Campur Tangan Kerajaan Menjejaskan Reputasi Petronas Di Peringkat Antarabangsa

Kegagalan PETRONAS mengambil alih Progress Energy Resources, sebuah syarikat gas yang berpusat di Kanada perlu diberi perhatian sewajarnya oleh rakyat. Usaha PETRONAS membina rizab gas luar negara adalah satu usaha yang wajar dipuji, bertepatan dengan pendirian KEADILAN selama ini bahawa strategi minyak dan gas negara perlulah bersandarkan kepada matlamat menggantikan rizab minyak dan gas domestik dengan rizab dari luar negara.

Progress Energy Resources adalah sebuah syarikat pengeluar gas yang mempunyai rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan memiliki rizab tanah seluas 1.25 juta ekar di seluruh Kanada. Saya yakin PETRONAS mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil alih Progress Energy Resources yang akan menjadi sebahagian dari aset strategiknya.

Malangnya, usaha PETRONAS ini disekat oleh Kerajaan Kanada dan kita masih menunggu perkembangan seterusnya dalam tempoh 30 hari rayuan.

Kegagalan PETRONAS mengambil alih Progress Energy Resources adalah satu lagi perkembangan yang membimbangkan kebelakangan ini. Dalam bulan September 2012, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings telah mengumumkan bahawa ia merendahkan penilaian prospek masa depan PETRONAS menjadi “negatif”. Ini adalah kali pertama dalam sejarah PETRONAS yang panjang apabila syarikat penarafan antarabangsa melahirkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur.

Kesan dari tindakan Fitch Ratings merendahkan penilaian prospek masa depan menjadi “negatif” bermakna penarafan PETRONAS (yang sebelum ini adalah di antara terbaik di dunia dan lebih baik dari penarafan kedudukan kewangan Malaysia) juga dijangka akan dituruntarafkan (downgraded) dalam masa terdekat. Ini akan menyebabkan PETRONAS terpaksa membayar kadar faedah yang lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil.

Ketika mengumumkan keputusannya untuk menukar penilaian prospek masa depan PETRONAS, Fitch Ratings telah pun menyuarakan kebimbangannya bahawa terlalu banyak campur tangan kerajaan kebelakangan ini yang menyekat kebebasan PETRONAS. Campur tangan kerajaan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di dalam keputusan-keputusan yang melibatkan PETRONAS dilihat memberi kesan buruk kepada gergasi minyak dan gas negara itu.

Kegagalan PETRONAS mengambil alih Progress Energy resources mengesahkan lagi pandangan bahawa reputasi PETRONAS di peringkat antarabangsa telah terjejas oleh kerana campur tangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak di dalam PETRONAS.

Sebagai satu-satunya individu di dalam kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kepentingan PETRONAS, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu menjelaskan kepada rakyat kegagalan beliau secara peribadi sehingga usaha PETRONAS membina rizab luar negara terbantut.

Beliau juga perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya jika kedudukan kewangan PETRONAS dituruntarafkan selepas ini, akibat campur tangan pentadbiran beliau di dalam keputusan-keputusan PETRONAS.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
24 OKTOBER 2012

5 thoughts on “Campur Tangan Kerajaan Menjejaskan Reputasi Petronas Di Peringkat Antarabangsa”

  1. Rafizi,
    perkaitan yang lemah.mohon perkuatkan dengan bukti campur tangan antara kegagalan dengan Najib atau buang tulisan rendah nilai sebegini dari blog anda.

  2. Takde kaitan. Walaupun campur tangan kerajaan dalam PETRONAS adalah satu isu yang benar, tetapi tiada kaitan dengan isu pengambilalihan Progress Energy. isunya di Kanada adalah kerana kerajaan Kanada takut hilang kuasa terhadap sektor gas di negara mereka sendiri jika PETRONAS dan syarikat minyak China mengambil alih syarikat gas Kanada. Ini bukan berita tersembuni. Ada di mana2 akhbar atas talian utama antarabangsa.

    Sila menjadi penyampai yang bertanggungjawab. Jika begini tiada beza PR dengan media massa Malaysia.

  3. Sdr FM

    I don’t think you get the big picture, quite common for employees of PETRONAS who tend to be overly defensive about PETRONAS. I was in PETRONAS and to a certain extent, understand this mentality.

    Everyone understands and acknowledges that Canadian government decision hampers PETRONAS’ takeover.

    What you fail to understand from PKR’s viewpoint is this:

    Oil & gas (and block acquisition) is as much as G-to-G as it is purely commercial undertakings. Government has to open doors, precisely to avoid the other government from stopping a deal.

    That’s Najib’s biggest and most important task, as far as PETRONAS is concerned.

    He failed miserably. It was his duty to ensure that we connect diplomatically so that the deal goes through, because only diplomatic reinforcement can influence political opposition in canada towards the takeover.

    In areas where he has to intervene to help PETRONAS, he failed.

    Instead, he interfered in other matters that plunged PETRONAS’ standing internationally.

    He continued to extract huge financial burden on PETRONAS, that our earning reinvestment ratio still hovers around 20%.

    He didn’t want to phase out gas subsidy.

    He altered PETRONAS upstream strategy to bring investment into Malaysia to prop up the struggling economic growth no and award contracts through RSC to crony oil and gas start ups.

    His interference so far made things worse for PETRONAS, but in one area that his interference was actually needed, he failed.

    I don’t expect you to understand this because usually PETRONAS people have this siege mentality that anyone who talks about PETRONAS is accused of criticising PETRONAS without knowing.

    Try not to do that, because people are a lot smarter than that and PETRONAS do belong to the rakyat. And plus, I am one of you guys so I understand how things work in the top floors of PETRONAS a lot more than your average Joe 😉

  4. assalamualaikum,
    Agree with bro rafizi, people should understand this, Canada is opening their doors. In Malaysia we have Production Sharing Contract where we shares our oil reserves with our partners ( oil operators like Shell, Murphy Oil and ExxonMobil, well i heard that sapurakencana have merged to become operator also, congrats tun M, job done), in order to gain profit, developing our petroleum industries with minimized risks. Canada mean business, they will gain nothing if they have rights on their own resources but do not know how to handle the risk, an operator with a good reputation will make things easy. In Malaysia’s Production Sharing Contract, we do have 20 years of time limit for an operator to explore, develop and produce a block. I believe Canada do have the same clause in their agreement, so there is no issue of losing their rights.

    Goin abroad has been a very succesful agenda during Hasan Merican era. Reserve our own oil reserves for our children. Getting a job as a big guy in Conoco is something, i dont know how PETRONAS miss this guy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.