‘Letter Of Intent’ Telah Dikeluarkan Oleh Prasarana

Saya merujuk kepada cubaan Dato’ Shahril Mokhtar untuk menimbulkan keraguan atas kesahihan dokumen-dokumen rasmi Kementerian Kewangan yang membuktikan bahawa George Kent telah dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Beliau membuat kenyataan kepada media yang mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen itu, atas alasan surat lantikan (“letter of award”) masih belum dikeluarkan oleh Prasarana.

Kenyataan beliau itu sudah tentu bercanggah dengan pendirian dan tindakan Kementerian Kewangan yang membuat laporan polis berikutan pendedahan dokumen-dokumen tersebut, agar ia disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Malah, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah pun menubuhkan pasukan siasatan di peringkat tertinggi untuk menyiasat kebocoran dokumen-dokumen rasmi tersebut.

Ekoran laporan polis oleh Kementerian Kewangan dan tindak serta-merta polis, pada petang ini saya telah diarahkan untuk memberi keterangan dalam siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Kenyataan saya akan direkodkan di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini gara-gara tindakan saya mendedahkan dokumen-dokumen tersebut.

Jika betul dokumen tersebut adalah palsu seperti yang didakwa oleh Dato’ Shahril Mokhtar, adalah satu pembaziran wang rakyat dan masa saya jika siasatan ini diteruskan.

Hakikatnya, dokumen-dokumen tersebut adalah benar dan sehingga kini tidak dinafikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan.

Jawatankuasa tertinggi perolehan kerajaan yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah bersetuju menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent dan telah mengarahkan Prasarana melaksanakan dokumen penganugerahan kontrak kepada George Kent.

Oleh sebab itu, saya berani menyatakan berdasarkan maklumat dalaman yang dimaklumkan kepada saya bahawa surat menyatakan hasrat untuk menganugerahkan kontrak kepada George Kent (“letter of intent” atau LOI) telah pun dikeluarkan oleh Prasarana.

Maka, kenyataan Dato’ Shahril Mokhtar itu adalah cubaan mengabui rakyat dengan berselindung di sebalik proses anugerah tender dengan menyebut surat lantikan (“letter of award”) belum dikeluarkan.

Saya mempunyai dokumen yang boleh membuktikan bahawa George Kent sedang ligat menyusun sub-kontraktor dan berunding dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan projek tersebut atas dasar LOI yang telah dikeluarkan Prasarana kepadanya.

Saya juga dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa Prasarana tetap mengeluarkan LOI walaupun tindakan itu melanggar syarat-syarat bidaan kontrak yang ditetapkan pada awalnya.

Semua ini adalah dakwaan yang berat terhadap Prasarana di bawah kepimpinan Dato’ Shahril Mokhtar.

Oleh itu, saya menyeru supaya beliau menumpukan kepada usaha mentadbir projek-projek dan operasi Prasarana dengan lebih berkesan, bukannya menjadi jurucakap kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sehingga kini masih membisu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 JULAI 2012

9 thoughts on “‘Letter Of Intent’ Telah Dikeluarkan Oleh Prasarana”

  1. Dude, well done! And hopefully PDRM’s OSA investigation doesn’t overshadow SPRM’s investigations on the corruption side of this massive exposé!

  2. OK…

    SURAT PERMOHONAN UNTUK MELULUSKAN boleh tunjuk…

    Mana LETTER OF INTENTnya? Mana LETTER OF APPOINTMENTnya…

    sekadar menulis, “berdasarkan maklumat dalaman yang dimaklumkan kepada saya”…

    Saya sebagai RAKYAT (seperti yang PKR sering sebut) juga boleh suka-suka menulis…

    “berdasarkan maklumat dalaman yang dimaklumkan kepada saya… RAFIZI RAMLI cuba menipu RAKYAT”…

    kerana apa yang tertulis hanyalah tulisan yang tiada pembuktian…

    Dan, memandangkan En RAFIZI RAMLI sudah ada surat2 dan dokumen yang terbukti ada penyelewengan…

    SOALAN SAYA:
    KENAPA RAFIZI RAMLI TIDAK MEMBAWA DOKUMEN2 INI KEPADA PIHAK BERKUASA UNTUK SIASATAN? KENAPA HANYA TUNJUKKAN “SURAT MEMOHON KELULUSAN”?

    PENULISAN EN RAFIZI RAMLI SEOLAH MAHU MENIPU DAN MEMESONGKAN RAKYAT!

      1. So… ada jawapan utk soalan saya?

        MANA LETTER OF APPOINTMENT nya?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

  3. amboiiii utusan malaysia fitnah x bagi bukti hampa senyap….
    buat apa Rafizi nak tunjuk kat hampa surat tu satgi jadi pengubahsuaian pulak…..bukan boleh harap sangat org dalam PDRM.

  4. autojohndoe. jawapan untuk soalan anda sudah pun dipublish di pelbagai media cetak dan elektronik. hahaha… rotflmao, singkatan omputihnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.