Dana 1MDB Di Pulau Cayman Tidak Dibawa Pulang

Hari ini akhbar Singapura, The Business Times melaporkan bahawa CEO 1MDB, Arulkanda Kandasamy mengesahkan wang berjumlah RM3 bilion dari Pulau Cayman tidak akan dibawa balik.

(null)

Ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan bahawa wang tersebut telah dibawa balik setelah 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urusniaga yang tidak telus di Pulau Cayman.

Tindakan 1MDB itu perlu diambil tindakan yang serius oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

Saya sudah berkali-kali mendesak Bank Negara Malaysia mengesahkan sama ada dana itu betul-betul telah dibawa pulang atau tidak.

Kenyataan CEO 1MDB hari ini bukan sahaja menunjukkan pelaburannya bermasalah, lebih teruk ia memberi gambaran bahawa pengurusan 1MDB tidak telus dan menyembunyikan perkara dari rakyat.

Saya mendesak supaya satu siasatan segera dibuat oleh Bank Negara Malaysia berikutan pengesahan bahawa dana dari Pulau Cayman tidak kembali ke Malaysia.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN

7 Februari 2015

One thought on “Dana 1MDB Di Pulau Cayman Tidak Dibawa Pulang”

  1. Assalamualaikum.
    Sebagai seorang pelajar dalam bidang ekonomi islam, selain daripada cakna dengan isu-isu ekonomi yang berlaku dalam Malaysia. Apa peranan lain yang kami boleh sumbangkan untuk ekonomi negara?
    Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.