Saman Balas Ke Atas Dato’ Seri Shahrizat Jalil Untuk Pastikan Kes NFC Terus Masuk Mahkamah

Peguam-peguam saya dan YB Zuraida Kamaruddin pada hari ini telah pun memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kertas pembelaan yang telah difailkan itu juga telah dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Dato’ Ser Shahrizat Jalil petang ini.

Pendirian saya adalah konsisten sejak dari awal mengenai keperluan membicarakan kes ini di mahkamah bagi merungkai sedalam-dalamnya penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

Saya khuatir bahawa pihak plaintiff mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diseret ke mahkamah memberi keterangan.

Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil atas kata-kata berbau fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau di Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum.

Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan Barisan Nasional tidak lagi boleh berdolak dalih dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini. Walaupun Perdana Menteri dan pimpinan kanan Barisan Nasional tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka keadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan-penyelewengan lain yang belum didedahkan di bawa ke pengetahuan umum.

Tuntutan saman balas itu telah difailkan bersama-sama dengan pembelaan pada pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

9 MAC 2012 

 

Kenyataan Pembelaan & Saman Tuntutan Balas ke Atas Dato’ Seri Shahrizat Jalil

2 thoughts on “Saman Balas Ke Atas Dato’ Seri Shahrizat Jalil Untuk Pastikan Kes NFC Terus Masuk Mahkamah”

  1. Bro, kalau dier saman 100juta saman blk 10billion br ler padan dgn kesalahan yg dibuat. Dorg nie duit rakyat buat mcm duit harta mak bapak dorg jer… rakyat nak cr 1hr 100 pun ckp pyh dorg 250juta mcm xde nilai, suker2 nak buat aper. Saman biar terduduk x bole bgn dah. Stkt tunggu hukuman mahkamah, mcm citer lawak jer ler. Tipu juta2 pun lbh ringan hukuman dr org yg curi susu bayi.

  2. betol…aku setuju sgt…saman puak2 lanun tu biar sampai terduduk x bangun langsung…apa dia ingat 250 juta rupiah ke yg sewenang2 nk guna duit rakyat…kalo bhgian aku termasuk dalam 250 juta tu…sampai kiamat aku x halal…aku penat2 keje siang mlm cari duit lebih,nk byr cukai tu la cukai ni la..saman parking la tol laa…korang sesuka ati melantak duit aku tanpa rasa bersalah..engko bro…jgn takut pada ugutan lanun2 tu..rakyat bwhn sentiasa dibelakang engko..teruskan perjuangan demi menyelamatkan bangsa agama dan negara…hidup rafizi hidup pakatan rakyat !

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.