Delegasi PKR Serah Bukti Baru Kepada ICAC Untuk Buka Semula Kes RM40 Juta Membabitkan Dato’ Seri Musa Aman

Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).

Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman.

James To juga telah menyatakan sokongan beliau untuk membawa kes ini dan telah hadir bersama-sama dengan delegasi PKR untuk menyerahkan bukti baru kepada ICAC pagi ini, jam 9 pagi.

Mengambil kira kenyataan terbuka Kevin Zevros, Ketua Pendakwa Hong Kong bahawa beliau bersedia untuk membuka semula siasatan sekiranya mendapat bukti baru, delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai 3 perkembangan baru yang boleh membantu siasatan ini:

1. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC

2. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno

3. Pendedahan bahawa anak Dato’ Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC

Delegasi PKR percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan bahawa dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar. Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat, bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Dato’ Seri Musa Aman.

 

Selain dari perbincangan mengenai ketiga-tiga perkembangan tersebut, delegasi PKR telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang untuk membantu siasatan ICAC.

Saya percaya isu ini tidak akan mati seperti sebelum ini dengan sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh pimpinan Hong Kong dan media di sini. Misi delegasi ini telah pun mendapat liputan di dalam media tempatan dan satu sesi penerangan khas kepada pihak media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

 

Dengan perkembangan-perkembangan ini, saya berharap siasatan kes ini akan membuahkan hasil. Sewajarnyalah pihak berkuasa di Malaysia pun menunjukkan minat dan komitmen yang sama untuk menyiasat kes ini dengan sempurna.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
22 NOVEMBER 2012

50 thoughts on “Delegasi PKR Serah Bukti Baru Kepada ICAC Untuk Buka Semula Kes RM40 Juta Membabitkan Dato’ Seri Musa Aman”

  1. Isu RM40juta ini sebenarnya hanyalah isu politik PR semata-mata. Tidak ada kebenaran pun dalam isu ini. ICAC sendiri pun sudah mengatakan yang mana Kerajaan Malaysia telah memaklumkan yang mana duit itu adalah sumbangan daripada pihak tertentu kepada UMNO Sabah. Jadi terimalah kenyataan. Jadi kita perlulah terus memikirkan apa pun isu yang dipermainkan oleh pihak PR.

    1. Kesian tengok pencacai umno bn ni, dah tak ada kerja lain ker, banyak ker UMNO BN bagi habuan kat korang semua ni. Jadi waras la sikit.

      Kalau nak komen pun jangan la selang seminit, dengan tukar nama sahaja, nampak sangat org yang sama. Nak menipu kerja nya.

      Saya pasti, kamu ni pencacai umno yang kepanasan. Tahukan anda, bahawa rakyat muda kini lebih bijak menilai Intan berlian dengan pasir di tepi jalan.

      Dasar parti UMNO BN pada saya baik, sebab umno bn ni satu parti politik, sama seperti PKR, PAS dan lain2, ianya hanya sebuah tulisan di kertas sahaja (Persatuan). Yang rakyat nampak adalah orang yang berada di parti itu, sama ada baik atau kotor dan jijik.

      Umno BN dulu ok, asal usul perjuangan dulu2 untuk org melayu am nya, tapi UMNO BN sekarang, hanya tahu mcm mana nak mengkayakan diri sendiri walaupun menipu dan menggula2kan rakyat.

      Dah la hutang negara dah dekat setengah trilion (dekat 500 bilion), nampak tak betapa bobrok nya cara pemimpin umno bn merugikan negara. Tolong la nilai sikit.

      Wahai anak muda.. jadilah bijak sedikit walaupun kurang pandai. Jangan hancurkan negara demi kepentingan poket sendiri.

    2. alahai pencacai umno..ko pandai ckp je tp bukti tadak..cuba tgk si rafizi pandai cakap pandai betindak cari bukti..ko nk serang musuh pastu suruh musuh dedah sndr kelemahan mereka.mane boleh jd mcm tu..kalu ko nk lawan PR ko kena la cr bukti kelemahan mereka lps tu tunjuk kt rakyat..ko jgn jd malas mcm pemimpin umno yg mmg tak pintar tu..

  2. Kenapa UMNO dapat RM40juta tapi PR tidak. Sebab Anwar ada RM2billion sudah. Lagi pun ini kerana sokongan kepada UMNO lebih ramai berbanding dengan PR. Kerajaan BN telah banyak membawa pelbagai pembangunan di Malaysia ini dan membawa Malaysia dikenali di mata dunia. Maka ini menyebabkan PR juga dengki dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan BN.

  3. Memang patutlah kes PR ini disiasat juga. Tambahan lagi kes mempunyai bas mewas, lori mewah ini juga menjadi persoalan dari mana mereka dapat duit. Sudah pasti dari sumbangan daripada pihak lain. Jadi kalau mendapat sumbangan itu salah maka PR pun bersalah dalam hal ini. PR ini memang tidak sedar diri. Kalau sendiri salah cakap tidak bersalah tapi bila Kerajaan BN salah bermati-matian mereka mencari dan mendedahkan. Sedar-sedarlah diri itu sikit.

  4. Dimana salahnya mendapat tajaan itu satu kesalahan. Boleh buktikan? Undang-undang Negara pun tidak menyatakan menjadi satu kesalahan mendapat tajaan untuk politik. Kalau macam itu PR pun harus disalahkan kerana mendapat tajaan dan sumbangan politik. Kalau tidak bagaimana Anwar mampu menyewa jet peribadi kalau tidak ada sumbangan politik.

  5. Kerajaan BN adil kepada semua pihak. Semua pihak berhak mendapat hak mereka tapi mestilah dengan cara yang mengikuti undang-undang. Mendapat tajaan sebanyak RM40juta ini menjadi satu kesalahan jugakah?

  6. Tidak tahu bukti apa yang Rafizi bagi kepada ICAC. Tapi kalau dilihat pun Rafizi sendiri cuma ada laporan dari pihak lain sebagai bukti. Rasanya Rafizi sendiri pun tidak yakin boleh menang. Cuma mencuba nasib katakan.

  7. Cuma andaian dan kesimpulan terlalu cepat direka oleh pihak pembangkang untuk politik mereka. Sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar akan perkara ini tapi telah membuat kesimpulan awal mengatakan ini satu kes rasuah dan penyelewangan wang haram. Sebelum mengatakan sesuatu itu sedarlah diri sendiri dahulu PR. Apa yang Anwar telah lakukan dulu semasa menjadi TPM Malaysia dahulu. Memang pelbagai kesalahan telah dilakukan.

  8. Selepas kedua-dua dakwaan itu disiasat pihak pencegah rasuah, ternyata badan itu mengeluarkan kenyataan, bahawa dakwaan adalah tidak benar. Memang tidak benar dakwaan yang dibuat oleh Pembangkang ini.Tidak ada unsur rasuah pun dalam kes ini. Sebenarnya duit itu adalah sumbangan khas kepada UMNO Sabah. Terima kasih kepada pemberi sumbangan tersebut.

  9. ICAC dan SPRM telah pun memberikan kenyataan yang mana kes ini telah ditutup sepenuhnya. Cuma pihak Rafizi saja yang tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan dan cuba untuk memutar belitkan fakta daripada ICAC dan SPRM.

  10. Boleh Rafizi tolong jelaskan berkenaan dengan jet peribadi yang dinaiki Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat? Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau telah menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan. Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci seperti invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

    entah kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM. Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus? Apakah yang ingin pemimpin-pemimpin PR sembunyikan sehingga begitu gelabah dalam memberikan jawapan kepada umum?

    Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak dipihak PR? Jika pemimpin BN menerima dana dari pihak yang perihatin tehadap perjuangan BN, bukan main lagi dikutuk mereka, macam-macam persoalan dan pertikaian ditimbulkan, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, tidak pula menjadi masalah kepada mereka.

    Seharusnya, pemimpin dan penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti.

  11. Nampak sangat bukan yang mana pihak pembangkang ini tidak adil sebenarnya. Tidak menegakkan kebenaran. Kalau Anwar buat salah tetap dipandang baik oleh mereka. Adilkah begini untuk menjadi kerajaan? Belum jadi kerajaan pun sudah nampak akan sikap berat sebelah. Apa lagi kalau sudah menjadi kerajaan memang keluar tanduk dan taring mereka melakukan pelbagai kes jenayah dan sebagainya.

  12. Kenyataan Dato’ Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak pernah tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta.

    Agak pelik. Apa fungsi beliau dalam UMNO selama ini?

  13. Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno.

    Nampaknya DS Wilfred lebih peka dengan hal ehwal UMNO berbanding DS Lajim.

  14. Siapa Lajim untuk dimaklumkan mengenai perkara ini. Kerana yang kita tahu Lajim hanyalah orang yang membawa diri sendiri saja.

  15. Kenapa Lajim tidak tahu tapi Bumburing pula tahu? bukankah mereka ini sahabat karib. Nampak disini yang mana ada pertelingkahan pendapat dengan kedua-dua pihak. Sedangkan mereka ini kawan baik.

  16. Mengenai isu Kereta Hammer yang didedahkan oleh Rafizi ini rasanya tidak ada bukti pun kereta itu diguna oleh Anak Nazri. Rafizi sendiri pun tidak pasti lagi akan perkara ini.

  17. Bolehkah kenyataan Datuk Lajim dan Bumburing itu diambil sebagai bukti? lebih2 lagi Lajim dan Bumburing adalah politicians yang pro kepada Pakatan Rakyat.. bila2 masa sahaja kenyataan kedua2 ahli politik ini boleh bertukar kepada konspirasi menjatuhkan kerajaan sedia ada.. malah Bumburing sendiri tidak mempunyai apa2 bukti bagi menguatkan dakwaan beliau bahawa wang itu telah di masukkan ke dalam akaun peribadi seseorang.

    Bukti yang patut diserahkan kepada ICAC ialah dokumen, resit, invoice, gambar atau apa sahaja yang boleh menunjukkan wujud elemen rasuah dalam “sumbangan politik” tersebut.

    jika cukup sekadar kenyataan individu dijadikan sebagai bukti, Rafizi patut korek skandal jet peribadi Anwar, bas Khalid Ibrahim, Ferrari Azmin, 4 buah kereta milik Zuraida dan banyak lagi.. ada banyak kenyataan2 di dunia cyber yang jauh lebih meyakinkan berbanding dengan kenyataan Lajim dan Bumburing berkenaan dengan kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

    sebagai individu yang memperjuangkan isu2 rasuah, lebih molek jika perjuangan itu telus, jujur dan tidak bersikap double standard.

  18. Sebenarnya ini adalah strategi Pembangkang untuk menjatuhkan orang kuat Dalam BN. Ini membuktikan Pembangkang sudah lemah sebenarnya terpaksa meminta tolong daripada pihak luar.

  19. Kita lihat saja mampukah bukti baru mengenai Lajim, bumburing dan kereta palsu Rafizi ini menguatkan dakwaan Rafizi. Hanya ini saja bukti terbaru. Ingatkan ada bukti yang betul-betul kuat akan perkara ini.

  20. Walaupun ICAC dan pihak berkuasa Hong Kong bersetuju untuk bertemu dengan mereka, namun tanpa ‘Bukti’ baru, ICAC tidak boleh menjalankan atau membuka semula fail siasatan yang telah ditutup.

  21. Confirm bohong. Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

  22. Pakatan pembangkang haprak. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

  23. Isu ini semakin lama semakin rumit. walaubagaimanapun, di harap Rafizi tidak akan menipu Kavin Zavros seperti yang beliau lakukan kepada media di malaysia. Kalau perkara yang sama akan berlaku, Malaysia akan dua kali ganda malu.

  24. Muslihat saja. Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

  25. Ha3 sebenarnya yg komen ni 3 orang je, cybertrooper umno sbb IP add sama. tp pakai nama lain2 nak tunjuk ramai.

    dasar cybertrooper umno, yg tu pun tak paham org boleh baca IP dia ha2

  26. Komen BARUA-BARUA umngok/Be End yang dah dapat HABUAN masing2 tu. Memang PUAK-PUAK PEROMPAK, PENCURI DAN PENYAMUN DUIT RAKYAT NI TAK KAN NAK KATA DIA ORANG JAHAT, KAN? Sudah lah umngok Lembuno, PR menang ke Putra Jaya nanti, tau lah kamu semua langit tu tinggi rendah. Hanya BARUA-BARUA, PENCACAI-PENCACAI macam kau semua ni je sekarang yang masih tinggal dok AMPU kerajaan yang rakyat dah SEDIA KAN KAIN KAFAN TU.

    1. bro.. sedar diri sendiri la bro.. banyak2kan bertaubat.. tak baik memfitnah, membohong dan MEROYAN.. Jet mewah Anwar tu berharga USD39 million.. manusia murah hati mana la yang kasi free dengan nuar tu yer…

    1. hanya puak-puak BODOH, BANGGANG dan BAHLOL saja yang terus menyokong Pakatan Rasuah.. kehulu-kehilir berceramah sambil minta derma dari rakyat miskin dengan alasan PR parti miskin.. esok2 Anwar dan konco2nya tersengih2 dalam jet mewah..

      Bro kalau u tak boleh jawab pasal jet Anwar, bas khalid, ferrai Azmin dan 4 biji kereta Zuraida, ketiga2 “B” diatas khas untuk kau bro..

  27. Yang ketiga-tiga BN Cybertrooper ini memang tak ada otaklah, kamu saja yang bodoh jangan pikir ICAC dan kita rakyat pun bodoh macam kamu orang.

    1. kalau kau ada otak, boleh tolong jawab kekayaan luar biasa pemimpin2 Pakatan Rakyat?? jelaskan jet peribadi Anwar, Ferrari Azmin, bas mewah Khalid dan terbaru 4 biji kereta milik Zuraida..

      kalau mahu membanteras rasuah, jangan bersikap DOUBLE STANDARD.. dan jangan jadi BODOH menyokong membuta tuli.. sedangkan Rafizi sendiri minta tempoh 3 minggu.. kalau betul ada bukti, kenapa tidak dedahkan terus?

  28. 2 billion la, skandal jet la, ferari la, sembang berapi dlm media, tp takder report, tader dakwaan mahkamah. Samada betul ke tipu ke, at least PR has walk their talk. siasatan ada progress. komen berjela pakai ghost account shows yang BN suda goyang kot.

  29. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rafizi-ke-hong-kong-hanya-untuk-makan.html

    Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin mengetahui berapa nilai sewaan jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar? Jika harga jet itu sudah mencecah USD39 juta, sudah tentu nilai sewaannya juga berlipat kali ganda lebih tinggi dari harga tiket MAS atau Airasia. Dari mana datangnya dana untuk membiayai kos penerbangan jet itu?

    Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga mahu mengetahui dari mana datangnya dana untuk membeli sebuah bas mewah yang didaftarkan dibawah nama Khalid Ibrahim? Dan turut menjadi persoalan, kenapa tandas dalam bas tersebut perlu mempunyai ruang yang besar hingga boleh memuatkan dua orang dalam satu-satu masa?

    Tahukah Rafizi bahawa pembelian lori sampah yang menjadi pertikaian di Selangor kini masih gagal dijawab oleh Pakatan Rakyat? dan apa sebenarnya hubungan pembelian lori sampah tersebut dengan kewujudan bas mewah khalid Ibrahim?

    Tahukah Rafizi bahawa rakyat juga ingin tahu berkenaan isu KCB ladang ternakan lembu di Papua New Guinea yang melibatkan kerajaan negeri Kedah di bawah PAS? Bagaimana pinjaman pesisir pantai berjumlah USD44 juta yang diperolehi melalui Capital Investment Agency (CIA) ini boleh ditandatangani oleh Pengarah Urusan projek tanpa kelulusan Lembaga Pengarah? Malah, bayaran juga telah dibuat kepada syarikat perunding berserta yuran guaman walaupun projek tersebut telah dibatalkan?

    Bagaimana pula agaknya dengan status tanah Taman Manggis yang kini diberitakan sudah dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kepada sebuah syarikat lain, sedangkan proses pembelian tanah tersebut sedang berjalan diantara Pemuda BN dan kerajaan negeri?

    Agaknya apa yang berlaku dengan Ladang Rakyat kerajaan negeri Kelantan yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah? Siapa individu/kroni yang mendapat manfaat dari hasil balak tanah tersebut?

  30. http://www.borneobullet.blogspot.com/2012/11/rafizi-ke-hong-kong-hanya-untuk-makan.html

    Itu belum masuk dana asing yang diturunkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO pro pembangkang? dalam pendedahan Bullet sebelum ini, dari tahun 2005 hingga 2011, NGO dan media pro pembangkang di negara ini telah disuapkan dengan dana yang mencecah hampir RM20 juta dari National Endowment for Democracy (NED) bagi membantu misi rampasan kuasa Pakatan Rakyat. Kenapa Rafizi tidak siasat motif serta kaitan antara Pakatan Rakyat dengan NED?

    Dalam isu Hummer, Rafizi sedang berusaha untuk mencari setiap titik kesalahan yang ada sehingga sanggup mengendap keluarga menteri semata-mata untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan. Namun Rafizi barangkali terlupa sesuatu yang sedang bermain di fikiran rakyat..

    Bagimana dengan kereta Ferrari milik Azmin Ali? Tidak cukup clear ka gambar Azmin dan keluarga beliau bergambar bersama Ferrari? mana datangnya sumber kekayaan luarbiasa Azmin?

    Dan satu lagi pendedahan terbaru oleh blogger pro BN berkenaan dengan kekayaan luar biasa seorang ahli parlimen PKR iaitu Zuraida Kamaruddin yang mampu memiliki koleksi kereta seperti VOLVO XC90 2.5 T, Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT, Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT dan Mercedes Benz E240. jika harga keempat-empat kereta ini disatukan, nilainya lebih tinggi dari Hummer.

    Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengapa agaknya Rafizi langsung tidak berusaha untuk mencari serta mendedahkan isu-isu yang melanda Pakatan Rakyat? Adakah ketelusan itu hanya perlu dipihak BN, tapi tidak dipihak Pakatan Rakyat?

    Atau ianya hanya untuk kepentingan Rafizi dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya semata-mata?

  31. kenapa puak-puak k’jaan bising kt sini. Takut kebenaran terserlah ke? bila suaram terima dana, bising bukan main. tapi bila umno terima sumbangan RM40juta xpe pulak. dahla org yg sama je komen tp guna nama lain2. Nampak sgt dh terdesak. “Lembu yg nk disembelih mmg akan kuat menggelupur.”

  32. Kesian tengok pencacai Umno beri komen di sini.Sekarang baru kentutnya sahaja..Kita tunggu taik Umno/BN terburai nanti oleh ICAC Hongkong.

  33. Saya pembaca blog rafizi, dan kebanyakan post beliau tidaklah ramai yg komen. kali ini 35 komen dan nampak pelik. bile tengok macam tak logik. masa pun tak logik, berterusan memanjang. dok berterusan komen cam chat pulak. tambahan rafizi kata pakai IP sama. memang confirm cybertrooper UMNO. In Sha Allah Pakatan Rakyat akan memenangi pilihanraya kali ini. Kalau Anwar ataupun pemimpin pakatan rakyat bermasalah/rasuah, laporkan pada pihak berkuasa dan biar mereka disiasat bukan bising2 macam ni.

    1. Orang Melayu, memang betul dan sah. Cybertroopers UMNO je yang buat penuh ruang comment kali ni. Pedulikanlah.. Kita tunggu saat dan ketikanya mereka rebah suatu hari nanti insha Allah.

  34. ” INI KALILAH ‘ Tumbang Umno/BN di Sabah dan Sarawak ! Kerna Sabah dan Sarawak negri yang terkaya sekali di Malaysia dengan hasil minyak dan Balak tetapi rakyatnya yang termiskin di Malaysia ! Dianaktirikan di jajah oleh BN melalui ketua Menterinya yang kaya raya Umno Sabah RM40juta kepada Musa dan Eset Taib US15Billion ; orang yg terkaya di Mlaysia sebagaimana paparan BMF International ! Merdekakan Rakyat Sabah dan Sarawak drp Kerajusan Penjajahan Ekonomi Umno/BN sekarang ! Jatuhkan Setan Yg Dikenali lama Umno/BN dlm PRU13 nanti .Hantarkan Pakatan Rakyat ke Putrajya DAP PAS PKR dan Selamatkan Malaysia drp Setan-Setan itu ! http://www.nasharrawy.blogspot.com

  35. Saudara Rafizi,

    Saya cadangkan En. Rafizi lupakan terus usaha menegakkan keadilan di Sabah yang diuarkan2. Biar rakyat Sabah sendiri yang menentukan pemimpin terbaik mereka.

    Saya tak nampak apa sebab musabab nak jatuhkan Musa Aman atau Umno di Sabah.

    Sabah antara negeri terkaya sekitar tahun 70an tetapi ketika diambil alih oleh pembangkang. Bukan makin kaya, tapi makin miskin.

    Sabah sekarang makin maju, makin berjaya. Beri la lebih masa kepada Musa Aman.

    Saya tak nampak sebab kenapa kita perlu tukar pemimpin yang bagus.

    En. Rafizi pulanglah ke rumah, urus keluarga baik2 dan bawa famili bercuti ke Sabah.

    Itu lebih menarik

Leave a Reply to Biko Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.