Tuduhan Bodoh Oleh Nazri Aziz: Saya Sedia Belajar Darinya Melalui Debat Atau Forum

Saya tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mengatakan bahawa saya seorang budak yang bodoh seperti yang dilaporkan oleh laman-laman media.

Cadangan yang saya ajukan adalah ikhlas dan selari juga dengan kenyataan yang dibuat oleh rakan cabinet Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Saudara Khairy Jamaluddin, yang mengaku kononnya kementerian di bawahnya sedang menjalankan program penjimatan untuk mengurangkan belanja.

Salah satu cara termudah untuk menjimatkan perbelanjaan dana awam ialah dengan membatalkan keistimewaan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat yang kini dinikmati oleh menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan mereka. Ini akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka.

Persoalan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dahulu di negeri-negeri Pakatan Rakyat tidaklah relevan kerana rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri. Pun begitu, saya akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar Pakatan Rakyat agar mengemukakan langkah-langkah untuk mengurangkan belanja petrol yang ditanggung oleh rakyat dalam mereka menjalankan tugas mereka.

Mengambil kira kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Seri Nazri Aziz semalam, saya sudi untuk berdebat atau bersemuka dengan beliau di dalam satu forum untuk belajar dari beliau apakah sebab-sebab kenapa Barisan Nasional bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak. Saya pasti beliau boleh mempamerkan kepintaran beliau kelak dengan tampil bersemuka dengan saya dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau.

 

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

4 SEPTEMBER 2013

14 thoughts on “Tuduhan Bodoh Oleh Nazri Aziz: Saya Sedia Belajar Darinya Melalui Debat Atau Forum”

  1. Salam. Tahniah kerana kekalkan momentum berjuang untuk rakyat. Terus terang, bagi saya, Kerajaan sekarang tidak melihat, merasa dan mendengar keluhan rakyat. Apa yang dipentingkan ialah menjimatkan wang kerajaan. Sebab apa PM Najib tidak memberi tempoh kepada rakyat untuk bersedia akan pengurangan subsidi? Kenapa perlu tergesa-gesa sedangkan rakyat masih lagi mengikat perut selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri? Kenapa tidak hapuskan saja subsidi RON95, tambahkan subsidi ke diesel kerana pada saya, diesel merupakan ibu kepada segala masalah kenaikan harga barang keperluan. Adakah kerajaan suka melihat rakyat sengsara setiap kali mengumumkan pengurangan subsidi?

    Kalau nak rakyat berjimat cermat, harus dimulakan dengan Kerajaan sendiri. Kurangkan elaun Pak-Pak Menteri yang diambil daripada kami.

  2. I understand that you need to be courteous and take the moral high ground, but it makes me so angry. His response made no sense at all. It was not a PR govt at state or federal level that imposed the fuel hike so WHY SHOULD PR then lead the way???? No conception of Leadership. Your response once again puts him on the backfoot and makes PR / the opposition look good, but its still so unfair! (pouting like a young schoolgirl!)

  3. jom Dato’ Seri Nazri Aziz sambut cabaran ini. Kami dari UMNO pun nak dengar dan belajar juga. Nanti senang kami nak pi berkempen di kampong2.

  4. Nazri aziz kini terlalu angkuh, mungkin kerana beliau lama berada dalam kabinet dan tahu banyak pekong rakan-rakan seperjuangan dalam kabinet (sebagaimana mahathir). Atau beliau melalui ‘anak jantan emas’ si nadim mempunyai kumpulan kongsi gelap terhebat boleh menggugut mana mana ahli kabinet, atau beliau berpayung bawah ketiak mahathir. Namun inilah hasil anak didik mahathir selama mahathir menjadi pm dulu. Tapi lumrah alam dan sunatullah yang angkuh pasti akan jahanam sejahanamnya dan yg benar tetap benar. TAKBIR. REFORMASI

  5. salam YB…sy nk tnya, macamne nak kita nak balas hujah klau dh mereka asyik kaitkan dengan harga minyak di negara lain yg lebih tinggi.tq.

  6. aku sokong UMNO, tapi aku benci nazri ni, dia tidak berkaliber dalam menjadi seorang pemimpin, otak sempit, tapi gua salute lu rafizi ramli.. UMNO perlu orang berpemikiran macam anda..

  7. Saya rasa berminat nak berkhidmat dengan saudara Rafizi la..boleh tau macamana caranya atau adakah peluang sebegitu?

  8. Salam, En Rafizi

    Berkenaan buku jingga, sebelum itu saya dari penduduk DUN TERATAI penyokong tegar en Rafizi. Kebanyakan debat2 en Rafizi saya ikut, setiap angka juta,bilion dan milion saya hafal. Ramai yang terdiam, terkedu dan berfikir bila berhujah ataupun bersembang dengan saya dengan bermodal kan angka2 dan information dari en Rafizi.

    Satu soalan yang setiap kali saya kena goreng ialah NASIB PEKERJA PLUS, apabila tol dihapus kan. Apa rancangan oleh en Rafizi untuk OPERATOR PLUS apabila sesetengah tol dihapuskan.

    harap en Rafizi boleh reply di email saya. – [email protected]

  9. Salam Saudara Rafizi,
    Walaupun saya anti-Pakatan & mengundi kerajaan, saudaralah satu-satunya personali Pakatan yg saya kagumi. Initiatif & analysis saudara tentang politik & sosio-ekonomi negara hari ini amat diperlukan. Walaupun tak semua idea & saranan saudara yg saya setuju, tetapi majoritinya sangat bernas. Saya menyokong kerajaan disebabkan intipati bangsa melayu & islam masih relevan & dipertahankan, tetapi tidak bermakna saya menyokong semua menteri, yg semuanya bergelumang dengan korupsi & biadap.
    Saya cuma berharap & berdoa kepada Allah agar satu hari nanti saudara dapat sedar dari igauan Anwar Ibrahim, seperti rakan-rakan saudara yg terdahulu. Generasi Melayu elit seperti saudara sangat diperlukan di dalam kerajaan.

  10. Petronas Dagangan jangan anaktirikan usahawan bumiputera – PPIM

    KUALA LUMPUR 25 Sept. – Petronas Dagangan Berhad (PDB) digesa tidak menganaktirikan usahawan bumiputera terutama dalam memberi peluang perniagaan di rangkaian Kedai Mesra Petronas demi mencapai keuntungan semata-mata.

    Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu dilihat tersasar jauh daripada hasrat kerajaan memperkasa ekonomi kaum Melayu dan bumiputera seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

    “Tidak ramai usahawan bumiputera menghantar produk mereka untuk dijual di Kedai Mesra Petronas kerana tidak mampu membayar yuran penyenaraian yang mahal.

    “Walau bagaimanapun, kita menerima aduan daripada salah seorang pembekal sedia ada yang sudah membekalkan produk lebih lima tahun lalu tetapi cuba disingkirkan pihak syarikat itu sendiri untuk memberi laluan kepada pengusaha luar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPNBM), Datuk Dr. Mohd Noor Ali Akbar dan Aktivis PPIM, Sheikh Abd. Kareem Sheikh Khadaied.

    Menurut Nadzim, aduan diterima pihaknya langsung tidak mencerminkan peranan PDB sebagai anak syarikat di bawah Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang juga merupakan syarikat milik kerajaan (GLC).

    Berdasarkan pemantauan pihaknya di Lembah Klang misalnya, kata beliau, terdapat kira-kira lima peratus sahaja usahawan bumiputera yang membekalkan produk mereka di Kedai Mesra Petronas.

    “Ini tidak termasuk bilangan premis perniagaan yang diperuntukkan Petronas di gedung beli-belah miliknya seperti Suria KLCC dan Alamanda yang rata-rata disewa peniaga antarabangsa berbanding bumiputera,” katanya.

    Menurut beliau, Petronas seharusnya mempunyai rangka kerja lebih teliti dalam usaha membantu golongan berkenaan dengan memberi peluang berkembang maju dalam bidang ekonomi.

    Sehubungan itu, pihaknya mahu PDB memberi penjelasan berhubung isu itu, selain berharap kerajaan dapat mengambil tindakan tegas membela nasib ekonomi bumiputera.

    Apa pendapat YB ?

  11. Saudara Rafizi,
    Lets not dwell in the subsidy issue. Lets help the country move away from it. Careful economic analysis will show the benefits of reducing subsidies and using the money instead on macro economic developments. Perhaps we fail to inform the rakyat about the benefits of investment in development etc as compared to investment in subsidies that end there..where will the multiplier effect be?
    Lets face it…how many Malaysian will understand this and dont you agree it will be so easy to mislead the public on topics like this.

Leave a Reply to hassan bin ishak Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.