Perdana Menteri Tidak Menafikan Konsortium George Kent Dianugerahkan Kontrak LRT Ampang

Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.

Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya menyebut bahawa “tiada yang salah dalam proses anugerah itu” tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.

Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Saya dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil pelbagai dokumen rasmi berhubung kontrak ini dari pejabat Prasarana semalam.

(Dakwaan saya bahawa SPRM mengambil beberapa dokumen ini turut mendapat reaksi dari Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato’ Shahril Mokhtar melalui satu komunikasi Twitter yang disertakan bersama. Reaksi beliau tidak menafikan bahawa dokumen diambil oleh SPRM, hanya mempertikaikan penggunaan perkataan “rampas”).

Salah satu dokumen yang diambil adalah kertas-kertas rasmi yang membuktikan bahawa Prasarana telah pun memulangkan kembali bon tender (tender bond iaitu jaminan kewangan yang perlu dikemukakan oleh setiap pembida) kepada Konsortium George Kent kerana kumpulan itu telah pun dikeluarkan dari senarai pembida berpotensi sejak dari awal lagi.

Maka, sebarang keputusan menganugerahkan kontrak ini kepada Konsortium George Kent sudah tentu bertentangan dengan keputusan penilaian bidaan dan tatacara tender yang diterimapakai.

Saya menyeru supaya Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana supaya mengesahkan sama ada dakwaan bahawa bon tender Konsortium George Kent benar-benar telah dipulangkan untuk mengelakkan pelbagai spekulasi baru.

Saya beranggapan bahawa kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam mengesahkan kontrak pembesaran LRT Ampang telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent seperti yang disyaki oleh banyak pihak.

Bermula Isnin 2 Julai 2012, saya akan mula mendedahkan pelbagai aspek teknikal dan kewangan hasil dari proses penilaian bidaan yang membuktikan bahawa campur tangan Dato’ Seri Najib ini bukan sahaja merugikan negara, malah turut membahayakan nyawa jutaan rakyat Malaysia.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 JUN 2012

3 thoughts on “Perdana Menteri Tidak Menafikan Konsortium George Kent Dianugerahkan Kontrak LRT Ampang”

  1. A tender bid bond should be returned for both successful and unsuccessful bids. If the vendor was successful, a further performance bond should be issued. I suggest you see the bid tender committee recommendation paper and see the rationale therein. It should specify the proposed winning vendor with supporting reasons. If there is an unwarranted directive, the award should go against all of the committee’s recommendations.

  2. please forgive me for digressing from the topic of your writing. I hope you will look into the indelible ink issue, more specifically on how the ink is to be applied on the voter. if it is done as shown in the STAR newspaper yesterday,then i think it is not foolproof, as the ink on the fingernail can be easily scrap of using a blade, hence double voting can happen.

    the ink should be applied by having the first segment of the fore finger being fully covered by the ink, by dipping the finger into the ink, as commonly practised in countries using this ink in their election.

    please treat this matter seriously, the EC just cannot be trusted.

  3. Yes, I do agree with steven, while put the cow and MRT issues aside momentarily and closely watch how the authority is going to handle these issues. Now, let us focus on the PRU13.. if that is how they implement the indelible ink, it could lead to “misuse/abuse” and the guarantee no double voting is neither certain nor secure.

Leave a Reply to steven chew Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.