Kes liwat: Tiada bukti DNA ‘Lelaki Y’ hasil dari sel sperma

Saya dah sebut dan ulang berkali-kali bahawa pendakwa tidak pernah membuktikan pun DNA datang dari air mani. Malah, kehadiran air mani tidak pernah dibuktikan dalam mahkamah (rujuk video penerangan saya mengenai kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim).

Bila saya yang sebut, juak-juak UMNO maki hamun di Youtube dan lain-lain. Bila ia disebut oleh pakar DNA dunia dan diterima sebagai keterangan di mahkamah, peninglah juak-juak UMNO nak cari modal baru putar alam.

(MalaysianInsider) KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pakar dari Australia menegaskan tiada bukti yang menunjukkan bahawa profil-profil DNA yang diperoleh daripada “Lelaki Y” dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim datang daripada sel-sel air mani.

Dr Brian McDonald, saksi pembela memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihak pendakwa tiada bukti bagi menunjukkan jensi sel yang profil DNA diperoleh.

Justeru, pakar DNA ini juga mencabar penemuan analisis yang dikendalikan oleh ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong dan Dr Nor Aidora Saedon.

Malah Dr McDonald juga menekankan kemungkinan wujud kontaminasi ke atas sampel-sampel yang diambil dan diuji oleh kedua-dua ahli kimia, yang menurutnya telah diabaikan oleh mereka.

“Tiada bukti dikemukakan, yang membolehkan pendakwa membuat rumusan itu,” kata Dr McDonald (gambar kanan) ketika ditanya oleh peguam pembela Ramkarpal Singh sama ada pendakwa ada membuktikan bahawa profil-profil DNA daripada “Lelaki Y” sebenarnya datang daripada sel-sel air mani.

“Kita tidak tahu jenis-jenis sel yang sampel diambil,” kata beliau.

Dr McDonald sebelum ini berkata bahawa profil-profil yang diperoleh daripada sampel sperma, yang diambil dari bahagian rektum pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak menunjukkan sebarang bukti yang keadaan bahan bukti itu terjejas.

Beliau ada memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa profil DAN di bahagian rektum tinggi adalah milik “Lelaki Y”, satu lagi kepunyaan Saiful dan yang ketiga, dari kawasan rektal rendah tidak konklusif.

Dr McDonald juga berkata Dr Seah dan Dr Nor Aidora telah mengabaikan penemuan yang mengesyorkan mengenai kehadiran sampel DNA ketiga.

“Mereka seharusnya telah mengadakan ujian susulan untuk menguatkan penemuan ke atas 18 allele (profil DNA). Kedua-dua (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan sebarang penjelasan mengapa ujian susulan tidak dijalankan,” katanya lagi.

Pakar itu memberitahu ujian-ujian dijalankan oleh ahli kimia kerajaan gagal untuk menunjukkan dari mana sampel-sampel DNA diperoleh.

“Bukti ini tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang daripada sperma atau air liur,” kata Dr McDonald.

Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.