Perdana Menteri Seleweng Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anak Beliau?

 

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering  yang memperincikan kos berikut:

 

Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang                          RM18,792

Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang          RM309,975

Kos pengendalian                                                                                                   RM81,000

Jumlah                                                                                                                        RM409,767

 

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAN berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

 

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN

9 MAC 2012 

 

“Banquet Event Order” dari hotel yang mengesahkan tempahan dan caj dikenakan ke atas Pejabat Perdana Menteri

 

 

 

6 thoughts on “Perdana Menteri Seleweng Wang Rakyat Untuk Majlis Pertunangan Anak Beliau?”

  1. Satu hindangan saja sama dengan sebulan atau setengah bulan gaji rakyat marhaen!Bayaran dengan duit cukai rakyat.Dlm masa yg sama juga rakyat marhaen ni juga adalah pembayar cukai.

  2. PM sememangnya berjiwa rakyat dia belanja guna duit sendiri pun takkan dia nak maklumkan pada rakyat..kalau takat guna nama PM office tu normal lah sekadar rekod untuk guna alamat rasmi je..Apapun aku yakin beliau tetap mahu yang terbaik untuk keluarganya. Lebih ramai rakyat malaysia yang lebih mampu dari beilau untuk berbelanja demi untuk diri sendiri dan keluarga. Kalau harga kereta dan rumah yang berjumlah beratus ribu ringgit dah ramai rakyat malaysia mampu beli. Buat majlis kahwin di hotel lebih hebat dan lebih tinggi starnya, takkan PM kita sebagai seorang ikon tersohor tidak mampu untuk berikan yang terbaik untuk keluarganya..kalau tiap-tiap bulan dia buat saving untuk anak-anak dari mula kerja hingga sekarang…sure dah mampu sangat untuk dia belanja macam tu..

Leave a Reply to sokong_ptptn Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.