Sinar Harian: Rafizi sah tawar diri tanding Ketua AMK

SHAH ALAM – Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Rafizi Ramli yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengumumkan barisannya, termasuk yang bertanding untuk jawatan timbalan ketua dan setiausaha hari ini.

Beliau, yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dilihat berpotensi untuk memenangi jawatan ini dan dijangka berhadapan dengan penyandang Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli MPP, Badrul Hisam Shaharin.

Pengumuman itu akan dibuat di Media Hotel, Unit A-G-01, Block A, Tropicana Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor jam 11 pagi ini.

Sebelum ini, Rafizi dilabel sebagai calon yang direstui Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan jawatannya itu.

Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan tanggapan beliau berpotensi menang kerana rapat dengan Anwar.

Beliau kurang senang dengan anggapan demikian kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri.

“Saya bukanlah calon yang direstui Anwar. Orang salah anggap kerana saya kini staf beliau,” katanya.

One thought on “Sinar Harian: Rafizi sah tawar diri tanding Ketua AMK”

  1. sdr,
    masa kempen mesti tunjukkan semangat berani.mesti! kalau pergi medan perang,leader kena berani baru
    pengikut semangat.
    setakat tulis buku dan debat hebat tetapi lagi kuat kalau rebellious sedikit.itu anak muda namanya!

    i dulu selalu kenan detention masa kat klas,berani invest with own money.jatuh,naik,jatuh,naik…org tengok
    kita ada guts…baru tokoh.

    dsai is a super leader to follow.you must show the SEMANGAT.baru i stim!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.