Lawatan Ke Pusat Fidlot Kebangsaan 3 November 2011, 1230 tengahari

Salam Sdr/i

Parti Keadilan Rakyat akan mengadakan satu lawatan dan kunjungan hormat untuk meninjau sendiri operasi dan prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan, seperti yang dinyatakan semalam dalam satu sidang media. Surat rasmi memaklumkan perkara ini kepada Pusat Fidlot Kebangsaan telah pun dihantar kepada Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan disertakan bersama.

Rombongan Parti Keadilan Rakyat dijangka tiba di Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas pada jam 1230 tengahari esok (3 November 2011). Orang ramai dan wartawan yang ingin turut serta boleh bersama-sama berkonvoi dari persimpangan Senawang pada jam 10 pagi dan bergerak ke Gemas, memandangkan perjalanan mengambil sedikit masa.

Parti Keadilan Rakyat menjemput wartawan, blogger dan rakyat terbanyak untuk turut sama hadir dalam rombongan ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada YB Aminuddin Harun, ADUN Sikamat di no 019 651 0167 atau saya sendiri di no 017 328 5000.

PKR – Lawatan Ke Pusat Fidlot Kebangsaan 3 Nov 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.