Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

Saya mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.

Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ Seri Khaled Nordin dan Dato’ Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.

Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri – akhirnya memaksa Dato’ Seri Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.

Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.

Pun begitu, suka saya mengingatkan Dato’ Seri Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.

KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 JUN 2012

4 thoughts on “Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi”

  1. Sorry to say but either PR or BN wants, the whole students still need PTPTN. You can give free education tapi dekat Mesia ni, Mak bapak tak cukup duit nak byr duit belanje/makan anak2 tiap2 bulan.

  2. I beg to differ. Why shloud students have to pay 4% interest, when others can get loans to buy a Mercedes Benz to look after cows , at 2% interest? Why shloud they have to pay interest at all, when we send flunkies overseas on government scholarships for courses which can be done overseas? I have no issue with poor Malays being given loans and scholarships . But we all know that is not the case. Overseas scholarships on taxpayers money shloud be based on merit., so that our nation can make the most of the brains we have left.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.