UNISEL Akan Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di university tersebut.

Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.

Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.

Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN. Walaubagaimanapun bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.

UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar –pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat.

Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pengajian Tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.

Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negeri ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

19 thoughts on “UNISEL Akan Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar”

  1. untuk mencapai kejayaan pasti akan ada dugaan dan tidak akan diduga seseorang itu melainkan ianya mampu mengatasi permasalah tersebut.

  2. take UNISEL to Public Counter, let the public invest while heping the student, if SEGi can, UNISEL too can make it ……….

  3. TABUNG RAKYAT BANTU PELAJAR.
    Buat sementara ni, tak ade ke rancangan untuk NGO lancarkan tabung untuk bantu anak-anak kita ni? kalau kerajaan tak boleh nak bantu, rakyat BOLEH!

  4. Anak anak ahli ummmnu dikecualikan dari menerima bantuan ini kerana ibubapa mereka golongan hartawan dunia belaka.Nabi pun pulaukan KAAB hanya tidak pergi berperang menentang K-Pop.PR kena tengok apa reaksi ummmnuuu pornooo ni kata.Bukan PR nak berdendam tapi itulah hakikatnya dalam satu negara,sebabnya mereka akan jadi penentang PR dalam pentakbiran selepas tamat belajar.

    1. PKR hapuskan PTPTN dengan mengantikan pendidikan percuma dengan pelajar tidak menanggung hutang dan pihak Universiti / kolej akan menerima bayaran operasi dan pengurusan terus dari rakyat bukan melalui bayaran hasil pinjaman pelajar. 🙂 Bukannya PKR hapuskan PTPTN dengan memberikan segalanya percuma termasuk kos operasi dan mengajar secara percuma. Apabila BN menyekat PTPTN maka kos bayaran operasi dan pengurusan akan turut tersekat disamping kos pembiayaan sara hidup juga akan terganggu. Kena paham tu. pendidikan percuma = rakyat/pelajar tak perlu berhutang.

  5. y this is happening.. y cant every1 b frank n be right to the public.. we r all after grad cant get as RM10K as u all tink… still hav to pay ptptn loan, sen money to kampung, try to buy at least a 2nd car … then hw we wana pay???… I tot after dip, if i got more than 3.5 cgpa can get discaun, but not.. Y??? pls help the student, kami bakal tonggak negara as u all said.. Thats y students jz wana get passing marks if ptptn holders bcza 4.00 cgpa n 2.00 cgpa, u stil have to pay all the amount… this never encourage student to study well n be success, now they jz wana pass the border line n get dgree n strt to pay the ptptn…
    at least giv then sum discaun la.. u wan me to pay rm500 after sum years hw cum??? i hope mr. rafizi will try to handle n settle this prob… .. From : suffering indian malaysian student who jz got work…

  6. senang cerita, sapa2 yg dapat peluang sahaja belajar tinggi2… yang lain biarkan sahaja… datz wut the gov think im suppose… all the talented ppl will gone.. n all the ppl that can earn sum “EXTRA” money will go far.. tc n good luck malaysia..

  7. Lu org memang bodoh! Kalau lu org fikir masih memerlukan bantuan PTPTN kenapa lu org juga yang kecoh nak mansuhkan PTPTN. Lu org cuma nak jadi hero di mata Rakyat wahal lu org cuma sampah! Kalau lu org nak sangat ikut cakap Anwar! Satu hari nanti akan ada sesuatu yang lebih bodoh dan bengap yang Anwar buat! Perjuangan Anwar adalah perjuangan individu bukannya perjuangan rakyat! Org tua kata! Jangan nafikan sesuatu yang baik! Org tua kata juga! Boleh pandai tapi jangan pandai-pandai!!!

    1. PKR hapuskan PTPTN dengan mengantikan pendidikan percuma dengan pelajar tidak menanggung hutang dan pihak Universiti / kolej akan menerima bayaran operasi dan pengurusan terus dari KERAJAAN bukan melalui bayaran hasil pinjaman pelajar. Bukannya PKR hapuskan PTPTN dengan memberikan segalanya percuma termasuk kos operasi dan mengajar secara percuma. Apabila BN menyekat PTPTN maka kos bayaran operasi dan pengurusan akan turut tersekat disamping kos pembiayaan sara hidup juga akan terganggu. Kena paham tu. pendidikan percuma = rakyat/pelajar tak perlu berhutang. Pemikiran sebahagian rakyat dibelenggu dengan konsep pendidikan percuma adalah semuanya percuma termasuk kos operasi, selenggara, ,pengurusan dan pengajaran universiti. Ini merupakan konsep yang salah. Mudah sebagai misalan masjid yang kita gunakan untuk bersolat adakah percuma atau bayar? tentu percuma. mana ada rakyat nak guna masjid kena bayar yuran bulanan. Kecuali masjid dibangunkan oleh pihak swasta tanpa biayaan kerajaan. Tapi di malaysia belum tahap itu. Jadi rakyat guna masjid percuma tetapi kos selenggara, bayar duit bilal, duit gaji imam, siapa yang bayar? adakah rakyat.. dah tentu kerajaan (walaupun secara tak langsung dikenakan melalui cukai). itu konsep yang mudah.

  8. jangan la berpolitik sampai pelajar menjadi mangsa…bukan ke pendidikan itu tanggungjawab kerajaan…Menteri Pengajian Tinggi kene jawab perkara ni….Najib kene campur tangan! Aku yang bukan sari Selangor malah sokong BN ni pun sakit hati dengan approach kementerian ni…sungguh mempolitikkan pendidikan…dan pelajar….nanti pelajar berpolitik kang bising pulak…!!!

  9. Pakatan Rakyat mempunyai iltizam yg tinggi bagi memberikan pendidikan yg percuma kepada rakyatnya, ia merupakan satu usaha yang amat baik dan amat dialukan. Di dalam PR sendiri telah mempunyai pakar ekonomi yang mengkaji dari segala sudut mengenai hal ini. Mereka keluar dengan keputusan ini setelah melakukan analisa. Oleh itu PR mengeaskan di dalam buku jingga, setelah 100 hari pemerintahan PR, mean, selepas PR mengambil alih kerajaan dan 10 agenda PR akan dilaksanakan. Antaranya memberikan pendidikan percuma ie pemansuhan PTPTN. Oleh demikian, harap difahami, pemberian pendidikan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Sama seperti pemberian rawatan, pembinaan lebuhraya, hospital sekolah itu adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Pastilah bila hal ini berlaku, di mana PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar UNISEL, ini dilihat amat pelik kerana sewajarnya perkara begini tidak berlaku apatah lagi kerana menurut mereka ia merupakan desakan dari sudut parti pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.