Jemputan Kepada Saudara Khairy Jamaluddin: Ganti Debat NFC Dengan Debat PTPTN

Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa “penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar” merujuk kepada twit beliau “PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don’t think govt should” [1:57 pm, 11 April 2012]

Saya telah membentangkan bahawa hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama. Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.

Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat. Misalnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya, hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan, malah wang RM250 juta yang diselewengkan oleh keluarga menteri dalam skandal NFC sehingga sekarang masih belum dikutip.

Hakikatnya, setiap tahun pembaziran yang berlaku jauh melebihi jumlah RM2 bilion yang diperlukan untuk menghapuskan PTPTN.

Lebih penting lagi, ini peluang baik untuk mengkaji semula kerangka sistem pendidikan tinggi di Malaysia. KEADILAN mengesyorkan supaya kita kembali kepada model pendidikan percuma yang meletakkan tanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan tinggi di bahu kerajaan.

Ini mengurangkan keperluan tempat-tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan. Sebuah dana baru yang akan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran secara swasta sudah tentu lebih kecil nilainya dari tanggungan PTPTN selama ini.

Isu hala tuju sistem pendidikan tinggi negara dan penghapusan hutang PTPTN adalah isu penting yang wajib diperhalusi dan didalami.

KEADILAN dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik. Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat.

Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Saudara Khairy mengotakan janjinya untuk berdebat dengan saya ketika skandal NFC memuncak. Kesediaan itu dinyatakan sekali lagi oleh beliau selepas kami berdebat buat kali pertama di London akhir Januari lalu.

Demi kepentingan orang muda, saya juga mengesyorkan isu debat itu diganti – dari skandal NFC kepada persoalan PTPTN dan hala tuju sistem pendidikan negara.

Saya percaya Saudara Khairy seorang yang rasional dan faham bahawa debat ini ditunggu-tunggu oleh rakyat.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

 13 APRIL 2012 

5 thoughts on “Jemputan Kepada Saudara Khairy Jamaluddin: Ganti Debat NFC Dengan Debat PTPTN”

  1. The two things are different. Do not mix them up. I’m not saying that our prime minister decisions in governmental funding are right, but we could not afford to make a wrong decision too.

    Should we choose to adopt free education system, how could we maintain the quality of education in Malaysia? This would only degrades it. Remember, the best things in life are paid for.

    Maybe a better idea is to re-module the payment system.

    Hutang dibayar. Ini bukan macam masa kanak kanak dahulu. Hutang dengan abang long, lepas tu merengek tak mahu bayar sebab abang long halal kan hutang kak ngah dengan dia.

  2. bro, bukan ke PTPTN tu masuk belanja makan minum students bukan setakat education jea..

    Klau xde PTPTN siapa nak belajar living maintenance allowance

  3. There is nothing wrong with free education, most of the development countries or developing countries has adopt a free education and this is one of the requirement for each muslim. The problem is Capitalism make a needs as a business purpose and most of muslim (secular) didn’t feel any bad about this secular matters.

    Let this group (PR) plan for people and if the plan show the realistic why not we gave a support to them and they will be responsible for each plan they will make.

    Hutang memang perlu dibayar tetapi menyedekahkan hutang itu lebih baik dari sisi islam kerana mambantu pihak yang tidak berkemampuan.

    1. Oh please. The question is “why can’t these people mampu to repay their loans in the first place?” Is it because they can’t find good jobs? If the reason for them not being able to find decent paying jobs is because of poor grades or lack of soft skills, then they should’ve studied harder! Or improve themselves. Do whatever it takes.
      Writing off the loans for these so-called “orang-orang yang kurang mampu untuk bayar balik” is an insult to those students who managed to pay their loans in the past.
      I also disagree on the interest rate & fully support free education BUT I do NOT agree that we should let off those with hutang Scott free. Please be responsible and pay off your debts.
      Some argue: we’ll pay our debts if Tajudin or NFC pay their debts. Of course that’s the ideal case but even if they don’t, why should you stoop to their level? Two wrongs don’t make it right. Proof that you are better and just payy your debts already!

  4. setelah mendengar debat rafizi khairi berulang kali, selaku rakyat malaysia saya telah tahu tentang fakta yang benar dan salah. tahniah debat rafizi/khairi telah mematangkan pemikiran saya. tq so much

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.