Senarai Soalan Ahli Parlimen Pandan (Sessi Oktober – Disember 2015)

Soalan Lisan No (1)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan semua projek pembinaan masjid di bawah MAIWP atau JAKIM sejak 2010 hingga kini berserta maklumat kontraktor dilantik, maklumat pembida lain dan nilai kontrak yang dianugerahkan bagi setiap projek.

Soalan Lisan No (2)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Luar Negeri menyenaraikan semua pembelian bangunan oleh Kerajaan Malaysia di luar negara sejak tahun 2010 hingga kini berserta maklumat alamat bangunan, penjual dan nilai yang dibayar kepada penjual.

Soalan Lisan No (3)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyenaraikan semua pembelian aset di luar negara oleh MARA dengan perincian alamat aset, jumlah dibayar untuk membeli aset dan maklumat penjual aset kepada MARA.

Soalan Lisan No (4)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menyenaraikan dari mana ValueCap akan mendapat suntikan RM20 bilion bagi merangsang Bursa Malaysia mengikut pecahan suntikan ekuiti, bon, pinjaman dan lain-lain.

Soalan Lisan No (5)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kewangan menyenaraikan perbandingan nilai (dalam RM) setiap bon hutang Kerajaan Malaysia pada 30 September 2015 berbanding 31 Disember 2014 dan nyatakan kenaikan bayaran faedah (“coupon”) bagi setiap bon hutang bagi tempoh perbandingan yang sama.

Soalan Lisan No (6)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyenaraikan peruntukan tahunan oleh MARA mengikut kategori biasiswa pendidikan dan pinjaman pendidikan (pecahan ikut dalam dan luar negara) bagi setiap peringkat pengajian dan kursus dari 2010 hingga 2015.

Soalan Lisan No (7)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Perdana Menteri menyenaraikan setiap perjalanan jet kerajaan ACJ320 sejak mula perkhidmatan hingga 31 Oktober 2015 dengan maklumat siapa yang menaiki, tujuan perjalanan dan kos yang ditanggung kerajaan bagi setiap perjalanan itu.

Soalan Lisan (8)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Pendidikan menyenaraikan maklumat kewangan PTPTN (pinjaman diberikan, jumlah peminjam, bayaran balik dikutip dan baki hutang PTPTN dengan pemiutang) bagi tahun 2010 hingga 2014 dan unjuran yang sama bagi tahun 2015 hingga 2025.

Soalan Lisan (9)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Menteri Luar menyatakan perincian bantuan kewangan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu pelarian Syria dan masalah umat Islam di Syria mengikut tahun dari 2010 hingga 2015.

Soalan Lisan (10)

Rafizi Ramli (Pandan) minta Perdana Menteri menyenaraikan semua skim perumahan yang telah dan akan diusahakan oleh Felda Global Ventures (FGV) atau Felda setakat Oktober 2015 dengan memperincikan jumlah unit, lokasi perumahan, harga jualan dan kontraktor dilantik bagi setiap projek perumahan.

2 thoughts on “Senarai Soalan Ahli Parlimen Pandan (Sessi Oktober – Disember 2015)”

  1. AsSalam YB Rafizi,
    Saya tidak mempunyai sebarang komen. Cuma saya berasa amat gusar dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa Malaysia telah menandatangani TPPA. Tidak seperti yang telah diwar-warkan bahawa kerajaan akan mengadakan ‘public consultation’ untuk memastikan kepentingan rakyat terjamin sebelum menandatanganinya.
    Soalan saya, apakah tindakan saudara dan juga parti saudara mengenai isu ini.
    Terima kasih.

  2. salam.. nanti kalao dah ada jawapan untuk smeua soalan tu, mintak lampirkan sini ek.. nak tgk mcm mana jwpn kerajaan..

Leave a Reply to Noriha Mohamed Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.