Sekadar Cadangan (Yang Tidak Sempat Dibentangkan!)

Saya sempat menyentuh semasa Debat Perdana tempoh hari mengenai 3 landasan utama yang dibawa rakan-rakan di dalam Generasi Reformasi untuk menyuntik dinanisme baru kepada AMK, seperti berikut:

  • Imej dan pendekatan AMK perlu berorientasikan kehendak pengundi muda di luar – bawa dan perjuangkan isu-isu mendesak anak muda ke arus perdana & menjadi teras utama dasar parti . “Bawa” & “perjuangkan” bukan bermakna demonstrasi dan memorandum semata-mata, tetapi meyakinkan rakyat melalui hujah berhemah bahawa kita ada jalan penyelesaian kepada masalah-masalah ini.

  • Pentadbiran & organisasi yang mantap dan kukuh – kawasan2 parlimen & DUN yang menjadi target kita perlu mempunyai jentera AMK yang kukuh dan tersusun, seluruh negara perlukan kekuatan yang luar biasa. Ini bermakna sasaran yg jelas berapa PA/CA dr AMK, berapa orang dalam unit siaraya, berapa orng petugas poster, berapa kekuatan mobilisasi dan lain-lain

  • Barisan lapisan pimpinan bawah 30 tahun yang mantap dan berkaliber dalam segenap segi – pemilihan pada kali ini bukan sahaja penting utk PRU13, tetapi PRU14. AMK perlu menyediakan barisan kepimpinan bawah 30 tahun bukan sahaja untuk memimpin AMK apabila peraturan bawah 35 tahun dikuatkuasakan, tetapi sebagai calon-calon untuk PRU13 dan PRU14. Menyediakan barisan kepimpinan maknanya latihan yang tersusun, supaya semua pimpinan muda kita terdedah kepada pelbagai aspek kepimpinan termasuklah mobilisasi rakyat, penghujahan isu, pentadbiran organisasi dan kekuatan akidah dan moral, antara lainnya

Malangnya saya tidak berkesempatan untuk menghuraikan langkah-langkah spesifik untuk melaksanakan 3 landasan ini, kerana kesuntukan masa ha ha.

Saya lampirkan di sini dan Insya Allah kami akan terbitkan risalah manifesto yang lengkap dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, saya alu-alukan maklumbalas teman-teman untuk kita mencari kaedah terbaik mengangkat AMK ke tahap lebih tinggi:

  • Menubuhkan Koperasi AMK dengan sasaran mengutip RM200,000 sebagai modal permulaan dan disusun untuk menjadi badan yang bertanggungjawab membantu kelangsungan kewangan AMK, termasuk menjalankan perniagaan-perniagaan secara professional

  • Melancarkan jentera pilihanraya AMK di 100 sasaran kerusi parlimen & DUN yang akan ditandingi Keadilan, dalam masa 3 bulan dipilih

  • Mewujudkan Skuad Komunikasi AMK seramai 1,000 orang di seluruh negara yang diberi tanggungjawab khas memenangi pertembungan media baru dan mengumpulkan maklumat email, Twitter dan Facebook pengundi-pengundi muda
  • Menubuhkan Biro Mobilisasi untuk menyusun semula kaedah rapat umum dan mobilisasi oleh AMK, supaya bukan sahaja kita mampu menganjurkan mobilisasi dengan berkesan, tetapi kita melatih dan mempunyai modus operandi untuk berdepan dengan pihak berkuasa dan menyediakan sokongan kepada teman-teman yang teraniaya
  • Mengenalpasti dan melatih 200 orang dari kalangan AMK yang pelbagai latar belakang dalam program latihan kepimpinan yang menjadi saluran utama kita memilih wakil-wakil AMK untuk bertanding dalam pilihanraya

  • Menggunakan kaedah “inkubator politik” untuk mengakar umbikan program-program mendekati rakyat yang mengangkat isu nasional secara tersusun, maknanya setiap negeri dan cabang yang akan mengendalikan program serupa di peringkat bawah, akan dilatih dalam hal ehwal pengurusan, pentadbiran, pengisian isu supaya isu-isu ini dapat diakar umbikan dibawah oleh pimpinan akar umbi AMK, bukannya bergantung semata-mata kepada pimpinan pusat. Program-program akar umbi ini akan menjadi sebahagian dari ujian kepada 200 orang pimpinan AMK yang berpotensi sebagai calon seperti yang saya sebut tadi – pimpinan akar umbi yang berjaya melaksanakan program-program yang telah dibentuk oleh “inkubator politik” ini dikira mempunyai prestasi yang sewajarnya untuk menjadi pimpinan akar umbi dan nasional (kalau tidak, orang kata tidak teruji!)

  • Memberi penekanan berat kepada sasaran meningkatkan keanggotaan dan latihan anggota AMK, supaya semua cabang di seluruh Malaysia mempunyai AJK yang lengkap dan dapat berfungsi dengan baik

Saya harapkan maklumbalas dari semua, terima kasih!

8 thoughts on “Sekadar Cadangan (Yang Tidak Sempat Dibentangkan!)”

  1. Bro, seronok meneliti cadangan2 ini, saya selari dgn sedara dlm 3 yang teras:

    1. Kekuatan akidah dan moral – Politik di Msia sudah umpama perang, dan juak2nya mesti kental dalam.

    2. Koperasi AMK dengan dana RM200k – Kekukuhan ekonomi, organisasi bergerak cara itu(cth:PAS-Kohilal dsb, Al-Arqam-sumber makanan halal dsb dan seterusnya)

    3. Isu yang dekat dengan Anak Muda – spt yg telah diterangkan sblm ini.

    Kalau apa jadipun, harapnya cadangan2 ni diteruskan pelaksanaannya dgn sungguh2, dgn seliaan sedara sendiri, walaupun org lain yg jd ketua AMK. Kool bro. Tapi kalau sedara yg ketuanya, lagi terbayyek. Hehe.

  2. Congrats on your well done debate last Saturday. Huhu. Harapnya anak muda ni fahamlah isi isi yang dibawa. Kita rasa perancangan yang cukup jelas untuk jangka masa panjang dan jauh. I’m not worry at all on ur ideas. No doubt it is superb. Cumanya, I think you shuld work more harder on ur campaign part…try to win their heart…hehe…setuju dengan saudara Yasir 😉 it will be great if you win and impliment it in AMK. Semoga dipermudahkan segala-galanya…:)

    1. tk sis, skrng kita sudah masuk ke fasa kempen turun ke bawah.

      mula2 kita jual idea, supaya orng faham bhw ada gagasan.

      skrng kena cuba yakinkan yg kami juga boleh jadi sekental yg diharapkn utk turun ke bawah dan bersama-sama untuk melaksanakan ini, jika tidak ckp je pandai.

      sertai roadshow kami, satu msia akan kami jelajah!

  3. Sdr Rafizi,Spot on. There are structural flaw in AMK in term of capable leaders, talent pool etc.You & team want to address that…However when I look into your line up, different message i am getting :

    1. Your proposed 2nd & 3rd liners liners NOT known to have the traits to become even good leaders (am not even asking for an excellent leaders but just gud).

    2.I’ve been following your FB,BBM & Blog, The discussion centered around ‘Cerdik Pandai’ & lingo used pun untuk ‘Cerdik Pandai’.Mana ruang untuk orang2 kebanyakan.You look at the FB forum organised by Tengkorak Kering..nampak selebet ttp penuh aksi…Please bring the discussion to the lay man level..asalkan mesej sampai.

    Good Luck Brother..as i said before my preferred horse is racing in different league so am staying at the sideline aja ler…

    1. Bro,

      I thoroughly understand the fear, concern and skepticism. If I am in anyone else’s shoes, I would feel the same way.

      The truth is, on my own, or with the limited people I have with me – janji tinggal janji, memang semua ni tak terbuat.

      It can only happen if we all come together. We need everyone, that’s why I don’t have a slightest concern on whatever people say or feel, because we are all one big family, the big picture is more important.

      I can only do my best to prove within this limited time that we have what it takes, but it can only happen if we all join hands and work towards one common goal.

  4. OK..btw,terkesan dgn gagasan saudara utk mempastikan setiap isirumah mendapat pendapatan RM4k above. Apa rasionalnya jumlah tersebut? kenapa tidak RM5k? Bagaimana pula dengan Cost of Living? Berapa angka yg sepatutnya?

Leave a Reply to rafiziramli Cancel reply

Your email address will not be published.

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.