Nota Menjelang Debat Perdana AMK Malam Ini

1) Agak gundah gulana, belum ada masa untuk buat persediaan yang rapi. Urusan pemilihan di cabang perlu juga diselesaikan dahulu – semalam berjumpa dengan teman-teman di Felda Neram sehingga lewat malam mendengar luahan rasa dan harapan mereka mengenai parti.

2) Oleh kerana sessi berlanjutan lewat malam, sampai di KL pun lambat dan sekarang masih termenung menyusun fikiran untuk debat pada malam ini.

3) Saya pernah menjadi pendebat di zaman muda dan juga jurulatih debat – tetapi untuk berdebat kembali setelah sekian lama, bukan mudah. Rasanya anak-anak didik saya yang rata-rata berada di universiti kini akan menutup mata melihat bekas jurulatih mereka terkumat-kamit cuba mempraktikkan ajarannya yang sebelum ini diberikan kepada anak-anak didik.

4) Pun begitu, debat ini satu keadaan yang unik dan ia terhasil secara spontan yang melambangkan dalamnya semangat reformasi dan pembaharuan sesama kita.

5) Saya tidak mengharapkan sorakan dan laungan yang kuat, malah saya bersedia untuk dihentam dan disorak malu. Tetapi pendekatan berbahas secara ilmiah ini perlu dipertahankan dan dibawa seluas mungkin – kerana politik kita perlu matang dan berlandaskan gagasan.

6) Apa-apa pun kita lihat sahaja keadaannya malam ini. Saya fikir dengan sedikit persediaan untuk menyusun semua mesej yang telah disebut sebelum ini, kemudian berbekalkan sembahyang hajat dan doa kepada Allah SWT dan teman-teman (yang kasihan, ha ha!), Insya Allah dapatlah juga saya sampaikan sedikit mesej, tidak kira apa penerimaan malam ini.

7) Untuk berdepan dengan tokoh-tokoh yang mempunyai nama dan pengikut besar di negara ini, apatah lagi debat dan ceramah ini memang bidangnya, bukanlah mudah dan sangat menggentarkan. Namun kita serahkan kepada Allah SWT, Insya Allah yang terbaik akan kita capai malam ini.

Selamat berdebat kepada semua rakan-rakan 🙂

6 thoughts on “Nota Menjelang Debat Perdana AMK Malam Ini”

  1. Selamat Berdebat!

    mungkin perlu ambil peluang malam ini untuk betulkan persepsi salah sekalangan ahli pkr yg mengatakan saudara & the Gen R4mc gang telah memperlekeh pejuang r4mc jalanan -padahal saya pasti itu bukan maksud sdr & kawan2. Saya doakan ahli2 pkr membuat pilihan terbaik dan dapat menilai dgn matang. wassalam

    1. ha ha Sis, thnx – alhamdulillah semua isu itu tak timbul sngt. fokus kpd perancangan dan hala tuju, and it was a great start for the party.

      i feel some of what we wanted to achieve to force the issue has been met so far 🙂

      thnkx 4 following 🙂

  2. salam
    hujah saudara telah dpt diutarakan dgn jelas dan baik. tahniah.
    sbg anak tranung, saya berbangga krn sy sudah mampu optimis bahawa kerusi milik shabery akan mampu digugat tak lama lagi!

    1. ha ha kerusi milik shabery tu kerusi paling puaka tu. AP = menteri persekutuan, ADUN = MB, satu lagi ADUN = Exco Kanan, satu lagi ADUN = anak bekas MB.

      memang sngt sukar tp mcm jugak kerja gler menawarkan diri bertanding ketua amk, kita kena ambik risiko dan buat yg terbaik.

      gugat ke tidak kuasa Allah, bergantung kpd muafakat kita & kawan2 di kemaman, Insya Allah 🙂

  3. A TRIBUTE TO MOMMY AND HARIDZ.

    Tomorrow,Haridz takes his UPSR at SK Melawati.

    8:15am Bahasa Mealyu,pemahaman and penulisan.

    11:00am Mathematics paper 2.

    He did his trial of 20 questions Mathematics paper 2
    (in English,subjective and carries 40percent of his marks)
    at 12pm today and did exceptionally well at it.

    Typical Q:convert 435.4567 to the nearest hundreth
    decimal place.

    Another Q:what are the numerals of 3 1/5 of a million

    Another Q:what is 120 percent of 80?

    Another Q:if a big jug has 2.4litres,what is the volume
    if it is poured equally in 5 different glasses(in ml)

    The difficult ones are from Q 15 to Q 20.

    He has no idea being Chinese is better or the other way
    round.

    He is inspired,ready(a bit nervous) but most importantly,
    HARIDZ IS MALAYSIA’s FUTURE.He is the smartest,inspiring
    kid i know.Thoughtful,kind,hardworking and very sharp!

    Mommy is taking 3 days leave to ensure her son does well.
    She is a single mother and heartwrenching to see her run
    up and down looking for help(tuition is too expensive) to
    assist her son.

    I m here.

    Syabas Yoko and Godspeed Haridz!

    Vernacular what?

    .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.