Siasatan OSA Oleh PDRM: Keselamatan Rakyat Lebih Utama Dari Kekuasaan UMNO/BN

Saya memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan UMNO/BN berbanding keselamatan rakyat.

Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.

Kenyataan Dato’ Seri Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:

1. Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli;

2. Bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.
Saya kesal dengan kenyataan Dato’ Seri Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?

Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar “kepentingan awam”.

Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen “Utamakan Keselamatan Rakyat” di seluruh LRT laluan Ampang.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
5 JULAI 2012

3 thoughts on “Siasatan OSA Oleh PDRM: Keselamatan Rakyat Lebih Utama Dari Kekuasaan UMNO/BN”

  1. Mr. Rafizi.. i really salute you. What you have done for rakyat are the best and we really wish that all the rakyat are able to have the information regards to what our government are doing with our tax payer money.

    i really shock that why there is no one care when you have announced that there is a hanky panky stuff has been gone through in the contract but SOMEONE has setup a special body to check “WHO” reveal the information.

    This is the funniest scandal i ever heard before.

    Keep up your good work!

    We were always support you!

  2. Saudara rafizi, saya kagum dngan pendedahan dan keberanian anda. Saya bencikan rasuah, saya juga dikenakan tindakan oleh majikan saya kerana melaporkan salahlaku bos saya. Tuhan menyertai orang2 benar…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.