Penjelasan Kenyataan Media Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Mengenai Pemansuhan PTPTN

Isu penghapusan PTPTN yang dipaparkan oleh beberapa media arus perdana dengan memberi gambaran seolah-olah berlaku percanggahan antara kenyataan Presiden PAS, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia adalah menunjukkan niat jahat untuk melaga-lagakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat semata-mata. Media arus perdana ini dengan jeleknya telah sengaja memutar belitkan maksud ulasan Presiden PAS seperti mana menjadi amalan kebiasaan mereka.

Ingin dipertegaskan bahawa isu penghapusan PTPTN telah dibincang dengan mendalam dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga turut memberikan pandangan yang menjadi pendirian bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Apa yang dipertegaskan oleh Presiden PAS ialah bahawa PTPTN akan dihapuskan. Manakala penghapusan PTPTN pula akan dilaksanakan dengan prosesnya. Proses yang dimaksudkan oleh Presiden PAS di sini ialah penghapusan PTPTN sepatutnya tidak membimbangkan mana-mana pihak, kerana ianya akan dilaksanakan dengan penuh prinsip keadilan dan tidak membebankan rakyat, di mana orang miskin akan dibela tanpa mengira kaum mereka dan orang yang kaya mestilah memainkan tanggungjawab membantu mengikut kemampuan mereka dalam sebuah negara.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiusaha Politik Presiden PAS

30 Jamadil Awal 1433 H bersamaan 22 April 2012

One thought on “Penjelasan Kenyataan Media Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Mengenai Pemansuhan PTPTN”

  1. penerangan yang bagus pak tetapi maksudnya BOGUS . Biasalah dengan bahasa yg diguna olih orang2 public relations ,kata-katanyanya gah, maksudnya nada! illek, kosong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.