Jawapan Awal: Pakatan Ada Jalan Laksanakan Program Buku Jingga

Saya memberikan cadangan secara kasar supaya rakyat dapat meneliti sendiri angka yang diberikan dan menilai sebanyak mana wang yang ‘bocor’ dari kantung negara setiap tahun. Hanya dengan dua langkah mudah, kita mempunyai lebihan wang sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dijanjikan dalam Buku Jingga. Bukan itu sahaja, bahkan kita memiliki wang lebih untuk membayar benda lain seperti penjara-penjara baru untuk ahli politik kaki rasuah yang suka suki membuncitkan perut sendiri dan kroni dengan cara merampas hak rakyat terbanyak selama ini.

Ini hanyalah perkiraan kasar kerana tidak cukup masa, tapi angka kasar ini sudah cukup menjelaskan segalanya. Sebarang komen balas dialu-alukan.

1) BN selalu berkata bahawa banyak perkara yang kita tidak mampu, kononnya ia akan memufliskan negara, terutamanya pada perkara yang melibatkan bantuan langsung pada rakyat terbanyak. Pada masa lalu, bantuan kewangan yang signifikan yang sedang dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang adalah sesuatu yang mustahil di bawah BN, kerana dakwa mereka, kononnya kerajaan kekurangan dana.

Semenjak mengambil alih, PR di Selangor telah memulangkan sekitar RM150 juta setahun kepada rakyat terbanyak dalam bentuk air percuma, bantuan kemasukan ke universiti, skim mikrokredit dan sebagainya. Sebab musabab kenapa PR mampu dan BN sentiasa berdolak dalih sambil memberi alasan adalah kerana PR sentiasa berusaha untuk meminimakan ketirisan dana awam yang berpunca dari korupsi dan rasuah.

2) Laporan Ketua Audit  Negara menganggarkan bahawa negara kehilangan RM28 billion ( 28, 000 juta ringgit) setiap tahun akibat korupsi dan rasuah seperti kaedah pemerolehan yang tidak telus, projek kerajaan yang tidak selesai, peningkatan harga kos sewaktu fasa pembinaan dan sebagainya.

Kita tidak perlu mewujudkan sebarang skim pembiayaan kebangsaan yang hanya sekadar gah pada nama dan slogan, cukup hanya dengan mengatasi masalah korupsi dan rasuah sahaja, kita mampu menjimatkan RM28 billion yang boleh disalurkan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Jumlah yang tiris ini adalah fakta, dan PR komited untuk memulangkan jumlah yang besar ini kepada rakyat terbanyak.

Selain itu, menghentikan perbelanjaan yang membazir, tidak perlu dan keterlaluan oleh kerajaan juga akan mewujudkan budaya berhemat dalam berbelanja. Contohnya, menghentikan perjalanan PM ke luar negara yang terlalu kerap sehinggakan tempoh masa beliau di luar negara adalah sama dengan tempoh masa beliau di dalam Malaysia. Begitu juga jumlah bayaran untuk mendapatkan kepakaran pemutar belit APCO (RM77 juta) atau penubuhan PEMANDU (RM66 juta) – BN mungkin akan menghujahkan bahawa jumlah ini kecil, tapi ini merupakan gambaran bahawa kerajaan sekarang mengamalkan budaya membazir dan wewenang dalam membelanjakan wang rakyat.

3) Setiap tahun, PETRONAS terpaksa membelanjakan RM19 billion (19,000 juta ringgit) untuk membayar subsidi gas kepada IPP (Penjanakuasa Bebas – dimiliki oleh kroni) yang mendapat keuntungan lumayan kerana mereka dilindungi dari naik turun harga tenaga asli di pasaran.

PETRONAS terpaksa membeli gas dari Natuna (Indonesia) dan JDA (Thailand) pada harga yang jauh lebih tinggi, kemudian menjual semula kepada IPP pada satu pertiga dari harga asal, semuanya berjumlah RM19 billion.

Sekiranya perjanjian ini dibatalkan, kita akan mempunyai keuntungan RM19 billion setahun yang boleh dibayar semula oleh PETRONAS pada kerajaan, sekaligus dipulangkan semula pada rakyat.

Setiap tahun juga, kerajaan membelanjakan RM4 billion setahun sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah sebanyak ini dapat dikembalikan kepada rakyat jika struktur tol dibetulkan semula, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga.

4) Hanya dengan mengatasi ketirisan yang berlaku akibat korupsi, menghapuskan subsidi korporat kepada IPP dan pampasan tol kepada syarikat konsesi, kita ada sejumlah (RM28 billion + RM19 billion + RM4 billion = RM51 billion) RM51,000 juta setiap tahun.

Jumlah ini lebih dari mencukupi untuk melunaskan segala janji yang terkandung dalam Buku Jingga.

5) Berapa jumlah yang diperlukan untuk laksanakan janji-janji dalam Buku Jingga?

Elaun khas guru – RM3.2 billion setahun.

Subsidi diesel dan petrol kepada golongan yang memerlukan (di bawah pendapatan tertentu), selepas penstrukturan semula subsidi supaya hanya yang dari golongan bawahan akan beroleh manfaat: anggaran RM4 billion setahun.

Subsidi gas memasak (LPG): Anggaran RM4 billion setahun.

Maka, jumlah bayaran subsidi dan elaun khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga: RM11.2 billion.

Harga yang ditawarkan oleh KWSP dan Khazanah untuk ambilalih keseluruhan aset dan operasi lebuhraya PLUS adalah RM23 billion. Sayap pelaburan kerajaan dan agensi kerajaan pada masa ini (melalui Khazanah dan KWSP) sudahpun memiliki 67.3% PLUS, maka tambahan kos untuk memulangkan keseluruhan aset dan operasi kepada kerajaan (beli dari pemegang saham minoriti) hanyalah RM7.5 billion.

6) Makanya, Jumlah keseluruhan adalah RM3.2 bilion (elaun khas guru) + RM4 bilion (subsidi bahan api) + RM4 bilion (gas memasak) + RM7.5 bilion (pembelian saham minoriti PLUS) = RM18.7 bilion.

Jumlah ini adalah begitu kerdil untuk dibandingkan dengan RM51 b yang boleh diperoleh melalui penstrukturan semula subsidi dan penghapusan korupsi/rasuah.

Adalah jelas bahawa isunya bukanlah sama ada kita mampu atau tidak, kerana angka membuktikan bahawa kita memang mampu.

Ia hanya memerlukan kesungguhan politik, terutamanya apabila BN begitu bersungguh-sungguh untuk menghapuskan subsidi minyak tetapi tidak langsung memikirkan tentang subsidi yang diberikan pada IPP.

Apa kata anda? Masih tidak mampukah kita? Atau BN-UMNO masih mahu berdolak dalih kerana tidak mahu hilang sokongan taikoon besar? Keh keh keh!

(Terjemahan oleh Sdr Juwaini)

5 thoughts on “Jawapan Awal: Pakatan Ada Jalan Laksanakan Program Buku Jingga”

  1. Tapi persoalannya ialah mampukah semua perkara ini dilaksanakan dalam masa 100 hari? Kerajaan skrg turut bergerak ke arah mentransformasikan segala yang tuan tuliskan di atas. tetapi melalui kaedah yang lebih munasabah dan bertahap. Supaya tidak ada kejutan buat ekonomi negara.

  2. Sdr tak faham program 100 hari.

    Program 100 hari maksudnya perkara pertama yang akan dilakukan dalam masa seratus hari.

    Contoh: naikkan gaji guru, RM500 sebulan, RM500 X 510,000 = RM255 juta sebulan. Bukan payah nak buat ni, sign satu surat je 😉

    Saya rasa saudara kena faham/hadam dulu konsep ni.

    Ha ha “kejutan” apa? Yang kejutan sekarang hutang negara paling tinggi dalam sejarah kah kah kah.

  3. Semoga berjaya laksana plan yang ada di buku jingga. BN dah panas buntut & cuba untuk putar belit serta kelirukan rakyat tentang matalamat sebenar PR. Rakyat di dulukan, Bukan keroni. 🙂

  4. org BN malas membaca tapi apabila bercakap… lebih byk menonjolkan kebodohan dari kebijakan.
    PM Msia pulak tak abis2 dengan dengan slogan transformasilah… transformerlah…. duit byk dah abis… hasil haprak.

Leave a Reply to rafiziramli Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.