Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang Melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

9 thoughts on “Skandal Kontrak Pembinaan Projek Tambahan Sistem LRT Ampang Melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak”

  1. Saya mesti pilih!

    Apapun, kepada admin, minta kurangkan keberatan website ini sebab lambat sgt dan kadang2 hampir crash bila nak loading.

    Terima kasih!

    1. Hoh.. Setuju sgt.. Sangat berat nak loading.. Kadang2 malas nak tunggu lama2 aku close jek.. Tak baca pun

  2. kang kalu Prasarana bagi kat PDA Consortium dengan harga yang mahal i.e 1 billion lebih tu pun ko bantai kerajaan gak.. kroni la, ape laa..

    ok la tu bagi projek kat lower bidder i,e 960 million.. duit rakyat gak yang save..

  3. Rafizi,
    sila bongkarkan ttg sistem tren pula.kontrak telah diberi pd syarikat dr china sedangkan konsaltan mencadangkan sistem dr sepanyol.ini kerana campur tangan rosmah mansur.sudahlah begitu,staf lrt terpaksa pulak belajar bahasa mandrin kerana majoriti staf kompeni china tu langsung x tau b.inggeris.malah dokumen pun dwi bahasa.inggeris & manderin

  4. Apa yg bodoh penasihat ekonomi ini, prasarana cadangkan syarikat yg dapat rm1.1 bilion, mof pula memilih syarikat yg lebih rendah dari harga berkenaan iaitu rm920 juta. Mof telah selamatkan duit rakyat rm200 juta. Kedua syarikat lepas markah teknikal. Itulah namanya Check and balance.

    1. It shouldn’t be awarded to just the lowest bidder, but to the technically acceptable and commercially lowest bidder. george kent is not technically acceptable. hence, it shouldnt be awarded.

      Rafizi is well versed in procurement process and has involved in multibillion projects when he was working as professional.

  5. memang Najib anjing tu pilih 960juta tapi make-up smpai berbilion2…sama mcm kes submarine…nak jumpa najib je kena suap 1bilion…kpd anjing2 najib/rosmah yg bodo kat luar tu sedar2 la…buka mata, buka minda, buka hati…yg pnting keselamatan dan kesejahteraan rakyat bila guna perkhidmatan nie..

Leave a Reply to Azman Mazlan Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.