Pengesahan Agbimudin Kiram Kakitangan Kerajaan Timbulkan Persoalan Berapa Ramai Pemegang Kad Pengenalan Biru Terlibat

Pengesahan oleh jurucakap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kesultanan Sulu yang dibuat di Manila bahawa Agbimudin Kiram pernah menjadi pegawai kerajaan di negeri Sabah terus menimbulkan persoalan mengenai latar belakang sebenar konflik pencerobohan di Lahad Datu.

Pengesahan itu mengiyakan kerisauan banyak pihak bahawa kumpulan bersenjata di Lahad Datu turut melibatkan rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang memegang kad pengenalan biru. Perkara ini mendedahkan kemungkinan ancaman keselamatan yang timbul akibat dari tindakan pihak tertentu yang dituduh berkait dengan Tun Mahathir Mohamad memberikan kerakyatan tanpa melalui proses yang sah.

Pendirian KEADILAN adalah jelas bahawa perkara ini memerlukan siasatan segera untuk menentukan perkara-perkara berikut:

1. Apakah Agbimudin Kiram adalah rakyat Malaysia yang telah diberikan kad pengenalan biru?
2. Berapa ramai dari kalangan penceroboh bersenjata yang mempunyai kad pengenalan biru?
3. Berapa ramai dari kalangan mereka yang mempunyai kad pengenalan biru mendapat kad pengenalan biru di bawah Projek IC?

Ini adalah soalan-soalan asas yang wajib dijawab oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan beliau seharusnya berterus terang mengenai latar belakang konflik ini dengan rakyat.

Pengesahan mengenai kedudukan Agbimudin Kiram itu juga membayangkan banyak perkara yang masih belum dibongkarkan oleh Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang terhenti seketika.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pertimbangan diambil untuk memulakan serta merta prosiding Suruhanjaya Diraja Mengenai Kerakyatan yang tergendala bagi memastikan semua aspek berhubung pemberian kad pengenalan di Sabah tanpa melalui proses yang sah diteliti dan dibongkar sepenuhnya.

Sementara itu, KEADILAN masih lagi menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab ketiga-tiga soalan yang dilontarkan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

21 MAC 2013

3 thoughts on “Pengesahan Agbimudin Kiram Kakitangan Kerajaan Timbulkan Persoalan Berapa Ramai Pemegang Kad Pengenalan Biru Terlibat”

  1. jangan lepas sang pengkhianat negara madey son of sikandar kutty from kerala bila putrajaya ditangan PR ins sya Allah! siasat & dakwa sampai keakar umbi semua penyelewengan selama lebih dua dekad ! ABU jangan lupa !

  2. 1.siasatan juga mesti meliputi berapa ramai kakitangan kerajaan yg sedang berkhidmat terlibat secara langsung ataupun tidak (sympathisers)dgn kumpulan militan ini kerana dikhuatiti maklumat sulit kerajaan boleh diperolehi oleh kumpulan militan ini dgn mudah..apakah tindakan JPA ke atas mereka2 yg terlibat?ada berita mengenai seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki bersubahat..sejauh manakah penglibatan beliau dan yg lain2 memberi kesan kpd aspek keselamatan negara?

    2.adakah di kalangan pemegang IC biru ini juga mempunyai dwi kerakyatan (Malaysia dan Filipina)?apakah tindakan JPN dan kerajaan Malaysia/Filipina berkaitan perkara ini?

  3. BERNAMA ‏@bernamadotcom
    Former Singapore PM Lee Kuan Yew says the island republic need to keep its doors open to “quality” immigrants…

    apakah kriteria pemberian IC biru yang digunapakai oleh kerajaan ?kalau negara jiran Singapura mengamalkan kriteria “quality” immigrants,bagaimana pula dengan kerajaan kita?

Leave a Reply to JayAi2 Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.