Fokus Menumbangkan Umno/Barisan Nasional

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012

11 thoughts on “Fokus Menumbangkan Umno/Barisan Nasional”

  1. Salam dan syabas sdra Rafizi,
    Dedahkan segala penyelewengan mereka demi keadilan di dunia ini, sebelum mereka di hakimi dan dihukum di akhirat kelak.
    Tahniah dan teruskan perjuangan sdra, moga sentiasa istiqamah dan terus kukuh di atas landasan yg benar insyaAllah.
    Doaku mengiringi perjuangan anak muda seperti sdra.
    Wassalam.

  2. Tak perlu risau tentang pencacai-pencacai tu. Yang penting, buatlah sepatut mana yang difikirkan demi masa depan dikau, dan demi masa depan PARTI, PARTI KEADILAN RAKYAT. Yakni jugak RAKYAT jelata. Saya di sini ingin memohon maaf terlebih dahulu kerana tugas dan tanggungjawab yang dipikul dikau bukan mudah dan berat tanggungannya. Dan sebagai RAKYAT yang memahami keberatan sebagai untuk menjulangi keadilan kepada semua, berharaplah dikau dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan masa kini yang tak menentu. Syabas!

  3. all the best and i know you can do it… let the haters keep hating.. that’s all the got anyway… langau2 yg suka memburukkan orang lain.. btw, you have my support… you should bertanding dalam pilihan raya nanti… lastly, c’mon koleq!!!

  4. kenyataan media yang menapis fitnah..sikap perjuangan ditampilkan Sdr pasti menguntungkan PKR and rakyat

  5. Assalaumualaikum saudara
    kembalikanlah perjuangan PR di Malaysia ini
    tak sabar nak melihat kebangkitan ISLAM bergema di seluruh nagara,
    saya mnyokong 100% pentadbiran yg dilakukan oleh DSAB dan juga TH Nik Aziz
    we teenagers always give the support

  6. Sesungguhnya PR tidak mendapat sokongan media arus perdana secara adil dan saksama. Tetapi dengan adanya strategi yang diambil dan diatur oleh saudara untuk menebus angkara rasuah BN maka saya percaya keberkesananya adalah lebih efectif daripada apajua fitnah terhadap PR yang dipaparkan oleh media mereka. Kes seperti “LEMBU-NFC” merupakam contoh yang paling baik dan impatnya begitu terasa oleh semua masyarakat malaysia. Teruskan perjuangan kamu!!!Syabas!!!

  7. Meskipun Barisan Nasional muncul juara pada Pilihanraya kecil ahad lepas, ahli pemimpin UMNO dan penganalisis politik masih percaya bahawa parti nasionalis melayu itu perlu melakukan perubahan besar bagi kekal relevan kepada golongan generasi muda.

  8. All the best rafizi may Allah will always be with u … i’m sure u know what you are doing. You have all the support from us!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.