Pengerusi Eksekutif NFC Didapati Tidak Bersalah Pecah Amanah: Adakah Kerajaan Bersetuju Dana Penternakan Lembu Digunakan Untuk Membeli Kondo Mewah?

menerong4

nfc

Saya tidak sedikit pun terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapati Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) tidak bersalah dalam satu pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC sebanyak RM9,758,140 untuk membeli 2 unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.

Saya akan menunggu perincian perbicaraan sebelum boleh membuat komen lanjut tetapi saya boleh mengagak tertuduh mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Atas sebab itu, oleh kerana pembelian kondo tersebut telah diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah.

Jika ini yang berlaku di dalam perbicaraan, ia memberi makna berikut:

1. Kelulusan itu diberikan sama ada di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan sebagai mewakili Kerajaan Malaysia yang mempunyai saham istimewa di dalam NFC;

2. Wakil-wakil kerajaan di dalam Lembaga Pengarah hanya boleh memberi kelulusan pembelian kondominium tersebut dengan persetujuan dan arahan dari pegawai atasan kerajaan iaitu Menteri atau Ketua Setiausaha Kementerian;

3. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah meluluskan supaya NFC boleh menggunakan dana yang diberikan untuk penternakan lembu bagi tujuan membeli kondominium.

Dengan keputusan mahkamah ini, secara langsung pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi mesej bahawa ia tidak sedikit pun peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC ini yang menyebabkan Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletakkan jawatan.

Jika sebelum ini skandal NFC hanya terpalit kepada keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, keputusan hari ini mengesahkan bahawa skandal NFC ini bukan sahaja melibatkan keluarga bekas menteri itu tetapi keseluruhan Umno kerana pimpinan Umno di dalam kerajaan memberi izin dana NFC digunakan untuk membeli kondominium.

Saya mengingatkan pimpinan Umno supaya jangan terlalu ghairah berselindung di sebalik alasan pembelian atau perbelanjaan yang tidak munasabah mematuhi prosedur untuk lari dari tindakan undang-undang (seperti mana juga alasan yang digunakan di dalam skandal YaPEIM) kerana rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku; bukan semata-mata sama ada ia telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah atau tidak.

Keputusan pada hari ini dan sangkaan saya bahawa wakil kerajaan telah membenarkan pembelian ini (jika benar) mengesahkan bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak ada iltizam untuk memerangi penyelewengan atau rasuah.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Selepas Penjualan IPP Kepada Syarikat Asing, Harta Negara Mana Lagi Akan Dilelong Untuk Menutup Lubang Hutang 1MDB?

1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan. Ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49%.

Saya telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

Satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB. Saya berterima kasih kepada TNB yang bersetuju dengan pandangan saya itu bahawa nilaian bagi ekuiti aset-aset ini adalah sekitar RM8 bilion dan bidaan TNB sekitar nilaian itu akhirnya ditolak oleh kerajaan walaupun sepatutnya bidaan konsortium syarikat asing terbatal kerana melanggar had pegangan ekuiti.

Saya juga ada memfailkan satu usul tergempar untuk membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing semata-mata bagi membolehkan Edra Energy dijual kepada konsortium China-Qatar tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sepanjang perkara ini dibawa, saya kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara. Kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara kerana penjualan aset Edra ini kepada syarikat asing membawa kesan besar seperti berikut:

1. Risiko kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik di negara ini
2. Risiko kenaikan tariff bila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022
3. Risiko pekerja asing dibawa masuk yang mengganggu peluang pekerjaan rakyat Malaysia
4. Risiko lebih banyak kontrak IPP masa hadapan diberikan kepada syarikat asing
5. Risiko kesan kepada TNB di masa hadapan apabila kedudukan strategiknya dilunturkan akibat kehadiran syarikat asing gergasi ini

Saya telah mengulangi berkali-kali bahawa keberhutangan 1MDB akhirnya akan mengheret institusi-institusi kerajaan dan GLC untuk menutup hutangnya yang besar itu. Sebelum ini kita tahu aset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB.

Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga terpalit dengan 1MDB. Terkini, kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan perbekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Usul Tergempar Parlimen Bahas Pembukaan Sektor Penjanaan Elektrik Kepada Pelabur Asing

Saya telah memfailkan satu usul tergempar di bawah Peraturan 18 untuk menangguhkan Mesyuarat Majlis pada hari Rabu, 18 November 2015 untuk membahaskan satu usul tergempar yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini menggesa supaya YAB Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak membatalkan hasrat dan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan 1MDB melupuskan pegangannya di dalam Edra Global Energy Berhad sehingga 100% kepada pelabur asing seperti yang dirujuk di dalam surat kebenaran bagi perkara yang sama dari Suruhanjaya Tenaga kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertarikh 11 September 2015. Hasrat dan cadangan Kerajaan Persekutuan itu bertentangan dengan peraturan sedia ada yang menghadkan pegangan ekuiti oleh pelabur asing di dalam sektor penjanaan tenaga kepada maksimum 49% demi kepentingan negara.”

Bersama-sama ini saya sertakan surat pemberitahu usul dan juga surat dari Suruhanjaya Tenaga yang menjadi bukti bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun memutuskan untuk menghapuskan had pegangan ekuiti dalam sektor tenaga seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

   
    
 

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sertai Program Sukarelawan KEADILAN – iNVOKE

DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN iNVOKE di bit.ly/InvokeMalaysia

IMG_3521

IMG_3522 (1)

IMG_3523

IMG_3524

IMG_3525

PKR tiru idea Obama, lancar ‘Invoke’, dapatkan sokongan kerusi marginal

Dalam usaha mendekatkan aktivis dan profesional dengan realiti sebenar melibatkan masyarakat tempatan, PKR akan melancarkan satu program baharu esok yang diharap mampu mendorong sokongan kepada kerusi marginal bakal ditandingi pada pilihan raya akan datang, dan pada masa sama memperkasakan masyarakat.

“Invoke”, yang diilhamkan pengelola Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama semasa menjadi penganjur komuniti di Chicago, akan dilancarkan di Hotel Empire Subang esok oleh beberapa pemimpin atasan PKR seperti, Setiausaha Agung Rafizi Ramli, Ketua Pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad, Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Sekitar 1985 dan 1988, Obama bekerja sebagai penganjur komuniti di Chicago, jawatan beliau dakwa sebagai kelayakan utama baginya bertanding jawatan presiden pada 2008, yang akhirnya dimenangi.

Tema penganjuran aktiviti kemasyarakatan adalah penting bagi kejayaan kempen presiden Obama – di mana beliau membantu menyatukan dan merangsang masyarakat terpinggir mengambil tindakan bersama menyelesaikan masalah mereka dengan meletakkan tekanan ke atas negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
PKR sedang mencontohinya dengan mewujudkan satu “platform” di mana golongan profesional, pelajar dan aktivis boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka membantu masyarakat setempat, berdasarkan isu-isu tempatan.

“Ia adalah pendekatan yang sangat praktikal,” kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insider.

“Ramai aktivis dan profesional, mereka mempunyai kelebihan. Ini adalah platform bagi mereka untuk menyumbang – doktor boleh menyumbang dalam kem perubatan, atau seorang peguam boleh mengadakan bengkel undang-undang,” katanya.

Program ini akan dilancarkan di seluruh negara, dan dimulakan dengan memberi tumpuan kepada kerusi marginal di mana PKR bertanding.

“Kami menghubungkannya dengan strategi politik kami,” kata Nik Nazmi.

Pakatan pembangkang mengenal pasti 30 kerusi marginal menjelang pilihan raya akan datang, dan 24 daripadanya akan ditandingi PKR.

“Ideanya adalah pergi ke tempat di mana terdapat isu-isu penting untuk bercakap tentangnya dan melihat bagaimana kita boleh menghubungkan aktivis dan masyarakat bagi mencari penyelesaian setempat,” katanya.

“Terdapat banyak daripada mereka yang mempunyai minat mendalam dan suka bercakap. Kami berhasrat membawa mereka turun padang dan membantu mereka membuat perubahan,” katanya.

Program ini diketuai sekumpulan profesional muda, dan pasukannya akan diumumkan esok semasa pelancaran “Invoke”.

Pemimpin parti akan memberikan “bimbingan” kepada mereka, kata Nik Nazmi.

“Mereka akan mengendalikannya dengan cara day-to-day basis,” katanya.

Matlamat utama “Invoke” adalah membina “inisiatif berasaskan komuniti yang kuat.”

“Invoke berusaha menjana anjakan kuasa di mana orang-orang yang memerlukan akhirnya menerima, mengikut agenda sering tidak sejajar ditetapkan di tempat lain, mengambil tindakan sendiri dan membawa perubahan,” bahan promosinya berbunyi.

Invoke terbuka kepada penyertaan orang ramai dengan satu faktor persamaan iaitu “minat mendalam” terhadap khidmat masyarakat dan bertindak melakukan sesuatu berbanding hanya menjadi pengkritik pasif. – 15 November, 2015.

Inspired by Obama, PKR launches ‘Invoke’ to empower communities in marginal seats

In its bid to connect activists and professionals with the realities on the ground involving local communities, PKR will tomorrow launch a programme that it hopes will tilt support in marginal seats towards the party in the next elections.

At the same time, it also hopes to empower communities.

“Invoke”, inspired by United States President Barack Obama’s days as a community organiser in Chicago, will be launched at the Empire Hotel in Subang tomorrow by several top PKR leaders, including secretary-general Rafizi Ramli, Youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad, Pakatan Harapan secretariat Datuk Saifuddin Abdullah, among others.

Between 1985 and 1988, Obama worked as a community organiser in Chicago, a role he claimed was central in his qualification to run for the presidency in 2008, which he eventually won.
The community organising theme was central to Obama’s successful presidential campaign – where he helped unite and spur aggrieved communities to take collective action to solve their problems by putting pressure on the state or any relevant authorities.

PKR is looking to emulate that here by creating a “platform” on which professionals, students and activists can use their skills and expertise to help communities on local issues.

“It’s a very hands-on approach,” Nik Nazmi told The Malaysian Insider.

“Many of the activists and professionals, they have an advantage. This is a platform for them to contribute – a doctor can contribute in a medical camp, or a lawyer can hold legal workshops,” he said.

The programme will be nationwide and will focus on marginal seats in which PKR are contesting.

“We are linking it up with our political strategy,” Nik Nazmi said.

The opposition party has identified 30 marginal seats ahead of the next elections with 24 being contested by PKR.

“The idea is to go to places where there are pertinent issues to talk about and see how we can link the activists and communities to find localised solutions.

“There are many who are passionate and opinionated. We aim to bring them to the ground and help them make a difference.”

The programme will be led by a group of young professionals and the team announced tomorrow.

Party leaders would be providing “guidance”” to them, Nik Nazmi said.

“They will be the ones handling it on a day-to-day basis.”

The ultimate goal for Invoke is to build “powerful community-based initiatives”.

“Invoke strives to generate a fundamental shift in power whereby people, who have been on the receiving end, according to an often misaligned agenda set elsewhere, take action themselves and bring about change,” its promotional material reads.

Invoke is open to public participation with one common factor: a “passion” for community service and to invoke a little more than just being armchair critics. – November 15, 2015.

Arulkanda Jangan Hanya Berani Di Depan Penyokong Umno, Sahut Segera Cabaran Berdebat

Saya terkejut membaca laporan bahawa Presiden 1MDB, Arulkanda Abdullah sekali lagi menimbulkan isu yang dia tidak gentar untuk berdepan dengan sesiapa mengenai 1MDB; termasuklah saya dan Tony Pua.

Kenyataan itu dibuat dihadapan penyokong-penyokong Umno di ibu pejabat Umno sedangkan sebelum ini bila mana seluruh negara menantikan satu debat di antara beliau dan Tony Pua (kemudian digantikan dengan saya), beliau menikus dan lari berselindung di belakang pimpinan Umno dan kerajaan.

Arulkanda tahu bahawa Tony Pua akan terikat dengan ketetapan Parlimen berikutan keputusan bersama bahawa tanggungjawab beliau (Tony Pua) di dalam JK Kira-kira (PAC) lebih penting dari bersemuka dengan Arulkanda, maka sebarang perdebatan atau forum terbuka hanya akan melibatkan saya dan Arulkanda.

Oleh kerana beliau telah menyatakan secara terbuka kesediaan untuk berdepan dengan saya, maka saya akan menyahut kesediaan itu.

Saya akan menulis secara rasmi kepada Arulkanda Abdullah sebagai Presiden 1MDB hari ini untuk bersama-sama dalam satu perdebatan mengenai 1MDB pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh penganjur kelak.

Saya juga akan menulis secara rasmi kepada Sinar Harian hari ini untuk menjadi penganjur bebas kerana Sinar Harian telah beberapa kali mengadakan forum atau perdebatan yang menemukan pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Format dan segala peraturan perdebatan adalah terpulang kepada Sinar Harian.

Saya berharap kesediaan saya melayan kembali ego Arulkanda tanpa syarat ini akan disambut oleh beliau. Jika beliau berdalih sekali lagi dan memberi pelbagai alasan, saya beranggapan beliau pun tidak berbeza dengan ahli-ahli politik Umno yang hanya berani mendabik dada di gelanggang sendiri di depan penyokong sendiri.

Jika beliau menolak cabaran debat ini sekali lagi, saya kira Arulkanda bukanlah seorang ahli professional kerana sikapnya yang sudah seperti pemimpin Umno, maka saya nasihati beliau menyertai Umno secepat mungkin.

Saya akan menunggu maklumbalas beliau.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan