengalami kerugian kerana mustahil Felda boleh menawarkan harga sekitar RM5 (seperti mula-mula diterbitkan)

iii. Lebih dari itu, Felda perlu mencari wang untuk membeli saham-saham ini. Merujuk kepada petikan Laporan Tahunan FGV 2015 (yang terkini), setakat 18 Mac 2016 (lihat petikan skrin di bawah), Felda dan tabung-tabung rakyat memiliki 57.35% saham-saham FGV. Maka untuk menyahsenaraikan FGV, Felda perlu membeli kembali baki saham yang dipegang pemegang saham minoriti iaitu 42.65% atau 1.56 bilion saham. Jika setiap saham ini perlu dibeli pada harga RM1.85 sen (iaitu 5 sen lebih mahal dari harga saham FGV sekarang), jumlah hutang yang perlu diambil oleh Felda untuk membeli saham-saham ini ialah RM2.9 bilion.

 

 

Maka, kerugian-kerugian yang ditanggung rakyat hasil dari tindakan tidak bijak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menyenaraikan FGV dalam tahun 2012 adalah RM2.9 bilion yang telah dibelanjakan, anggaran RM2 bilion kerugian atas kertas yang akan ditanggung oleh tabung-tabung rakyat apabila penyahsenaraian berlaku dan RM2.9 bilion lagi yang perlu dibayar kepada pemegang saham untuk membeli kembali semua saham-saham berbaki.

Jumlah keseluruhan yang ditanggung rakyat akibat dari tindakan tidak bijak itu ialah RM7.8 bilion sekiranya Tan Sri Shahrir Samad memutuskan untuk menyahsenaraikan FGV dari Bursa. Oleh itu, saya mendesak beliau tidak mengambil satu sen pun apa-apa gaji atau elaun dari Felda untuk membantu mengurangkan kerugian yang telah dan akan berlaku itu.


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

2 thoughts on “Cadangan Penyahsenaraian FGV Oleh Sharir Samad: Kos Keseluruhan Penyahsenaraian FGV Dan Kerugian Yang Ditanggung Rakyat Mencecah RM7.8 Bilion”

  1. Our leaders are selfish & only think of themselves..whtever loses, the rakyat will have to bear the brunt & they laugh themselves to bank.. Corrupt politicians

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.